blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pembelian Kapal Selam Secara Tender Terbuka Demi Keselamatan Negara?

Thursday, October 22, 2009
The SSK Scorpene Class submarine.


Lawak apakah ini?
Sistem pertahanan apa,sedangkan kapal selam Scorpene ini bukan satu-satunya dimiliki Malaysia.
Singapura juga sudah lama memiliki kapal selam.
Negara lain Chile,India,Brazil dan banyak lagi.
Persoalan pokok,kenapa Malaysia membeli lebih MAHAL harganya berbanding negara-negara lain ini.
Kemanakah duit LEBIHAN itu pergi?
Apa punya turrr..

Mungkin lepas ini, alasan pembunuhan Altantuya juga boleh juga dikatakan sebagai...
"DEMI UNTUK KESELAMATAN 1MALAYSIA..."
:Author Faethal


KUALA LUMPUR, 22 Okt -- Pembelian dua kapal selam jenis Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak dibuat secara tender terbuka kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh, Dewan Rakyat diberitahu Khamis.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata keadaan yang sama juga turut diamalkan oleh negara lain seperti India, Chile dan Brazil

Sumber : BERNAMA
Read Full 0 comments

Kenali Wajah Bayi Al-Quran,Ali Yakubov & Ibu Bapanya

Ali Yakubov, seorang bayi yang berusia sembilan bulan, menggemparkan Rusia kerana kulitnya tertulis ayat suci Al-quran dan membuat doktor yang merawatnya pun kehairanan.




Foto : Reuters, Daily Contributor
Read Full 0 comments

2010 Baru Internet Laju Sikit


Dah kena sound dengan pelabur Australia baru terhegeh-hegeh..
Chit..
:Author Faethal

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat pada Khamis diberitahu bahawa Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dijangka dapat dinikmati rakyat mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata ini kerana rangkaian akses kini dalam proses ujian dan sebanyak empat ibu sawat di Lembah Klang iaitu di Bangsar, Shah Alam, Subang Jaya dan Taman Tun Dr Ismail, dijadikan ibu sawat percubaan untuk menguji keberkesanan teknologi rangkaian akses.

Telekom Malaysia juga telah memulakan kerja fizikal bagi pelaksanaan infrastuktur rangkaian akses di 22 rangkaian ibu sawat syarikat itu di seluruh negara, katanya menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Salang berkata rangkaian akses akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui 1.3 juta premis di kawasan Lembah Klang, Wilayah Pembangunan Iskandar dan zon-zon ekonomi dan industri utama di seluruh negara.

"Ujian yang menyeluruh dijangka siap pada akhir 2009 dan perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pengguna pada pertengahan 2010," katanya.

Selain rangkaian akses, projek usaha sama antara kerajaan dan Telekom Malaysia itu juga merangkumi rangkaian teras dan rangkaian antarabangsa.

Salang berkata sebahagian besar rangkaian teras utama domestik negara telah siap dipasang dan dalam peringkat ujian penerimaannya manakala bakinya pula dalam pelaksanaan.

"Dari segi rangkaian antarabangsa, sistem-sistem kabel dasar laut yang sedia ada dan yang baru seperti sistem kabel dasar laut American-Asia Gateway (AAG) sedang dipertingkatkan dan dijangka siap untuk digunakan pada penghujung tahun ini," katanya.

Sumber -- BERNAMA
Read Full 0 comments

Dia Bukan Anak Saya Lagi

Arwah Alia Aiman


KUALA LUMPUR: "Kelakuannya yang ketakutan sambil menunjukkan ke arah lelaki Sudan dan berkata 'takut-takut' masih terbayang dalam ingatan saya.

"Apabila tahu satu-satunya cucu saya meninggal dunia, saya meraung dan hampir pengsan. Kini saya terlalu benci kepada anak saya dan tidak lagi menganggapnya sebagai anak," kata Amran Mohd Said, 49, datuk kepada Alia Aiman, 3, kanak-kanak yang mati dipercayai didera ibunya bersama teman lelaki warga Sudan, di Kondominium Reniville, Taman Puteri Batu 9, Cheras dekat sini, pada 12 Oktober lalu.

Amran yang dihubungi berkata, Alia menyatakan perkara itu kepadanya ketika mengunjungi cucunya itu di rumah anak perempuannya bulan lalu.

"Saya bertanya mengapa Alia berkelakuan begitu, namun anak saya berkata dia sekadar mahu mendidik cucu saya itu supaya menjadi budak baik.

"Saya juga ada bertanya mengenai tanda merah pada badan dan benjol pada dahi Alia, tetapi anak saya memberitahu ia kerana terjatuh," katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood, berkata ibu mangsa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai setiausaha sebuah syarikat swasta di ibu negara menghantar Alia yang tidak sedarkan diri ke hospital dan mendakwa menemuinya lebam seluruh badan sebaik pulang bekerja.

Bagaimanapun, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada organ dalamannya.

Amran juga berkata, beliau terlalu kecewa dengan tindakan anaknya yang tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku terhadap Alia.

"Lelaki Sudan itu pernah berbual dengan saya dan daripada perbualan itu saya dapati dia jenis lelaki yang kasar. Isteri saya juga pernah lihat orang Sudan itu merentap tangan anak saya (ibu mangsa) dengan kasar.

"Saya juga bertanya kepada anak saya mengapa lelaki Sudan itu tinggal bersamanya, tetapi anak saya maklumkan lelaki itu menyewa bilik sebelah. Saya pernah beri kata dua kepadanya sama ada meminta lelaki Sudan itu keluar atau anak saya itu sendiri yang keluar," katanya.

Amran juga berkata, beliau memang mempunyai rancangan mahu mengambil dan membela Alia.

"Sebelum ini pun saya nak bela dia tetapi anak saya larang. Bagaimanapun, sebelum Aidilfitri lalu saya sempat menjaga cucu saya itu selama dua bulan," katanya sambil mengakui tujuan dia bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan adalah untuk memelihara cucu kesayangannya itu.

Beliau berkata, jenazah Alia dikebumikan di Sungai Besi sehari selepas kematiannya.

Mengenai bapa Alia, beliau hanya berkata: "Sehingga kini saya tidak dapat mengesannya."

Sumber : Berita Harian
Read Full 0 comments

Ayat Al-Quran Di Tubuh Ali Yakubov Adalah Pesanan Allah


MOSKOW - Majlis Ulama Rusia menyatakan ayat-ayat Alquran yang tertulis di tubuh bayi Ali Yakubov merupakan peringatan kepada seluruh Muslim Rusia dan Dagestan.

"Kami menafsirkan tanda itu sebagai sebuah peringatan kepada seluruh Muslim Rusia dan Dagestan, iaitu mereka harus berbalik kepada ajaran agama Allah, menyesali dosa-dosa mereka, dan meninggalkan perselisihan, konflik, dan konfrontasi atau saling membunuh yang pada hari ini menggoncang tanah Dagestan dan seluruh Kaukasus," ini pernyataan lembaga tersebut, yang dikutip dari Rusia Interfax, Rabu (21/10/2009).

Menurut Majlis Agama itu, jika hal-hal tersebut dipenuhi, maka umat Islam akan memperoleh rahmat dari Allah dan dapat menjadi masyarakat yang aman damai dan sejahtera.

Seperti diberitakan sebelum ini, tulisan dalam huruf Arab itu muncul di tubuh bayi berusia sembilan bulan itu, beberapa hari setelah kelahiran dia. Tulisan itu muncul di punggung, lengan, kaki, dan perut Ali. Tulisan yang muncul antara lain berbunyi, "Allah adalah yang menciptakan semua ini."

Ibu bayi itu, Madina Yakubova, mengatakan tulisan muncul pada Isnin dan Jumaat. "Suhu tubuh Ali menjadi sangat tinggi dan dia menangis. Tulisan itu secara berangsur-angsur hilang setelah tiga hari, dan kemudian muncul lagi," Madina.

Ibu bapa Ali tidak memberitahu kepada siapa pun perkara ini sehingga mereka melihat tulisan yang bermaksud, "Tunjukkan tanda-tanda ini kepada setiap orang-orang". Madina mengatakan, Ali adalah anak keduanya. Perkara itu tidak pernah berlaku pada puterinya yang merupakan kakak kepada Ali.

Berkaitan hal ini, di kalangan golongan perubatan berbeza pendapat. Ludmila Luss, seorang doktor tempatan, yakin bahawa cerita itu dikarang oleh ibu bapa Ali.

"Mereka mungkin memberikan iritasi di kulit Ali, seperti dengan lada dan garam, atau ubat-ubatan, yang menyebabkan radang pada kulit dan meninggalkan bekas merah dalam bentuk huruf Arab," katanya.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks