blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Jom IKLAN di SINI!! (UPDATE 19 Mac 2010)

Thursday, November 5, 2009
TRAFIK TERKINI blog pulakdah.blogspot.com



Blog ini juga telah tersenarai dalam enjin carian GOOGLE!! Lihat screen shot di bawah dan bandingkan di antara website terhangat di Malaysia!!

Website Berita Harian 5,230,00 carian


Website HARAKAH 661,000 carian


Blog pulakdah.blogspot.com 439,000 carian!!


Blog Raja Petra 158,000 carian

Mengapa perlu beriklan di sini?.
Tawaran Beriklan di pulakdah.blogspot.com.
Langgan terus pakej pengiklanan dengan kami pada kadar terendah!
Tidak perlu menyediakan Banner!
Hanya berikan link anda dan banner anda akan dipaparkan keesokan harinya!!
Tawaran ini dibuka kepada 8 permohonan sahaja!!
Rating yang TINGGI tetapi pada kadar harga yang RENDAH!!
Lihatlah rating blog ini olah Nuffnang!!


PILIH PAKEJ ANDA
Pakej 1 : RM30 / sebulan.
Pakej 2 : RM50 / 2 bulan.
Pakej 3 : RM70 / 3 bulan.

Cara pembayaran ialah:

1. Pemindahan wang secara online:
- Sila bayar kepada No. Akaun:
01280000076107 (CIMB) (MOHD FAESAL MAZIAN BIN JAMIAN)
ATAU
151306638522 (Maybank) (MOHD FAESAL MAZIAN BIN JAMIAN)



2. Pemindahan wang melalui mesin deposit wang:
- Sila bayar kepada No. Akaun:
01280000076107 (CIMB) (MOHD FAESAL MAZIAN BIN JAMIAN)
ATAU
151306638522 (Maybank) (MOHD FAESAL MAZIAN BIN JAMIAN)




Isi maklumat pada borang di bawah selepas membuat pembayaran untuk memudahkan pengesahan. Iklan akan dipasang & dimaklumkan 1 hari selepas pengesahan pembayaran



Borang Pembayaran Pakej Iklan Di Blog Pulakdah!

Nama Penuh
Email
Pakej
No Transaksi (jika ada)
Cara Bayaran
Tarikh
Masa
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]


Powered byEMF PHP Forms
Read Full 2 comments

UMNO Hukum Datuk Kadar Kerana Pernah Menentang Najib

Jarang sekali berita yang mengaibkan melibatkan ahli UMNO akan dikeluarkan oleh Media Rasmi kerajaan. Tetapi tadi secara terang-terangan berita ini dikeluarkan :
Kes tuntutan mutaah AJK Umno Muar ditangguh 30 November

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini terpaksa menangguhkan perbicaraan kes tuntutan mutaah RM5 juta oleh bekas isteri ahli jawatankuasa Umno Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman kepada 30 November ini, berikutan kegagalan defendan hadir ke mahkamah.

Hakim Syarie, Shukor Sabudin, menolak alasan Kadar Shah
bahawa ketidakhadirannya itu keranan khuatir nyawa dan dirinya terancam, apabila pada 23 Jun lalu rumahnya dimasuki pencuri dan pembantu rumahnya dirogol. Kadar Shah turut diberi amaran jika pada tarikh akan datang beliau masih gagal hadir, perbicaraan tetap diteruskan. --BERITA HARIAN


Datuk Kadar Shah Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun

Bagi sesiapa yang masih ingat peristiwa dimana Datuk Kadar dan Datuk Mazlan Harun membuat kejutan tahun lepas apabila membuat dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), berkaitan pelan peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Razak.

Seperti yang dijangkakan kesemua laporan dan aduan berhubung salah laku dalam Umno oleh ahlinya sendiri tidak diberi perhatian malah pihak parti membisu seribu bahasa.

Mungkin ini HUKUMAN kepada Datuk Kadar kerana pernah CUBA menghalang Najib Razak untuk menjadi PM.

:Author Faethal
Read Full 0 comments

'JAIS halang sejak saya mufti lagi' : Dr Maza

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa beliau adalah satu-satu mufti di negara ini yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi ceramah agama di Selangor.

Katanya, ketika beliau menjadi mufti Perlis, Jais membenarkan mufti negeri-negeri memberi ceramah di Selangor kecuali dirinya.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi terhadapnya bermula sejak beliau menjadi mufti Perlis lagi.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini, Dr Mohd Asri bagaimanapun berkata beliau tidak tahu motif sebenarnya di sebalik tindaikan tersebut.

Berhubung cadangan pelantikannya sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), bekas mufti Perlis itu berkata, ia merupakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Katanya, beliau menjangka pemilihannya itu dibuat perdana menteri berdasarkan penglibatannya dalam banyak program keagamaan termasuk yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin politik kerajaan.

Bagaimanapun, beliau menafikan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim - yang dilihat begitu rapatnya - adalah 'political master' kepadanya.

Dalam wawancara tersebut, Dr Mohd Asri turut menyentuh bantahan beberapa NGO terhadap cadangan pelantikannya itu, termasuk Persatuan Peguam Shari'e Malaysia (PGSM).

Katanya, presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin pernah menemuinya berhubung cadangan pelantikannya sebagai yang dipertua Yadim.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu beliau masih belum mendapat tahu mengenai tindakan NGO berkenaan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, membantah cadangan pelantikannya itu.

Sumber : Malaysiakini (Jimadie Shah Othman)
Read Full 0 comments

Lelaki Mati Hadir Di Majlis Pengebumiannya


Seorang lelaki Brazil yang dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan kereta mengejutkan keluarganya yang sedang berkabung apabila dia hidup kembali di majlis pengebumiannya.

Saudara mangsa, Ademir Jorge Goncalves, 59, telah mengenal pasti mangsa yang bekerja sebagai seorang penerap bata adalah mangsa dalam sebuah kemalangan kereta di Parana, Selatan Brazil, lapor AP.

Tetapi Goncalves sebenarnya tidak mati. Malah dia menghabiskan masa semalaman dengan berbual bersama rakan-rakannya di sebuah perhentian trak.

Goncalves tidak menyedari tentang majlis pengebumiannya sehinggalah ia dimulakan keesokan harinya.

Ia menjadi satu kelaziman di Brazil melakukan majlis pengebumian dalam tempoh masa 36 jam dari masa kematian.

Sebaik sahaja dia menyedari kesilapan ini, Goncalves berkejar ke majlis pengebumian untuk memberitahu keluarganya dia masih hidup.

“Keadaan mayat sangat teruk, tetapi pakaian mereka serupa," kata seorang jurucakap polis seperti dilaporkan AP.

“Manusia biasanya menjadi sangat takut untuk mengenal identiti mayat dengan lebih lama, dan saya rasa itu apa berlaku dalam kes ini.”

Anak saudara Goncalves, Rosa Sampaio, memberitahu akhbar O GLOBO beberapa ahli-ahli keluarganya tidak pasti mayat itu adalah Goncalves.

"Saya dan dua bapa saudara dan meragui mayat itu semasa pengecaman dilakukan," dia memberitahu O GLOBO. "Hanya seorang emak saudara dan empat rakan-rakannya yang mengenal pasti badan itu adalah milik Goncalves , jadi apa yang boleh kami melakukan? Kami teruskan dengan pengebumian."
Read Full 0 comments

Malaysia Dijajah Singapura

Kemerdekaan hanya retorik?

Huh, inilah penjajahan secara halus di tanah sendiri,
Cuba cek tanah melayu di Johor Bahru,

Siapa majoriti yang duduk sekarang,

Kawasan tanah yang dibangunkan oleh pemaju,
Berapa ramai warga Singapura yang beli di JB,

Di Kempas, penduduk asal melayu seolah menumpang di tanah sendiri,

Di sebalik banglo warga Singapura ada terselit setinggan Melayu,
Sekarang Singapura hendak bangunkan Sungai Pulai,Tg Piai, dan Kukup,

Punah lah tanah di Malaysia tergadai pada warga asing
Terima Kasih 1Malaysia...

:Author Faethal


Malaysia, Singapura kaji projek ekonomi ikon di Iskandar Malaysia


SINGAPURA: Singapura dan Malaysia hari ini membentuk satu kumpulan kerja baru untuk mengkaji pembangunan bersama projek ekonomi ikon di Iskandar Malaysia.

Penubuhan kumpulan kerja baru ini dipersetujui selepas mesyuarat kerja Jawatankuasa Menteri Bersama Kelima (JMC) untuk Iskandar Malaysia yang dimuktamadkan di sini hari ini.

Ini dinyatakan menerusi kenyataan bersama oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pembangunan Negara Singapura.

Mesyuarat itu adalah susulan daripada perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong, semasa Najib melawat Singapura pada Mei lalu.

Dalam pertemuan yang berlangsung pada bulan berkenaan, kedua-dua pemimpin telah mencetuskan projek dua hala di Iskandar Malaysia di mana ia akan menyaksikan komitmen kedua-dua negara membina hubungan yang kukuh dan produktif.

JMC turut menilai semula perkembangan yang dibuat setakat ini oleh Kumpulan Kerja Bersama ke atas imigresen, pengangkutan, pelancongan dan persekitaran.

Kajian juga telah dimulakan untuk menilai kemungkinan tapak bagi pembangunan pelancongan bersama yang berpotensi untuk meningkatkan aliran pelancong ke dalam dan antara Iskandar Malaysia dan Singapura, kata kenyataan itu.

Tapak kajian ialah Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup, secara kolektifnya dikenali sebagai tapak-tapak Ramsar di Iskandar Malaysia dan Sungei Buloh Wetland Reserve di Singapura.

Mengenai isu imigresen, kenyataan itu memaklumkan yang perintis kepada Sistem Penjelasan Automasi Malaysia yang membolehkan pengembara ke Iskandar Malaysia akses ke laluan "pantas" telah diperluaskan kepada semua pengembara ke Malaysia bulan lalu.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menggandakan perkhidmatan bas sempadan bersilang menjelang Januari tahun depan.

JMC akan mengadakan pertemuan sekali lagi pada separuh pertama 2010 bagi menyemak perkembangan Kumpulan Kerja Bersama.

Sumber - Bernama
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks