blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Siapa MB Negeri Sembilan?

Tuesday, October 13, 2009
Wah!
Bersemangat sekali Isa Samad untuk menawan kerusi Teluk Kemang,

Tapi yang hairannya,beliau lebih semangat dari Mohamad Hassan,

Sehingga mengeluarkan kenyataan....
'strategi untuk memenangi semula kerusi Parlimen Teluk Kemang akan dirancang selepas beliau mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin parti komponen BN tidak lama lagi.'
Kenapa Isa Samad yang hendak memanggil semua pemimpin parti komponen?

Kenapa bukan Mohamad Hassan?

Siapa MB Negeri Sembilan?

:Author Faethal



PORT DICKSON, 13 Okt -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang yang baru, Tan Sri Mohd Isa Samad berazam mahu membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Kemang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, beliau juga mahu BN menakluk semula tiga kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang yang kini berada di bawah pembangkang iaitu Port Dickson, Chuah dan Lukut.

"Kemenangan kerusi DUN Bagan Pinang telah membuktikan semula kepercayaan kaum bukan Melayu dan golongan muda terhadap BN.

"Kita akan teruskan momentum ini untuk merampas semula kerusi yang kita hilang pada pilihan raya umum tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan pemimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang di sini hari ini.

Katanya strategi untuk memenangi semula kerusi Parlimen Teluk Kemang akan dirancang selepas beliau mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin parti komponen BN tidak lama lagi.

Pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang Ahad lepas, Mohd Isa, yang mewakili BN, menewaskan calon PAS Zulkefly Mohd Omar dengan majoriti 5,435 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 8,013 undi manakala Zulkefly hanya mendapat 2,578 undi.

Ditanya sama ada beliau terkilan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak turun berkempen di Bagan Pinang, Isa menjawab: "Dalam hati, Tun tahu saya akan menang."

Sumber : BERNAMA
Read Full 0 comments

Kemalangan Semalam Di Dalam Metro

Mentaliti rakyat 1Malaysia,
Ikan Didahulukan,Perut Diutamakan,
Terima kasih MALAYSIA
:Author Faethal
Read Full 0 comments

Maria Ozawa Tetap Ke Indonesia

Indonesia tak serik-serik dilanda bala,
Agaknya ini tanda-tanda Indonesia akan dilanda bala' bencana lagi,
Mujur ia tidak terjadi di Malaysia
:Author Faethal

Maria Ozawa alias Miyabi

JAKARTA - Pelakon porno berasal dari Jepun, Maria Ozawa alias Miyabi dipastikan akan tetap datang ke Indonesia. Hanya masa dan tarikh kedatangannya akan dirahsiakan production house Maxima Pictures.

Hal tersebut ditegaskan General Manajer Maxima Pictures, Sediadi ketika berbincang di Jakarta, Selasa (13/10/2009).

"Sama seperti yang saya sampaikan kelmarin. Miyabi akan tetap datang. Tapi kita akan rahsiakan kedatangannya. Untuk menghindari pro dan kontra," katanya.

Meskipun begitu, Sediadi berkata pihaknya masih melakukan kajian selidik terhadap perancangan awal. Ketika ditanya apa yang dikaji, beliau tidak mahu menyebutkannya.

Sebelum ini, diberitakan Miyabi akan datang ke Jakarta 14 Oktober dan akan melakukan penggambaran selama sebulan. Namun, kerana ada pro dan kontra, serta protes dari sebahagian masyarakat, kedatangan Miyabi ditunda dan dirahsiakan.

Sumber : Okezone
Read Full 0 comments

Awas, Facebook Syurga Penipuan


Laman jejaring sosial seperti Facebook merupakan syurga bagi pencuri identiti. Demikian peringatan dari Konferensi Penipuan Nasional Australia.

“Hanya dengan mendaftarkan nama dan tarikh lahir di internet, sudah cukup bagi penipu internasional untuk mencuri identiti, anda dan menguasai maklumat bank anda,” kata seorang polis senior.

Peringatan itu disampaikan dalam Simposium Nasional Kejahatan Identiti setelah munculnya penelitian baru yang menunjukkan penipuan telah menimbulkan kerugian pada Australia hingga US$ 8,5 juta setahun.

Ahli penipuan Polis Queensland mengatakan penipu melayari internet untuk mencari informasi dan menggunakan teknologi penyalinan data yang canggih untuk mencuri identiti orang dan wang mereka.

Informasi tarikh lahir, perincian di mana mereka bekerja dan keluarganya merupakan lubuk emas bagi orang-orang yang ingin mencuri data identiti, kata wakil pegawai Ian Stewart.

Dia mengatakan jumlah informasi peribadi yang dapat diekstrak dari laman jejaring sosial cukup merisaukan.

"Sayangnya, sekali informasi di sana (di internet) itu hampir kekal selamanya di sana," katanya.

Sumber : News
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks