blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bai'ah Dalam Politik (PART 2 - Last)

Wednesday, November 11, 2009
Bila tidak faham apa itu ISLAM, maka ramai yang mengasingkan Islam dari kehidupan seharian. Islam itu hanya amal ibadat. Selain daripada itu urus jual beli,undang-undang, mencari rezeki sehinggalah politik ia terasing dari Islam.

Ada yang berpendapat Islam bersih, politik itu kotor. Teringat kepada Almarhum Fathi Yakan yang pernah menimbulkan kontroversi berkaitan penglibatan gerakan Islam dalam pilihanraya. Satu ketika dahulu beliau tidak bersetuju menyertai pilihanraya, kerana ia merupakan perkara yang baru dan tidak pernah berlaku di zaman baginda Rasullah SAW. Namun setelah setelah sering gagal untuk menyatakan Islam kepada pemerintah, beliau akhirnya akur pilihanraya adalah satu-satunya wadah penting yang dapat menguasai negara dengan Islam jika menang.

Begitu juga di Malaysia, suatu ketika dahulu ramai golongan agama menolak penyertaan dalam pilihanraya. Ramai ulama dan golongan agama menaruh harapan pada UMNO mudah-mudahan Islam terbela di Malaysia. Tapi selepas Sdr Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan, ramai ulama dan golongan agama bersuara. Antaranya Ust Harun Din,Ust Ismail Kamus, Almarhum Ust Ishak Baharom, Ust Taib Azamuddin dan ramai lagi.Mereka memilih PAS wadah perjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia.

Inilah nilai politik dalam gerakan Islam. Bukan sekadar kuasa,tetapi ada tanggungjawab yang lebih BESAR kepada Allah.

Tapi mutakhir ini timbul isu bai'ah dalam PAS. Sesiapa yang menjadi ahli PAS sepatutnya faham kenapa mereka memilih PAS. PAS adalah satu wadah perjuangan dalam Islam. Bagi menjaga AMANAH kemenangan kurniaan Allah ini tidak mustahil perlunya bai'ah. Jika tidak berani berbai'ah JANGAN JADI CALON PAS!. Walaupun TG Nik Aziz menafikan wujudnya bai'ah dalam PAS,sebenarnya bai'ah cerai bukanlah perkara baru dalam gerakan Islam.


Almarhumah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili

Mujahidah yang sentiasa harum namanya di bibir pencinta gerakan Islam, Almarhumah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili pernah melontarkan untaian mutiara kata kepada para calon suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting, namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jika ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah yang menuntut janji demi sebuah perjanjian Rabbani yang abadi.

"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

Inilah bai'ah Zainab Al-Ghazali. Hatta jika ada halangan dalam berdakwah pun sanggup diputuskan ikatan perkahwinan ini. Apatah lagi jika KHIANAT dalam perjuangan Islam, para muslimah isteri calon PAS sepatutnya mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh Zainab Al-Ghazali ini.

Tauladan inilah yang dicontohi Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh dengan mengeluarkan kenyataan "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," .

Semoga Muslimat PAS mendapat keredhaan Allah dan tergolong dengan mujahidah gerakan-gerakan Islam yang sebelumnya.

:Author Faethal
Read Full 3 comments

Ingin Menginap Di 'Vila Hamster' ?

Hanya 99 euro (RM 502) semalam, para tetamu akan berada di sebuah bilik yang direka seperti abad ke-18 dan mempunyai satu sangkar hamster, lengkap dengan satu roda berdiameter 2 meter.

Arkitek Perancis Frederic Tabary berposing di dalam "Vila Hamster", diilhamkan dan oleh Tabary bersama dengan arkitek Yann Falquerho, di dalam satu temubual dengan Reuters di Nantes, Perancis.
Read Full 0 comments

Anak Gadis Kecewa Potong Talian Internet


Seorang gadis belasan tahun di Xianyang, wilayah Shaanxi, bertindak memotong kabel internet ibu bapanya kerana beliau terasa diabaikan.

Gadis itu berkata ibu bapanya ketagih sebuah permainan On-line "Happy Farm", dan sentiasa menghadap komputer apabila mereka berada di rumah.

Ibu bapa gadis tersebut berkata, mereka tidak perasa mereka sebenarnya telah mengabaikan anak perempuan mereka, mereka juga telah bersumpah untuk berhenti bermain permainan itu.
Read Full 1 comments

Isteri Datuk Kamarudin Meninggal Dunia

Datuk Kamarudin Jaffar

KELANA JAYA, 11 Nov: Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lsama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk, sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC.

Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini.

Sumber : Harakahdaily
Read Full 1 comments

Lelaki Dalam Buruan Polis Hantar Gambar Sendiri Kepada Akhbar

Maynard tidak suka pada gambar ini yang diterbitkan oleh South Wales Evening Post minggu lalu.


Seorang lelaki British telah menghantar sekeping gambar dirinya kepada media bagi menggantikan gambarnya yang dicetak dalam akhbar berkenaan bagi mengesan beliau.

Matthew Maynard yang berumur 23 tahun menghantar sekeping gambar kepada South Wales Evening Post menunjukkan dia berdiri di depan sebuah van polis, menurut laporan Reuters.

Maynard yang diburu polis menghantar gambar itu kerana dia tidak menyukai gambar yang telah dicetak di hadapan akhbar itu yang menyatakan beliau adalah antara yang dikehendaki bagi menangani masalah jenayah di Swansea.

Maynard telah menghantar gambar ini dan telah di cetak pada muka hadapan akhbar tersebut dan meminta pembaca untuk cuba menjejakinya.


Pihak polis berterima kasih di atas bantuannya dan berkata, "Semua orang di Swansea telah tahu bagaimana rupa dia yang sebenar sekarang."
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks