blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bekas Mufti Perlis Ditahan Semasa Adakan Ceramah

Monday, November 2, 2009
Dari sudut lain penangkapan oleh Jais itu walaupun Asri mengakui beliau ada masalah dengan Jais kemungkinan ianya untuk memberi imej buruk kepada kerajaan Pakatan Selangor. Dengan penangkapan itu memberi imej kerajaan Pakatan Selangor cuba menghalang pengembangan agama Islam. - msomelayu.blogspot.com



BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, pagi ini atas dakwaan mengajar tanpa tauliah yang ditahan di sebuah banglo Hulu Klang, malam tadi. - Foto Rosdan Wahid


Bekas Mufti Perlis didakwa mengajar tanpa tauliah

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.

Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan.

Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais.

Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor.

Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.

Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.

Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.

Sumber : Berita Harian
Read Full 0 comments

Logo Ferrari Terbesar di Dunia

Foto udara kawasan Ferrari World Abu Dhabi di Yes Island.

Abu Dhabi--Ferrari World Abu Dhabi, taman tema Ferrari pertama dan terbesar di dunia, dipastikan akan dibuka tahun depan. Di fasiliti yang super mewah ini Ferrari menjanjikan pelbagai kelengkapan yang akan membangkitkan anime para pencinta Ferrari dan keluarganya.

Ferrari World yang merupakan milik Aldar Properties PJSC ini direkabentu dengan atap unik berwarna merah. Menurut Ferrari rancangan atap tersebut diinspirasi dari cembung ganda klasik yang ada di sisi kereta sport Ferrari GT.

Dengan ukuran 200.000 meter persegi, logo ini sekaligus menjadi logo terbesar Ferrari yang pernah dibuat.

Para pengunjung Ferrari World nantinya akan merasakan permainan khas Ferrari yang sukar didapati di tempat lain. Sebut saja, rollercoaster terpantas di dunia dan merasakan kelajuan 200 km/jam di atas jentera F1 Ferrari.

Bahkan bila anda ingin mencuba tekanan G-force pada kokpit jentera F1, di sinilah tempatnya. Selain itu, para pengunjung juga boleh berpesta berbelanja ketika mengunjungi Roma, di Itali.

Ferrari World terletak di Yas Island, sebuah kawasan yang ditetapkan sebagai daerah kunjungan pelancong yang berlokasi di Timur Laut Abu Dhabi. Abu Dhabi sendiri pada peta berada di pertembungan antara Eropah, Asia dan Afrika.

Ferrari berkata Abu Dhabi sangat tepat dijadikan sebagai Ferrari World sempena daerah ini merupakan kawasan sport paling popular di United Arab Emirates.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks