Inilah jerung putih yang hampir terputus dua selepas dimakan seekor jerung putih 'gergasi'. Seekor jerung putih 'GERGASI' yang berukuran hingga 6 meter panjang popular selepas menggigit seekor jerung lain sehingga tinggal sebahagian badannya.
Perenang diingatkan agar berjaga-jaga dan menjauhi Kepulauan Stradbroke, selepas seekor jerung lain yang lebih kecil di yang ditangkap nelayan.
Jerung putih yang berukuran 3m hampir dimakan separuh badannya menurut laporan The Daily Telegraph.
Filem fiksyen blokbuster JAWS arahan Steven Spielberg baru dianggarkan hanya sepanjang 1.5 meter panjang.
"Ini cukup memeranjatkan saya,jerung yang saya tangkap itu separuh ukuran daripada jerung yang memakannya," kata Jeff Krause,nelayan di Queensland.
Jerung putih,antara makhluk yang paling bahaya dilautan itu masih hidup ketika ditunda oleh bot nelayan ke tepi pantai.