WP makin kerap sekarang dalam membuat artikel mengulas serta memberi buah fikiran berdasarkan senario politik terkini. Sebenarnya, terlampau banyak yang telah diperhatikan dan juga telah dibincangkan oleh Warga-warga Prihatin. Cuma kami sekadar jadikannya pelajaran kepada diri sendiri dalam 20 keluarga kami ini. Ada juga pejabat-pejabat menteri serta Universiti yang telah membuat rujukan. Yang mana datang kita berikan tanpa syarat dan yang mana tak mahu kitapun tak ralat. Sekurang-kurangnya anak kepada 20 keluarga Prihatin ini dapat mengambil pelajaran dari semua kekalutan yang berlaku.
Salah satu penerapan utama dalam disiplin warga prihatin ialah soal maruah. Islam ialah agama bermaruah kerana itu Islam tidak berasuah untuk orang masuk Islam. Islam itu datang dari kefahaman yang diyakini dan menjadilah itu sebagai Iman. Dan Iman itu bila dizahirkan barulah namanya ISLAM (Sejahtera). Di Prihatin sendiri, dahulu asalnya adalam 200 orang dari lebih 60 unit keluarga yang kini hanya tinggal hanya 20 unit keluarga bersama sekitar 100 orang termasuk anak-anak dan isteri-isteri. Mereka difahamkan tentang visi dan misi Prihatin yang bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah 100% dan tidak kerana sesuatu di luar atau keluar dari kepentingan Islam. Hasilnya ialah Sains kehidupan yang dapat dikecapi sekarang. Yang sudah faham dan meyakininya sekiranya mahu keluar tiada paksaan dalam Islam. Tetapi keluar mereka tidak mungkin diterima untuk berpatah balik walaupun beliau ialah seorang jutawan yang mahu menyerahkan segala-galanya.
Ini konsep Islam dalam kehidupan. Hidup hanya sekali, dan sekali lagi ialah pembalasan. Islam juga menghalalkan bunuh kepada yang murtad kerana sekali keluar, tiada jalan pulang. Tetapi dalam kancah politik sekarang, kisah lompat keluar parti dan lompat masuk parti semula dah jadi satu norma dalam permainan politik. Kuasa menjadi buruan, gadaiannya ialah maruah. Yang melompat-lompat itu pastinya tiada maruah dan yang lebih dari itu ialah perlembagaan parti yang boleh menerima kembali ahli yang pernah derhaka untuk bersama semula. Ya…ayatnya ialah DERHAKA. Adakah Islam pernah gariskan tentang orang-orang yang lari dari perjuangan itu apa hukumnya? Tidakkah Islam telah menggariskan dalam buku perlembagaan agong (Al-Quran) bahawa orang musyrik itu NAJIS (At-Taubah, 28) dan musyrik itu apabila mereka mengambil lebih dari 1 pengatur (Allah), bukankah Allah dah ancam orang yang murtad itu dengan jukuman bunuh? bukankah Allah dah ingatkan berkali-kali bahawa hidup itu hanya sekali dan mati itu hanya sekali DAN PEMBALASAN ADALAH KEKAL sifatnya?
Berdegar-degar ucapan dan harapan YAB PM dan juga hasrat Kebawah Duli yang mahukan Al-Quran itu dizahir dan dilaksanakan dalam kehidupan. Sedangkan kita masih terang-terang melanggar perlembagaan Allah.
WP kesal dengan Datuk Ibrahim Ali dengan statement lalang beliau tentang kesediaan masuk semula dalam UMNO. Mengapa? Adakah kerana beliau melihat UMNO itu sudah kembali pulih? dah berapa kali beliau keluar masuk UMNO dan masih lagi dibenarkan masuk UMNO serta mencemarkan maruah UMNO sebagai sebuah parti MURAHAN kerana tidak bermaruah menerima pelacur-pelacur politik yang melacurkan maruah diri untuk kuasa dan kerjaya politik mereka. Kembalikan semula kepada Al-Quran dan Sunnah (Surah An-Nisa, 59) jika ada kekhilafan. WP berani katakan, mereka bukan pejuang sejati kerana meninggalkan medan perang apabila merasakan mereka akan kalah dan kembali semula kerana merasakan mereka hampir berjaya.
UMNO parti berdaulat, PAS parti Islam, PKR parti keadilan…tetapi manakah maruahnya? Adakah UMNO menerima sahaja siapa yang telah meninggalkannya untuk bersama semula hanya kerana ada kepentingan politik? PAS dan PKR juga sekutu-sekutunya juga begitu. Kata-kata UMNO sebuah parti bermaruah ternyata retorik sekiranya perlembagaan itu tidak digubal selari dengan politik Al-Quran.
WP cuba bayangkan sekarang sekiranya UMNO ialah parti yang tidak ada U-Turn untuk ahli-ahli yang telah keluar.Pastinya, sesiapa yang mahu keluar terpaksa memikirkan antara hidup dan mati kerana itu soal pemilihan wadah perjuangan. Benar kalau Allah Maha Pengampun dan mengampunkan semua umatnya yang berdosa. Tapi kalau kita perhalusi lagi Al-Quran itu, Allah hanya menerima taubat orang-orang yang belum diberi peringatan. Tetapi orang-orang yang telah disampaikan peringatan sengaja tempah dosa memang tak dapat lah keampunan Allah tu. Lagi-lagi orang-orang yang memperolok-olokkan Allah dengan mengulangi dosa yang sama berulang-ulang kali dan bertaubat juga setiap kalinya.
Sekejap tadi WP baca Utusan Malaysia, ada pula berita tentang Datuk S. Nallakarupan dan sekutu-sekutunya bertindak meninggalkan PKR semata-mata kerana tak puas hati dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menaikkan Azmin dalam mengetuai PKR Sabah. Tidak lah besar sangat isu itu, tetapi rupanya penyakit ini berlaku bukan sahaja dalam UMNO tetapi keseluruhan parti dalam kancah politik nasional.
Fikirkan semula, bukalah 10 pintu untuk menyertai UMNO dan tutuplah pintu kepada yang telah keluar SELAMA-LAMANYA kerana itu dapat mengangkat kredibiliti UMNO itu sendiri. WP minta maaf kalau kritikan ini terkena juga kepada negarawan-negarawan kita seperti Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Tapi, fikirkanlah bila kita berkata-kata untuk melaksanakan Al-Quran sebagai panduan paling baik, mengapa perkara yang nyata dan jelas dalam Al-Quran masih lagi kita langgar?
Kepada UMNO, jual mahal lah anda kerana anda ada harga diri sebagai parti yang berdaulat dalam membela Negara Malaysia yang dicintai.
Sumber - WARGA PRIHATIN
http://prihatin.net.my/