
Orang ramai menunggu sebuah bas yang adalah sebahagian daripada aksi publisiti syarikat pemasaran Mailorama.fr, berdekatan Champ de Mars, Eiffel Tower di Paris 14 November, 2009 lalu.PARIS - Menteri Kewangan Perancis Eric Woerth menyatakan pada hari Ahad lalu dia terkejut dengan publisiti sebuah laman web yang menarik orang ramai mengharapkan pemberian wang tunai dan membawa kepada keganasan serius apabila ia telah dibatalkan di saat akhit atas sebab-sebab keselamatan.
Laman web pemasaran Mailorama.fr terpaksa membatalkan rancangannya untuk mencampak sampul surat berisi wang tunai kepada orang ramai daripada bahagian atas sebuah bas pada hari Sabtu lalu selepas beribu-ribu orang datang dan sehingga memasuki halangan-halangan keselamatan.
Keputusan untuk membatalkan acara itu, yang telah dipromosi dengan hebat sebelum ini, mencetuskan pelbagai aksi ganas di mana tingkap-tingkap kedai telah dipecahkan, sekurang-kurangnya satu kereta telah dibalikkan oleh para remaja, manakala jurugambar-jurugambar dan jurkamera-jurukamera telah diserang.
Polis rusuhan telah dipanggil untuk menyuraikan perhimpunan itu dan kira-kira 10 orang telah ditahan.
"Perbuatan syarikat-syarikat ini mengerikan saya," Woerth memberitahu Radio J. "Mereka telah lakukan ini di Amerika Syarikat tetapi tiada sebab untuk mereka lakukannya di Perancis."
Rentailiweb, anak syarikat Mailorama.fr telah mengeluarkan satu kenyataan pada hari Sabtu mengatakan ia mempunyai kebenaran rasmi, sebaliknya ia tidak meneruskan apa ia dipanggil satu "mesra, seronok dan insiati baik terhadap wang tunai."
"Rentaliweb mengecam apa yang berlaku," ia berkata.
Ia berkata ia akan menyumbangkan 100,000 euro (RM 502,883) yang mana ia telah bercadang untuk diedarkan kepada satu amal untuk orang miskin.
Bagaimanapun Woerth menafikan keganasan ini menunjukkan masyarakat Perancis sedang dilanda krisis ekonomi.
"Jika anda memberitahu rakyat, 'muncul pada sekian-sekian satu masa dan kami akan mengedarkan wang', mereka akan datang, sama ada mereka Jerman, Belgium atau Costa Rica," katanya, menepis tanggapan ia mungkin satu tanda Perancis berada "di ambang letupan sosial."
"Bukan langsung. Ia hanya di ambang perilaku bodoh," katanya.