blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

BN MENANG!

Sunday, October 11, 2009
Paparan skrin di luar dewan pusat penjumlahan undi menunjukkan keputusan BN mendahului PAS. pada Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang

Wartawan melihat paparan keputusan terkini Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada layar gergasi yang disediakan di luar dewan pusat penjumlahan undi.

Isa Abdul Samad dikerumuni wartawan di luar Dewan Pusat Penjumlahan Undi, Majlis Perbandaran Port Dickson, sebentar tadi.


Sah sudah BN menang,
Hanya menunggu diumumkan sahaja.
Media massa sibuk membuat liputan.
Tidak seperti PRK sebelum ini.
Berita juga sentiasa berlegar-legar berkenaan PRK Bagan Pinang.
Seperti analisis ramai blogger,undi POS dan undi MELAYU memainkan peranan penting kemenangan calon di Bagan Pinang.
Dan undi Melayu di Bagan Pinang ternyata berpihak kepada Isa Samad.
:Author Faethal

Read Full 0 comments

Info TERKINI Sekitar Bagan Pinang! (Klik Refresh)

10:19 : Keadaan jalan ke Bandar Port Dickson terutama di bulatan di Batu 4 sesak ketika ini. Jumlah kenderaan semakin banyak, termasuk mereka yang datang bercuti ke pantai Teluk Kemang.

10:29 : Cuaca beransur-ansur cerah di Teluk Kemang dan Bagan Pinang. Namun, kesesakan di Jalan Pantai di kedua-dua hala terutama menuju ke Bandar Port Dickson semakin sesak.

10:41 : Menurut SPR, peratusan keluar mengundi sehingga jam 10 pagi adalah 23.9 peratus atau 2,168 pengundi.


11:03 : Calon BN, Isa Samad sempat mengunjungi pusat pengundi SJK Tamil Ladang Seliau. Beliau kini menuju ke pusat mengundi SKJKT Ladang Sua Betong, salah satu kubu kuat BN.


11:05 : Pada jam 10.40 pagi tadi, TPM, Muhyiddin Yassin melawat pusat pengundian Ladang Bradwall. Sebelum itu beliau melawat pusat pengundian di Politeknik Port Dickson dan SK Sri Rusa.


11:11 : Kemenangan calon bergantung kepada undi Melayu.

11:16 : Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan mengundi adalah 35.7 peratus atau 3,239.

11:25 : Cuaca kembali panas di Teluk Kemang. Pengundi semakin memenuhi pusat pengundian dengan keadaan jalan raya terus sesak.

11:31 : MB Negeri Sembilan, Mohamad Hasan melawat pusat pengundian dan bertemu penyokong BN di SJKT Ladang Bradwall.

11:56 : Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar kelihatan di SK Telok Kemang. Polis dilaporkan menahan dua lelaki dipercayai penyokong kedua-dua parti bertanding selepas berlaku pergaduhan kecil di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang, sebantar tadi.Kejadian itu dikatakan tercetus apabila penyokong kedua-dua pihak yang saling bertentangan dan dipisahkan oleh jalan raya bertindak liar dengan membaling air mineral dan kayu.

Read Full 0 comments

Sekitar Proses Pengundian Di Bagan Pinang

Peraih undi PAS di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang, Port Dickson.


Peraih undi BN & PAS menunggu di jalan menuju SK Panglima Adnan.

Peraih undi PAS di jalan menuju SK Panglima Adnan.


Pengundi beratur menunggu giliran masing-masing di SK Panglima Adnan.

Petugas SPR membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di SK Panglima Adnan.

Pengundi beratur menunggu giliran masing-masing di SK Panglima Adnan.

Orang ramai beratur untuk membuang undi pada Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Siliau, pagi tadi.

Read Full 0 comments

Kisah Pegawai Belia Di Hari Mengundi Di Bagan Pinang

Seorang sahabat melaporkan.

Bersembang dengan pegawai pejabat belia Serting Hilir..
Dia la yg bawak budak2 sekolah a.k.a belia.
Arahan yang diterimanya untuk bawa pelajar sekolah ni ke Bagan Pinang kerana ada program motivasi di kem plkn.
Jadi, dia ikut sahaja dan menyediakan 2 buah bas.
Sampai je di Bagan Pinang, arahan bertukar..
Budak-budak belia dijadikan budak-budak suruhan umno..
Sebab tu banyak budak-budak sekolah dengan umno..
Pembohong dunia akhirat..

Kredit : Akhi Fairuz

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks