blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

17 Premis 7-eleven Di Shah Alam Henti Jualan Minuman Beralkohol

Friday, November 6, 2009

Syabas Kerajaan Negeri Selangor!
Ini beza kerajaan PR dengan Kerajaan Khir Toyo
:Author Faethal

SHAH ALAM, 6 Nov (Bernama) -- Sebanyak 17 daripada 39 cawangan kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven yang beroperasi di bandaraya ini telah menghentikan penjualan minuman beralkohol berikutan tiada permintaan daripada penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam.

Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Noor berkata 17 cawangan kedai serbaneka itu terletak di Seksyen 1 hingga 24.

"Sejak Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) keluarkan arahan untuk kawal penjualan minuman beralkohol melalui kaedah kawal selia sendiri atau self regulatory, kedai serbaneka ini bertindak lebih proaktif dengan menutup 17 cawangannya di Shah Alam berikutan tiada permintaan daripada penduduk setempat yang majoritinya Islam," katanya dalam sidang media di sini hari Jumaat.

Mazalan terdahulu mengedarkan pelekat, risalah dan poster kaedah kawal selia sendiri penjualan minuman beralkohol kepada pemilik dan pengusaha tiga kedai serbaneka di Seksyen 9 di sini.

Langkah itu diambil MBSA selaras dengan arahan Abdul Khalid pada Ogos lepas untuk mengawal penjualan minuman beralkohol di bawah 8.8 peratus melalui kaedah kawal selia sendiri atau self regulatory.

Kaedah kawal selia sendiri itu bermaksud pemilik atau pengusaha premis kedai serbaneka yang menjual minuman beralkohol di bawah kadar 8.8 peratus akan bertanggungjawab melaksanakan kawalan serta pemantauan penjualan minuman itu di premis masing-masing.

Mazalan berkata, tujuan pengenalan kaedah itu adalah untuk meningkatkan penglibatan dan pemahaman pemilik atau pengusaha kedai serbaneka terhadap isu penjualan minuman beralkohol selain mengelak tindakan penguatkuasaan MBSA.

"Melalui kaedah ini pemilik premis dan pengusaha kedai serbaneka juga disaran mengenalpasti para pelanggan masing-masing yang membeli minuman beralkohol dan hanya menjual minuman beralkohol hanya kepada pembeli bukan Islam dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas," katanya.

Mazalan berkata pengedaran pelekat, risalah dan poster adalah sebahagian daripada kaedah yang diperkenalkan MBSA selain memastikan pemilik premis mengasingkan minuman beralkohol dengan minuman lain, penyediaan buku rekod untuk mencatatkan maklumat pembeli sekiranya mereka meragui status agama pembeli.

"Memastikan lesen perniagaan sentiasa digantung, mengadakan kaunter bayaran berasingan (untuk pasaraya sahaja) dan melarang pembeli minum minuman beralkohol di sekitar premis.

"Sekiranya pemilik atau pengusaha premis tidak mematuhi arahan, kita akan panggil mereka dulu, terangkan kesalahan mereka dan sekiranya masih berdegil kemudian baru ambil tindakan seperti tidak melanjutkan lesen perniagaan mereka," katanya.

Sumber - BERNAMA
Read Full 0 comments

Major Hasan yang tidak mahu pergi untuk Iraq ... kini 12 terkorban

Seorang psikiatri yang marah kerana dihantar ke Iraq telah menembak mati 12 orang askar dan mencederakan 31 yang lain di sebuah pangkalan tentera yang terbesar semalam.

Major Nidal Malik Hasan dikatakan telah menggunakan dua pucuk pistol semasa kejadian amuk di Ford Hood, Texas - pangkalan tentera terbesar di dunia.


Hasan dilaporkan ditembak mati dalam laporan awal


Lelaki berumur 39 tahun akhirnya telah berhenti setelah ditembak berkali-kali oleh seorang pegawai keselamatan wanita. Dia kini dalam keadaan stabil di hospital. Pegawai wanita itu kena juga terkena tembakan tetapi terselamat dan sudah menjalani pembedahan.

Senator Texas Kay Bailey Hutchison berkata: "Saya tahu beliau sudah diberi arahan untuk ke Iraq, dan sangat kecewa dengan arahan itu."

Dia menambah: "Para tentera kita telah mengorbankan terlalu banyak untuk negara kita, dan saya kesali apabila lelaki dan wanita di Fort Hood ditimpa keganasan yang tidak munasabah ini."

Satu sumber berkata Hasan telah menunjukkan prestasi yang buruk untuk kerja-kerja hospital sebelum dihantar ke pengkalan seramai 50,000 orang.

Sepupunya Nader Hasan berkata: "Beliau bukan seorang yang gemar pergi lapang sasar menembak. Ia bukan jenis orang yang mempunyai pemikiran sebegitu. Dia seorang psikiatri yang menguruskan tentera yang selamat kembali."

Muslim Hasan melancarkan serangannya dan "Fasiliti Persiapan Tentera" di mana askar-askar bersiap-sedia untuk ke luar negara.

Satu majlis graduasi akan diadakan tidak lama lagi. George Stratton yang terkejut berkata anak lelakinya George Stratton III berada hanya 5 kaki dari Hasan ketika beliau memulakan tembakan.

"Katanya dengan tiba-tiba seseorang telah membuka pintu, berjalan di belakang meja dan memulakan tembakan.

"Selepas menembak 15 pusingan dan ramai tentera telah rebah ke lantai. Anak lelaki saya mengintai di atas meja dan ketika itulah dia ditembak. Lalu dia menyorok di bawah meja semula."

"Katanya dia melihat seorang NCOs cedera teruk ditembak. Dia memberitahu saya, 'Ayah, saya bangun, memegang lengannya terus tolak dan berlari'.

"Ia adalah sukar untuk percaya sesuatu begini terjadi. Dia mungkin telah memulakan peperangan."

Mangsa yang terkorban adalahpara tentera, orang awam dan seorang pegawai polis. Dua orang tentera telah ditahan tetapi dibebaskan sementara seorang suspek keempat masih dalam
tahanan.

Ahli Kongres tempatan John Carter berkata: "beberapa orang saya sedang menuggu saya di tempat kejadian, pengarah serantau saya dan bekas paderi Fort Hood, yang sedang menunggu untuk pergi ke majlis.

"Seorang askar didatangi berlari kepada saya telah menjerit, 'Tuan, jangan pergi ke sana. Seseorang sedang menembak di sana". Bila askar itu berlari melepasinya dia terlihat kecederaan askar itu, tetapi askar itu tidak perasan. Mereka telah menyuruhnya berhenti, kerana beliau telah ditembak di belakangnya.

Pengkalan tentera itu telah 'ditutup' dan tiada siapa dibenarkan masuk atau keluar, juga larangan bagi helikopter.

Panglima markas Lt General Bob Cone berkata: "Ia adalah satu tragedi yang dahsyat, ia mengejutkan. Kami rasa dimusnahkan. Penembak itu telah dibunuh. Dia seorang askar."
Mengakui kekeliruan dalam laporan awal yang kononnya Hasan ditembak mati, dia berkata: "Kami telah menangkap dua orang askar tambahan yang sebagai suspek.

"Terdapat saksi berkata terdapat lebih daripada seorang penembak." Seorang ibu, Lisa Pfund berkata anak perempuannya berumur 19 tahunnya Amber Bahr terkena tembakan.
Justify Full
Dia menambah: "Kami tidak mengetahui apa-apa, itu sahaja, dia di tembak di perut."

Hasan didapati pernah datang ke Virginia Tech - tapak pembunuhan beramai-ramai
2007 di mana seorang pelajar Seung-Hui Cho yang telah membunuh 32 orang.

Fort Hood yang meliputi 339 batu persegi dekat Killeen, terletak di tengah-tengah antara Austin dan Waco. Pengkalan tentera berdekatan AS juga ditingkatkan tahap keselamatan.

Read Full 0 comments

Kawasan Larangan : Warisan Yang Terbengkalai

Penjara Daerah Newark, New Jersey

Dahulunya sebuah penjara yang kotor, penuh sesak, ini secara rasmi telah tidak beroperasi sejak 1970. Kebanyakan daripada sel-selnya dan koridornya kosong, adakalanya ia dijadikan rumah setinggan haram.


Perkampungan Olimpik Berlin 1936

Berada di luar Berlin, bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan digunakan oleh atlit-atlit yang menyertai olimpik yang kontroversi di Berlin kelihatan selekah dan kosong.



Istana Portopalo, Sicily

Sebuah mahligai yang cantik, semakin ditelan zaman di sebalik Sicily. Berada dipuncak cerun Syracuse, telah dirampas, untuk dijual - tetapi masih terbengkalai dalam keadaan yang menyeramkan.


Gary, Indiana

Michael Jackson telah menghabiskan masa-masa awalnya di Indiana City, yang terkenal dalam industri keluli. Bila produksinya berkurangan, ia trurt memberi kesan pada bandar ini.


Stesen Metro St-Martin, Paris

Ditutup semasa Perang Dunia Kedua, ini pernah dibuka semula, kemudian menjadi lengang semula kerana terletak berhampiran perhentian lain. Kini platformnya mereput dan hanya menjadi tontonan.


Hospital Mental West Park, Epsom, England

Hospital ini telah dibina antara 1912 dan 1914. Rawatan diberikan untuk merawat skizofrenia hinggalah keracauan. Ia telah ditutup pada pertengahan 1990s.


Panggung Teater Varia, Jumet, Belgium

Mula mengalami kejatuhan apabila wayang gambar Belgium berkembang maju dalam era 1980s. Secara ringkasnya ia pernah mencetuskan kemashuran tetapi jatuh kerana tidak mampu dan mempunyai dana yang cukup. Usaha-usaha menghidupkan semula gagal kerana kekurangan dana. Sementara itu cat telah mula tertanggal dan diselaputi timbunan debu-debu berterbangan.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks