blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Permainan Virus H1N1 Di Pasaran!

Saturday, October 17, 2009
Model permainan virus H1N1 dipamerkan di Kedai Newbury Comics, di Boston, Massachusetts.



Salah seorang pekerja menunjukkan model permainan virus H1N1 itu di Newbury.
Read Full 0 comments

Minyak RON95 Naik Harga?

Kerajaan 1Malaysia dah bagi HINT hari ni,
Tanda-tranda harga minyak akan NAIK!
Terima Kasih pengundi Bagan Pinang!
Sebagai tanda TERIMA KASIH di atas kepercayaan anda,
Kerajaan Malaysia akan menghadiahkan HADIAN ini kepada..
SELURUH RAKYAT MALAYSIA,
Terima kasih Bagan Pinang!
TERIMA KASIH 1MALAYSIA!
:Author Faethal

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Mampukah kerajaan mengekalkan harga minyak petrol RON95 pada paras RM1.80 seliter, apabila harga minyak mentah dunia diunjurkan terus melonjak sehingga AS$90 (RM301.50) dalam tempoh setahun ini?

Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew berkata, harga minyak mentah itu dijangka terus meningkat sehingga paras AS$90.

''Terdapat kemungkinan harganya berada pada paras itu (AS$90) menjelang hujung tahun ini. Faktor utama yang mendorong lonjakan tersebut adalah kelemahan mata wang Amerika Syarikat.


Sumber - Utusan


Read Full 0 comments

50 bahagian, 150 cawangan MIC mungkin bubar


KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 bahagian dan 150 cawangan MIC di seluruh negara kini berdepan dengan tindakan pembubaran setelah didapati tidak aktif atau menghadapi masalah dalaman, kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini.

Beliau berkata, MIC sudah menghubungi semua bahagian dan cawangan itu bagi memaklumkan tindakan yang bakal dikenakan jika tiada usaha diambil untuk memulihkan keadaan.

"Kita beri tempoh satu atau dua bulan untuk memulihkan cawangan dan bahagian masing-masing dan sekiranya mereka masih di tahap lama, kita akan bubar," katanya pada majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Beliau berkata, langkah itu adalah antara usaha untuk memulihkan parti itu selain meraih kembali kepercayaan masyarakat kepada MIC.

Samy Vellu berkata, beliau dan Timbalannya Datuk G Palanivel akan mengunjungi bahagian dan cawangan berkenaan bagi melihat sama ada ia mematuhi dasar parti.

"Bila saya hendak melihat sesebuah cawangan, secara langsung, pengerusi cawangan terbabit tahu yang saya memeriksa cawangannya, semuanya ada kaitan, jadi tak boleh nak sembunyikan apa-apa daripada saya," katanya.

Samy Vellu juga berkata, MIC kini menunggu kebenaran untuk mendaftar 800 cawangan baru di seluruh negara dalam usaha memperkasakan kembali parti itu yang turut berdepan dengan kemelut.

"Mereka adalah dari kalangan orang yang mahu bekerja keras untuk kepentingan parti dan kita akan beri sepenuh sokongan kepada mereka," katanya.

MIC kini mempunyai 3,600 cawangan di seluruh negara.

Mengenai pindaan perlembagaan parti, Samy Vellu berkata MIC telah menghantar permohonan pindaan itu kepada Pendaftar Pertubuhan dan ia antara lain membabitkan lapan perkara termasuk keanggotaan, kelicinan pentadbiran cawangan dan laporan serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Sumber - Bernama
Read Full 0 comments

Bayi Diseret Komuter Terselamat

Melbourne – Tiada siapa yang menjangka bayi berusia enam bulan ini bakal terselamat selepas terseret hampir 40 meter oleh keretapi komuter yang sedang bergerak.

Kejadian yang hampir tragis itu dirakamkan dalam CCTV yang berada di stesen komuter, Victoria, Australia. “Ajaib, bayi itu sangat bernasib baik,” kata Sarjan Polis Victoria, Michael Ferwerda, seperti dilaporkan oleh AP, Jumaat (16/10).

Dalam rakaman video itu, kelihatan seorang ibu dengan kereta bayi berwarna merah sedang berdiri. Pada awalnya kereta bayi itu berada di sisi ibu, tiba-tiba ia memusingkan kereta bayi itu menghadap ke arah rel.

Sejurus selepas itu, ia melepaskan pegangannya pada kereta bayi untuk membetulkan seluarnya. Dalam masa yang sama ia juga melihat ke arah lain dan tanpa disedari, kereta bayi itu telah bergerak ke arah rel.

Sebaik sahaja bayi itu jatuh, keretapi komuter pun tiba. Komuter itu bergerak perlahan kerana akan berhenti, tetapi bayi itu sudah berada di bawah komuter dan menyebabkan si ibu menjadi panik. Walaupun terseret sejauh 40 meter, bayi itu hanya mengalami luka-luka kecil.

Ibu tergamam melihat kereta bayinya bergerak ke arah rel komuter.



Kuasa Allah, walaupun terseret sejauh 40 meter,namun bayi itu hanya mengalami luka-luka kecil.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks