blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kerana Burung Pipit,Penerbangan Ditangguhkan

Friday, October 9, 2009
SEOUL - Sebuah pesawat penumpang Korea Selatan terpaksa menunda penerbangan gara-gara seekor burung pipit yang masuk ke dalam kabin. Para kru pun diarahkan untuk menangkap burung yang terbang masuk ke dalam pesawat itu.


"Burung masuk ke dalam pesawat yang pintunya terbuka," kata Cho Hyung-chul, juru bicara Korean Air Line, Reuters, Jumaat (9/10/2009).

Para penumpang diminta turun dari pesawat ketika para petugas berusaha untuk menangkap burung itu. Burung itu dilarang mengikuti penerbangan, mungkin kerana belum membayar tiket.

LOL!

:Author Faethal
Read Full 0 comments

Penyanyi Kelahiran Malaysia Tersinggung Sindiran Perkauman

MELBOURNE, 9 Okt (Bernama) -- Penyanyi kelahiran Malaysia, Kamahl, berkata beliau amat tersinggung dengan sindiran berbaur perkauman yang ditujukan kepada beliau dalam satu program televisyen di sini pada Sabtu lepas.


Persembahan Jackson Jive malam semalam di Hey Hey it's Saturday


Kamahl, atau nama sebenarnya K. Kamalesvaran yang dibesarkan di Brickfields dan kini menetap di Sydney, menjadi bahan ejekan dalam satu sketsa melibatkan beberapa artis memakai rambut palsu ala Afrika dan muka mereka dihitamkan.

Seorang artis yang membuat persembahan itu kemudian memaparkan satu lakaran kartun dengan perkataan "Di Mana Kamahl".

"Ini satu usaha jahat mencari publisiti murahan," kata Kamahl kepada akhbar Daily Telegraph di Sydney.

Katanya beliau pernah dijemput menjadi tetamu program itu dan merasa seronok dengan lawak jenakanya.

Namun, menurut Kamahl, kali ini beliau amat kecewa dengan perbuatan yang disifatkannya sebagai "tidak kelakar".

Sumber : BERNAMA

Read Full 0 comments

Keadaan Tokyo Selepas Dilanda Taufan Melor

Sebuah van melalui sebuah laluan yang dilanda ombak kuat di perbatasan di Bandar Shizuoka, Barat Tokyo.


Seorang lelaki sedang melawan angin kuat dan hujan kerana Taufan Melor. Angin kuat itu melanda Kepulauan Jepun pada Khamis lalu telah mengganggu lalulintas, amaran tanah runtuh dan banjir. Namun tiada kemusnahan besar dilaporkan.


Sebuah papan tanda hotel dan pagar yang musnah selepas dilanda Taufan Melor di Bandar Tsuchiura City, Utara Tokyo.


Seorang lelaki menunjukkan sekeping dinding rumahnya yang tercabut dan jatuh dari tingkat tiga kerana angin kuat di Bandar Tsuchiura, Utara Ibaraki pada 8 Oktober 2009.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks