blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pesta Singles Day di China

Thursday, November 12, 2009
Dua orang wanita memerhatikan gambar di Love Supermarket semalam.

Love Supermarket di Xizhimen mengadakan parti blind-date semalam untuk merayakan Singles Day di China.

Singles Day adalah diraikan di Cina setiap tahun pada Nov 11 untuk rakyatnya yang masih bujang.

"Kami akan mengadakan parti blind-date malam ini bagi meraikan Singles Day," kata Zhang Ying, pengurus Love Supermarket, semalam.

Zhang turut memberitahu pasar raya penjodohan ini merupakan syarikat pertama yang menyediakan jamuan bagi para warga yang belum mempunyai pasangan di Beijing.

Beliau berkata sejak ia dibuka sebulan lepas, lebih daripada 500 perseorangan telah mengunjungi pasaraya ini pada bulan lepas, dan 60 pasangan berjaya ditemukan.

Pasaraya ini berada di tingkat ke-11 di sebuah pusat membeli belah Jiamao berdekatan stesen kereta api bawah tanah Xizhimen.

Hampir 200 keping gambar individu berada di dinding pasaraya ini.

"Pelanggan-pelanggan membenarkan kami untuk mletakkan gambar-gambar mereka dan maklumat peribadi, termasuk umur, jantina, kerjaya, pendapatan dan butiran lain. Kakitangan profesional kami juga memastikan hanya pelawat yang serius sahaja yang mengadakan temu janji bagi melindungi pelanggan-pelanggan kami," berkata Zhang.

Beliau berkata bayaran yang dikenakan ialah 20 Yuan (RM10) bagi setiap orang, dan kos satu tarikh temu janji adalah 100 (RM50) Yuan.

"Walaupun ia satu pendekatan yang kreatif dan baru untuk mencari seorang teman lelaki, 100 Yuan (RM50) untuk bertemu seorang calon masih agak mahal," kata An An, seorang peniaga wanita yang berumur 24 tahun, dan tertekan dengan desakan daripada ibu bapanya supaya berkahwin.

"Harganya agak berpatutan. Apa saya risaukan adalah ketulenan maklumat," berkata seorang lelaki berumur 35 tahun Li, seorang kakitangan bank dan baru bercerai.

Sumber : China Daily

Read Full 0 comments

Pujuk Pencuri Tidur Sekejap Dan Telefon Polis


Sebuah mahkamah di Qingyuan,China , telah menjatuhkan hukuman kepada seorang banduan penjara hingga enam tahun kerana melakukan cubaan rompakan, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara minggu lepas.

Tertuduh, Zhang datang ke daerah Qingyuan tidak lama selepas dibebaskan dari penjara Xinbin Man.

Kerana tidak mempunyai wang tunai dan makanan, Zhang menceroboh sebuah rumah seorang wanita berumur 48 tahun, dengan harapan untuk mencuri sedikit wang.

Wanita itu bagaimanapun memujuk Zhang yang dia kelihatan amat penat dan harus berehat serta tidur sekejap, dia berjanji akan memberinya sedikit wang selepas dia bangun.

Wanita itu kemudiannya mengikat penceroboh itu dengan seutas tali sebaik saja dia tidur dan menelefon polis.

Sumber : China Daily
Read Full 0 comments

Kerja Sambilan Sebagai Punchbag Wanita


Seorang lelaki telah menawarkan satu kerjaya sambilan sebagai punchbag untuk wanita yang stress.

Jurulatih gimnasium, Xiao Lin daripada Shenyang,China belum memberitahu keluarganya berkenaan kerjaya keduanya ini, seperti yang dilaporkan Liaoshen Evening Post.

Xiao menyatakan: "Ia sesuai dengan kerjaya sebenar saya. Saya memerlukan teman sparring.

"Dengan menjadi punchbag untuk wanita, saya boleh mendapat sedikit wang dan juga berlatih kemahiran mempertahankan diri saya, malah ia baik untuk kesihatan saya pada masa yang sama."

Dia menambah: "Pelanggan pertama saya seorang wanita berumur 25 tahun. Dia membayar setengah jam tetapi tidak lama kemudian dia kepenatan dan menghabiskan masanya hanya dengan berbual-bual dengan saya.

"Pelanggan kedua saya pula hanya bertahan untuk beberapa minit tetapi mereka kelihatan lebih ceria kemudiannya. Ia memberi kebaikan selepas melepaskan tekanan"

Xiao mendakwa memperolehi 100 Yuan (RM49.61) untuk satu sesi 30 minit.
Read Full 0 comments

Mertua Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Meninggal Dunia

Bersama Sdr Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Bapa mertua Ketua Dewan Pemuda PAS Johor meninggal dunia pada pukul 2.00 pagi tadi. Hj Musa Atmo meninggal dunia di Hospital Besar Segamat.

Almarhum telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Moakil,Labis sebentar tadi.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Al-fatihah.
:Author Faethal
Read Full 0 comments

Astroid Hampir Melanggar Bumi 6 Nov Lalu


Satu asteroid yang disebut 2009 VA, berukuran 7 buah meter, telah melepasi jarak kira-kira 2 jejari Bumi (14,000 km) daripada permukaan Bumi pada 6 Nov. lalu sekitar 16:30 EST. Ini merupakan asteroid ketiga terdekat bumi yang direkodkan.

Lintasan orbital asteroid itu 30 kali lebih dekat dibandingkan bulan dengan bumi.

Para astronomi percaya 2009 VA, terbakar habis keseluruhannya ketika memasuki atmosfera bumi, dan menyebabkan bola api di langit dan menimbulkan kerusakan besar di permukaannya.

Program Near Earth Object NASA memplot lintasan orbit dari objek dan yakin bahawa tidak akan melanggar bumi, meskipun terbang sangat hampir dengan bumi.
Read Full 0 comments

Tanah Runtuh DI India, 43 Terbunuh 100 Cedera

Penduduk tempatan mencari mangsa yang terselamat di tempat kejadian tanah runtuh yang berlaku di daerah Nilgiris, Tamil Nadu, selatan India, pada Nov. 11, 2009. Tanah runtuh yang besar itu membunuh 43 orang dan hampir 100 orang lain tercedera.


Keadaan di tempat kejadian tanah runtuh.



Polis memeriksa salah seorang mangsa di tempat kejadian.


Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks