blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pencuri Budiman Tidak Usik Tabung Derma Mangsa Gempa Bumi Padang

Saturday, October 10, 2009
KUALA TERENGGANU, 10 Okt-- Sebuah pasar raya di sini kecurian wang tunai lebih RM25,000, namun wang kutipan derma untuk mangsa gempa bumi Padang, Indonesia, dalam sebuah tabung lutsinar yang diletakkan dalam bilik juruwang, tidak dilarikan.

Pengurus pasar raya berkenaan M Shanmuganathan berkata kehilangan wang tunai itu disedari semasa pasar raya itu hendak memulakan urusniaga pada pagi.

Katanya tabung berkenaan, diletakkan di pasar raya berkenaan sejak dua hari lepas untuk disalurkan kepada mangsa bencana gempa bumi di Padang, 30 Sept lalu.

"Kita tidak dapat pastikan berapa jumlah wang dalam tabung berkenaan kerana masih belum dikira, bagaimanapun, wang tunai dalam 14 kotak yang dikunci dalam bilik juruwang hilang dan bilik itu turut berselerak digeledah pencuri," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Shanmuganathan berkata beliau sudah memastikan semua pintu pasar raya ditutup sebelum meninggalkan premis berkenaan pukul 10.30 malam.

Katanya kejadian itu dilaporkan kepada polis sejurus selepas kejadian disedari.

Sumber : BERNAMA
Read Full 0 comments

Peringatan Terakhir Untuk Pengundi Bagan Pinang


"Saya ingin mengingatkan pengundi di Bagan Pinang, EGM MCA hari ini, para perwakilan telah menolak kedua-dua kepimpinan utama MCA.Apa Isunya? Isu Integriti dan Moral. Isu RASUAH, Isu MORALITI! Perwakilan MCA tidak dapat menerima pimpinan sebegini. Ahli MCA membuat keputusan yang sagat berani!. Jika orang cina menolak pemimpin mereka yang terjebak dengan RASUAH dan INTEGRITI,kenapa kita yang Melayu tidak lakukan? oleh itu, saya minta semua kaum baik Melayu,Cina dan India menjadikan keputusan yang dibuat oleh MCA sebagai isyarat yang jelas bagi menolak pemimpin yang rasuah!. Ayuh Pengundi-pengundi!" - Mahfuz

"Gunakan hak kita, gunakan kuasa rakyat, jika beberapa tahun yang lepas perwakilan Umno menolak Isa Samad kerana rasuah, maka kali ini tolak Isa Samad di PRK Bagan Pinang ini," - Hanifa Maidin
Kredit : Pemuda PAS Segamat
Read Full 0 comments

Persiapan Calon-calon PRK Bagan Pinang

Perjalanan terakhir calon-calon PRK Bagan Pinang.
Siapakah pilihan rakyat di Bagan Pinang esok?.
:Author Faethal

CALON Pas, Zulkefly Mohamad Omar membuat lawatan terakhir bertemu dengan pengundi-pengundi di Kampung Bagan Pinang.


CALON BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menepung tawar kepada pengantin Mohd Yussoff Mohd Anuar, 29 dan Raisha Anuar, 24, pada majlis perkahwinan di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang

Read Full 0 comments

Najib,Makkal Sakti,MIC & 1Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak mengenakan mahkota selepas Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R S Thanenthiran memakaikannya sebagai tanda penghormatan pada Majlis Pelancaran Parti Makkal Sakti Malaysia dan Mesyuarat Agung Tahunan Yang Pertama di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).


Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R S Thanenthiran (dua dari kiri) dan Naib Presiden Makkal Sakti, R K Ramesh (dua dari kanan), Setiausaha Agung Makkal Sakti, Kannan Ramasamy (kanan) dan Timabalan Presiden Makkal Sakti, P Vethemoorthi (kiri) pada majlis pelancaran Parti Makkal Sakti Malaysia dan mesyuarat agung pertama parti itu di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).


Najib menyangkal spekulasi yang beliau merupakan pihak yang bertanggungjawab di belakang penubuhan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) disebalik MIC, yang dikatakan parti politik kaum India terbesar di negara ini, berada dalam komponen BN.

"Makkal Sakti bukan ditubuhkan atas desakan saya tetapi lambat laun ia perkara yang baik untuk mereka (parti-parti politik kaum India) untuk bersatu. Penubuhan parti ini kemungkinan akan menjadi evolusi politik bagi kaum India di negara ini," katanya.

"Saya tidak bermaksud untuk mengatakan sama ada MIC telah gagal atau berjaya (dalam membantu masyarakat)...tetapi ia adalah pilihan masyarakat India(penubuhan MMSP). Apa yang penting ialah mereka menyokong kerajaan," kata Najib.

Ditanya jika MMSP merupakan muslihat BN untuk memenangi semula sokongan masyarakat itu, yang menyisihkan BN pada pilihan raya umum 2008, Najib berkata beliau tidak dapat menyatakan jika parti yang baru dilancarkan itu akan menjadi muslihat BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi Makkal Sakti telah membawa banyak sokongan dan kami berharap ia akan dapat menarik lebih banyak sokongan. Mengenai kemasukan mereka dalam BN, kami akan bincangkan kemudian. Terserah kepada Dewan Tertinggi BN. Sama ada mereka berada di dalam atau di luar (BN), kami bersedia untuk bekerjasama dan itulah perkara yang paling penting," katanya.

Sumber : BERNAMA
Ha..ha..ha..
1 lagi parti berteraskan perkauman ditubuhkan..
Bagus-bagus, retorik 1Malaysia,
Tapi kaum India pun ada banyak parti...
Wakakakak..
:Author Faethal
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks