blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ibu Paling Kecil Di Dunia Hamil Lagi

Monday, November 9, 2009
Kateri, 3 tahun bermain perut ibunya

Ibu paling kecil di dunia mengharapkan kelahiran anak ketiganya — walaupun kehamilan itu boleh membunuhnya.

Stacey Herald, 35, hanya mempunyai ketinggian 2kaki 4inci, dan anak lelakinya nanti akan mempunyai separuh saiznya apabila dilahirkan nanti.

Keluarga Herald bersedia untuk tambah lagi ahlinya
Para doktor telah menasihatkan Stacey, berasal dari Kentucky, Amerika Syarikat, kehamilan ini boleh membawa maut kepadanya — tetapi dia dan suaminya yang berketinggia 5kaki 9inci Will, berkeras menganggap anak-anak mereka adalah satu anugerah daripada Tuhan.

"Kami tidak merancang untuk mepunyai lebih daripada dua anak, kami hanya menganggap bahawa mereka merupakan anugerah di dunia ini,apabila kami melihat mereka kami berasakan dipenuhi kasih sayang, susah untuk berkata tidak untuk tambah lagi"

Sumber : The Sun
Read Full 0 comments

Bai'ah Dalam Politik (PART 1)


Saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz yang dibacakan oleh calon-calon PAS tersebut, justeru sukar untuk memberi komentar samada ia dari jenis sumpah dengan atau dilafaz ta'liq Talaq dengan niat.

Apapun, secara peribadi, saya cenderung untuk TIDAK BERSETUJU dengan cara bai'ah yang mewajibkan calon untuk melafaz ta'liq talaq tiga ke atas isteri masing-masing, yang diLAKUKAN OLEH SEBILANGAN PAS DI NEGERI TERTENTU. Walaupun saya yakin bahawa PAS membenarkan teknik bai'ah sebegitu dibuat kerana :-

* Pimpinan PAS dan calonnya semua secara yakin mampu melafazkan bai'ah sedemikian rupa kerana sedar dan percaya semua mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam melalui PAS, sehingga lafaz tersebut sedikit pun tidak diras beban sama sekali.

* Lafaz baiah dan ta'liq talaq itu sama sekali TIDAK menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran UNTUK KERJA POLITIK, malah ia sebenarnya menunjukkan bahawa perjuangan PAS bukan sekadar politik tetapi adalah Islam dan semuanya adalah sama penting dengan keluarga. Kesemua itu seolah-olah satu, Politik, Islam dan keluarga adalah perjaungan yang satu tanpa sebarang pemisahan.

* Pimpinan mungkin membenarkan atas dasar siyasah syar'iyyah yang memang wujud di dalam Islam.

* Bai'ah tersebut dibuat bagi tujuan menolak kemudaratan yang lebih besar dan menyeluruh (JIKA lompat, khianat atau keluar parti) sehingga diharuskan untuk dikemudiankan mudarat yang kecil peribadi dan individu. Dan ada kaedah Fiqh yang terang menyatakan : "Didahulukan maslahat ramai atas maslahat peribadi". Justeru, lafaz talaq walau dibuat mudaratnya hanya akan terkena atas individu sahaja berbanding mudarat kepada seluruh perjuangan parti dan Islam akibat keluarnya seseorang dari partinya.

Walaupun semua di atas saya yakin dan faham, namun secara peribadi saya melihat TIDAK BOLEH UNTUK sengaja menggabungkan dua mudarat dalam satu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.

Kita faham, keluar dari parti (perjuangan Islam) adalah satu kesalahan, malah di sisi ahli PAS, PAS adalah sebuah jemaah Islam dan bukan sekadar parti politik. Justeru memang amat wajar untuk tidak sesekali memikirkan untuk keluar dari kumpulan atau jemaah amar makruf nahi mungkar atas nama PAS itu dikira sebagai KESALAHAN, NAMUN ADALAH TIDAK WAJAR kerana :

* Mengikat KESALAHAN ITU DENGAN satu kesalahan lagi seperti mencerai isteri dengan Talaq Tiga kerana ia akan hanya menggandakan mudarat ke atas seseorang sedang Islam amat menganjurkan sesebuah mudarat itu diminimakan dan bukan dipergandakan. Lebih kurang tepat, kerana mudarat itu bukan hanya mengenai individu yang bersalah tetapi akan merebak kepada isteri dan anak-anaknya.


* Islam juga tidak membenarkan hukuman atas satu kesalahan dijatuhkan sebanyak dua kali. Demikian juga displin dalam hal hukuman hudud dan qisas. Sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki berzina sebanyak tiga kali, dan kemudiannya barulah dia ditangkap dan dihukumi oleh sebuah kerajaan Islam, hukuman sebatnya hanyalah 100 kali juga dan bukan 300 kali.[5] Kecuali setelah dihukum, ia mengulanginya, barulah hukuman berasingan akan dikenakan semula. Itulah ruh dan maqasid dalam hukuman Islam yang sentiasa mendidik dan minimakan hukuman. Namun dalam konteks baiah talaq ini, ia seolah memberikan hukuman berganda atas satu kesalahan (jika berlaku). Wallahu'alam. PAS mempunyai ramai cendiakawan Islam yang popular dan ulung, kita amat berharap dapat mendengar hujjah dan justifikasi mereka dalam hal ini.


* Keluarnya seseorang calon dari PAS tidak semestinya ia terus mengkhianati perjuangan Islam secara total, malah terdapat kemungkinan ia akan terus aktif dalam perjaungan Islam melalui platform jemaah-jemaah lain yang mungkin tidak bersifat politik seperti tabligh dan lain-lain. Justeru, mengenakan dua mudarat ke atasnya adalah tidak wajar kerana dia BELUM BOLEH DIKIRA mengkhianati Islam secara sepenuhnya, hanya kerana ia meninggalkan PAS.


* Menggunakan sumpah setia dengan lafaz ta'liq sebagai pengikat juga tidak WAJAR kerana melafazkan talaq tiga dengan satu lafaz dianggap satu kesalahan dan dosa oleh majoriti ulama,malah penceraian sebegitu juga dibenci oleh Rasulullah serta para sahabat. Maka mengapakah diambil jalan yang dibenci ini sebagai strateginya, sedang boleh difikirkan cara-cara lain untuk mengikat calon untuk kekal. Seperti sumpah laknat atas diri, dicagarkan harta tertentu kepada parti dan sebagainya yang bersifat neutral, bukan sumpah yang tercela dan dikira dosa.


* Bukankah talaq adalah perkara yang dibenci oleh Allah walau ia diharuskan? Ia juga adalah ihsan yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukan, ia juga diajar oleh Allah swt untuk mengikut tertib kiraannya. Mengapa perlu hal sebegini dijadikan pengikatnya? Amat sedih jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan dalam peribadi mereka berdua. Maqasid Shariah dalam peruntukan cerai dalam Islam adalah untuk keharmonian rumahtangga dan keluarga, peruntukan tiga kali diberikan oleh Allah adalah khas untuk suami isteri yang bercerai agar memikir kembali kebaikan kedua-dua pihak dan dibenarkan mengikat semula perkahwinan setelah muhasabah.

Lalu, sebarang penggunaan ‘cerai' untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan nas dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia aakan memadam seluruh objektif asal peruntukan cerai yang diberikan oleh Allah swt.


* Saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz diolah. Cuma kita juga tidak boleh menolak kemungkinan perjuangan PAS menjadi melencong akibat pertukaran pimpinan di masa-masa akan datang. Walaupun akan dibidas sebagai KURANG PRAKTIKAL DAN TIDAK MUNGKIN HAL ITU AKAN MENJADI KENYATAAN, namun sepak terajang politik sukar diduga. Bayangkan, jika itu berlaku dan PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islamnya, apakah yang mampu dibuat oleh calon PAS yang masih inginkan perjuangan Islamnya?. Dia tidak boleh keluar parti kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya.

Selanjutnya
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Read Full 0 comments

John Howard Pula Dibaling Kasut

John Howard

Bekas Perdana Menteri Australia, John Howard hampir terkena but yang dibaling oleh seorang penunjuk perasaan ketika menghadiri satu perbahasan di Universiti Cambridge.

Kasut itu telah dipintas oleh seorang pemain kriket, pelajar aliran politik Andrew Chapman, seorang pegawai kanan di Society Cambridge Union, menurut AFP.

Howard telah diganggu oleh seorang lelaki yang menjerit: "Anda membuatku malu menjadi rakyat Australia. Balik kamu, racist."

Chapman berkata: "Ketika dia tunduk menyentuh kakinya, saya tahu apa yang akan berlaku. Saya segera bangun dan berdiri di antara Mr Howard dan lelaki itu. Dia mencampakkan but ini dan saya menyambutnya.

"Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan,lagipun kami telah menjemput John Howard, dia tetamu kita, dan kita perlu melindunginya."

Howard menjadi Perdana Menteri di Australia selama empat penggal sebagai sebelum dia tewas pada pilihan raya 2007, dia telah dituduh oleh sesetengah penyokong dasar-dasar bersifat perkauman kerana menentang pendatang dan Masyarakat peribumi Australia.

Awal tahun ini, kasut yang diberi nama bersempena lelaki yang melontar kasutnya kepada Presiden AS, George W Bush dilaporkan menjadi jenama popular di timur Bangladesh.
Read Full 0 comments

Penduduk Berkampung Untuk Bermain 'Happy Farm' LIVE!!


Lebih daripada 30 orang penduduk di Xi'an, di wilayah Shaanxi, telah pergi ke sebuah kampung untuk main "happy farm", satu permainan yang popular di Facebook, pada Ahad lepas.

"Kami bermain peranan sebagai pencuri, para petani pula sebagai pengawal. Kami cuba untuk mencuri sayur-sayuran daripada ladang mereka dan mereka cuba untuk menangkap kami. Permainan sebenar adalah lebih seronok daripada bermain di dalam talian," berkata Li Jian , salah seorang daripada peserta itu.
Read Full 0 comments

Telefon 911 Komplen McDonald


Seorang lelaki telah didenda setelah menelefon 911 mengadu berkenaan pesanannya di McDonald.

Raibin Raof Osman telah menelefon polis apabila seorang kakitangan pandu lalu McDonald terlupa memberi satu karton jus oren bersama hidangannya, menurut laporan AP.

Kakitangan restoran McDonald di Oregon itu kemudiannya memanggil pegawai polis dan melaporkan bahawa Osman dan rakan-rakannya telah menyekat lorong pandu lalu, mengetuk pada tingkap-tingkap itu dan menakutkan para pekerjanya.

Apabila pegawai polis itu cuba untuk menjelaskan kepada Osman bahawa mereka tidak bertanggung jawab untuk apa-apa masalah berkaitan restoran itu, dia mendesak bahawa dia berhak menelefon polis. Dia akhirnya telah dipenjarakan penjara.

Dia mengaku bersalah membuat panggilan 911 yang tidak perlu dan mesti membayar denda $300 (RM1050).

Read Full 1 comments

1 USD (RM3.50) Untuk Pembaca Blog Pulakdah.blogspot!!

Jom Buat Duit!!
1 USD = sekali download

Salam sejahtera,
Hai pembaca yang budiman,

Email ini agak penting kerana anda hanya
mempunyai masa sehingga jam 3.00 pagi hari Khamis ini
untuk merebut peluang buat duit dengan program PPL
sebanyak RM3.50 bagi setiap kali rakan anda download
video percuma melalui link anda!

Sila klik disini : 1 USD (RM 3.50) untuk sekali download

Video ini mendedahkan cara-cara :-

a) Meningkatkan jumlah pembeli bagi produk yang anda
jual di internet!
b) Teknik yang digunakan oleh IM luar negara dalam
menghasilkan 5 angka sehari!
c) 7 strategi yang boleh diaplikasikan terus untuk
bersaing dengan usahawan internet profesional di
Malaysia mahupun luar negara!

Seperti yang telah saya katakan, peluang ini akan tamat
kira-kira 3 hari sahaja lagi dan selepas itu anda
akan terlepas peluang tersebut!

Pssstt..! boleh buat duit dengan
mengedarkan video percuma ini kepada rakan-rakan. Setiap
kali rakan anda mendownload video ini, anda akan
dibayar sebanyak RM3.50 atau USD1.00 terus ke akaun
PayPal anda.

Minimum payout (pengeluaran) ialah USD20 iaitu anda
hanya memerlukan 20 orang sahaja untuk mendaftar
secara percuma melalui link anda. Mudah bukan?

Rebut peluang ini sekarang juga!
JOM ambil 1 USD ini!!

Bayangkan jika seramai 100 orang rakan online anda
mendaftar melalui link yang anda berikan, dengan mudah
anda telah memperoleh USD100 atau RM350 tanpa mengeluarkan kos sesen pun!
Inilah yang dinamakan program Pay Per Lead
atau PPL!

Semoga ANDA berjaya buat duit melalui program
PPL ini!

p.s : Tiada akaun Paypal? Boleh rujuk Panduan PayPal disini.
http://www.scribd.com/doc/2282653/Panduan-Paypal-v2

Sekian,
Wassalam.

-
Salam kebebasan kewangan,
Author Faethal
Blog : http://pulakdah.blogspot.com/
Read Full 0 comments

Wanita Lulus Ujian Memandu Selepas 950 Kali Mencuba

Cha Sa-soon menunjukkan permohonan lesen memandunya di Wanju,Korea Selatan.

Seorang wanita di Korea Utara akhirnya telah lulus satu peperiksaan bertulis untuk lesen pemandu selepas mencuba 950 kali.

Cha Sa-soon, 68, mengambil ujian hampir setiap hari sejak April 2005, menurut laporan AFP.
Dia lulus ujian dengan mendapat 60 markah, kata seorang pegawai polis di Jeonju, selatan Seoul.
Puan Sa-soon mesti lulus dalam ujian memandu sebelum mendapat lesennya.

Dia memberitahu akhbar Korea Times dia hendak mempunyai lesen demi untukperniagaan sayurnya.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks