blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Salah Di Segi Moral Untuk Meminta Bonus - Najib

Wednesday, November 4, 2009
Wakakakaka...
Minta bonus tanda 'tidak bermoral',

Minta RASUAH (baca Isa Samad) 'bermoral' ??!!!

Dunia dah terbalik!!

Dunia dah nak KIAMAT!!

Wakakakaka...

:Author Faethal


KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.

"Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka.

"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa "ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

"Ia juga sama dengan Bumiputera; dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing.

"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di Forum Majlis makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club.

Dua pakej rangsangan RM67 bilion kerajaan telah membantu menampan kesan kemelesetan ekonomi global.

Sehubungan itu, ekonomi negara ini dijangka mengecut hanya 3.0 peratus pada tahun ini, iaitu lebih rendah daripada unjuran lebih awal iaitu penguncupan sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka mengembang kira-kira 3.0 peratus pada tahun depan.

Kerajaan telah mengambil langkah berani untuk mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun depan kepada 5.6 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.

Sumber --BERNAMA
Read Full 2 comments

Ujian Kosmetik Zalimi Arnab

Penganiayaan ... arnab-arnab disumbat di dalam kotak-kotak kecil


Luka dalaman ... tikus-tikus yang dalam kesakitan

Arnab yang tersepit di dalam kotak-kotak kecil semasa ujian makmal untuk ujian rawatan Anti-Kedutan - berada dalam keadaan yang menyedihkan dan telah mencetuskan satu siasatan oleh pegawai penyiasatan.

Seorang staf telah memfilemkan adegan-adegan ini di sebuah makmal ujian kosmetik Wickham Laboratories, Hants, ketika bekerja di sana sebagai penyamar untuk Kesatuan British, Abolition of Vivisection.

Arnab-arnab itu telah disuntik dengan Botox-rival Dysport pada telinga mereka. Tikus-tikus itu juga dalam keadaan kecederaan tulang belakang selepas penguji cuba membunuhnya dengan PENA MATA BOLA.

Pegawai penyiasat berkata "langkah-langkah segera" telah diambil bagi menyiasat kekejaman ini.

Seorang jurucakap berkata: "Kami membenarkan penyelidikan terhadap haiwan apabila ianua dapat dijustifikasikan."

Pengarah teknikal makmal, Chris Bishop berkata ia "komited" dalam kebajikan haiwan dan bekerjasama dengan penyiasat.

Sumber : The Sun
Read Full 0 comments

TERKINI!! 209 Cedera Dalam Gempa Bumi Di Iran


Satu gempa bumi berskala 4.9 melanda bandaraya pelabuhan Bandar Abbas di selatan Iran, awal hari ini , mencederakan sekurang-kurangnya 209 orang, menurut agensi berita rasmi Irna.

Gempa bumi itu melanda pada 2.56am (8.26pg waktu tempatan) dan juga menggoncangkan tanah tinggi di sempadan Qeshm.

"Pada 6.00am hari ini, kami mendapati seramai 209 orang cedera dalam gempa bumi," kata Farshid Abedi, ketua universiti perubatan utama dalam Hormozgan di Bandar Abbas.
Read Full 0 comments

Musim Menuai Za'faran (Saffron) Di Kashmir Bermula


Tentu ramai yang tahu tentang air Musoffa ini.
Musoffa adalah minuman herba yang diadunkan daripada ekstrak bunga Za'faran yang dijadikan dakwat untuk penulisan bunga Za'faran yang dijadikan dakwat untuk penulisan 30 juzuk ayat-ayat suci Al-Quran, ayat-ayat Syifa' dalam pinggan putih dilarutkan dengan Air Zam-Zam dan Air Mineral semulajadi sebagai ikhtiar menjaga kesihatan tubuh badan, kekuatan minda dan ketenangan jiwa.

Namun ramai tidak tahu pengeluaran terbesar bunga Za'faran ini adalah dari Kashmir. Dan ramai juga yang tidak pernah melihat rupa bentuk bunga Za'faran.



Sebuah keluarga Kashmiri duduk berehat ketika mengutip bunga-bunga Za'faran daripada ladang di Khrew, 25 km (15 batu) dari selatan Srinagar, 3 November, 2009. Za'faran telah ditanam di Kashmir sejak zaman Mughal, yang bermula pada abad ke-16. Dalam tanah yang berlumpur dan berair, tanaman safron ditanam pada anggaran 17,000 ekar tanah di Kashmir dalam bulan Mei dan Jun. Manakalan bunga-bunga itu dituai pada permulaan musim luruh itu. Ia mengambil sehingga 170,000 kuntum bunga untuk mendapat satu kilogram (2.2 lbs) rempah berharga ini.


Seorang wanita Kashmiri sedang memetik bunga Za'faran daripada ladang di Khrew.


Penduduk kampung Kashmiri sedang mengutip bunga Za'faran.



Bunga Za'faran yang berkembang penuh.
Read Full 0 comments

Robot Berbahasa Arab Pertama, Ibn Sina Bersedia Untuk Diletakkan Di Pasaraya

Saintis sedang menyiapkan robot, yang boleh digunakan dalam pusat membeli belah.


Ketua saintis Nikolaos Mavridis bersama 'Ibn Sina'

Robot berbahasa arab pertama di dunia telah dibina untuk kegunaan ramai akan berada di pusat membeli belah tidak lama lagi.

Ibn Sina, dinamakan sempena tokoh ahli falsafah dan saintis Islam terkenal pada abad ke-11 dikenali secara umum sebagai Avicenna, telah direka bentuk oleh satu pasukan dari Universiti UAE.

"Ia dunia robot percakapan berbahasa arab yang pertama boleh berbual," kata Nikolaos Mavridis, penolong profesor sains komputer yang mengetuai pasukan yang mempunyai seramai 12 orang ini.

"Ia membolehkan kami untuk melakukan penyelidikan dan dia juga merupakan satu alat bantuan pembelajaran kerana pelajar-pelajar itu boleh melakukan ujikaji terhadapnya."

Kira-kira $US200,000 (RM 685,958) telah dilaburkan di sebalik teknologi robot ini.

En Mavridis berkata Ibn Sina boleh digunakan sebagai seorang penyambut tetamu, kakitangan jualan atau penolong membeli-belah dalam pasaraya.

"Terdapat beberapa perkara boleh dilakukan ke atasnya seperti: menjawab beberapa soalan, disambungkan kepada internet bagi mendapatkan maklumat dan menunjukkan benda-benda keperluan anda pada skrin mengenai apa anda perlukan," katanya.

En Mavridis menyatakan ia boleh mengambil masa selama enam bulan oleh lima pekerja untuk menyediakan robot ini.

"Sekarang kami telah meletakkannya untuk bekerja satu hari penuh di Pasaraya Al-Ain," katanya.

Ibn Sina berperwatakan dengan sehelai jubah warna putih, serban dan janggut kelabu - dengan gaya seakan gambaran sebenar Ibn Sina.

Bercakap dalam bahasa Arab klasik, menjawab persoalan-persoalan dengan ekspresi air muka.

Ibn Sina mempunyai modul perisian yang membolehkan ia untuk melihat, mengecam wajah-wajah dan benda-benda, serta subsistem untuk berdialog, mentranskripsikan ucapan dalam bentuk teks, dan faham untuk membalas balik percakapan kata En Mavridis.

Kita pernah dihubungi oleh syarikat-syarikat yang meminati robot sama ada untuk pusat membeli belah atau sebagai penyambut tetamu.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks