blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Panaskan Enjin Kereta Dengan Unggun Api?! Wakaka!!

Saturday, November 7, 2009
Wakakakak...
Macam ni pun ada ke...
Wakakaka..
:Author Faethal



BEIJING - Seorang wanita di wilayah Tianjin membuat satu unggun api di bawah keretanya, kerana ia beranggapan itu akan dapat memanaskan enjin kenderaannya. Malangnya kereta itu disambar api.

Wanita itu, mendakwa mendapat idea yang aneh itu selepas keretanya gagal dihidupkan enjinnya beberapa kali, mula meletakkann kayu dan akhbar-akhbar lama di bawah kenderaannya dan menyalakan api.

Bomba telah berkejaran ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran, tetapi kebakaran itu telah memusnahkan kereta itu keseluruhannya.

Sumber : China Daily

Read Full 0 comments

Fakta Di Sebalik Peristiwa Amuk Major Hasan Di Fort Hood

Pengkalan tentera terbesar AS ini ditutup sementara waktu




Seorang tentera AS, Major Malik Nadal Hasan, telah dinamakan sebagai lelaki yang bertanggungjawab dalam satu kejadian amuk tembak-menembak di Fort Hood, pangkalan tentera di Texas, yang membunuh 13 orang.

Filem CCTV yang diperolehi menunjukkan psikiatri anggota tentera ini berpakaian tradisi Islam di sebuah kedai dalam pangkalan tentera itu beberapa jam sebelum kejadian tembakan semalam.

Hasan telah ditembak dan dicederakan oleh sarjan polis wanita, Kim Munley (atas kanan) berikutan serangan itu dan sekarang dikawal di hospital.

Anggota tentera yang diarahkan untuk ke salah satu negara sama ada Iraq atau Afghanistan ini, sedang disiasat berkaitan hubungannya dengan "pengebom berani mati" berikutan 'posting' beliau di laman web pengganas.

Ibu saudara Hasan mendakwa yang Hasan tidak gembira di dalam tentera dan mahu berhenti tetapi tidak mendapat kebenaran.

Dilaporkan Hasan melaungkan "Allahu Akbar" - Allah Maha Besar - sebelum melepaskan tembakan itu.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks