blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PM Itali Tidak Kebal Lagi

Thursday, October 8, 2009
Inilah perkara yang sangat-sangat ditakuti oleh puak-puak BN. Perkara yang sama tidak mustahil terjadi di Malaysia. Jika rakyat memberi mandat kepada PR,pasti ramai pemimpin yang korup akan dibawa ke pengadilan. :Author Faethal

Silvio Berlusconi

ROMA - Mahkaman Konstitusi Itali membatalkan undang-undang yang memberikan kekebalan hukuman kepada Perdana Menteri Silvio Berlusconi selama dia menjawat jawatan PM. Hakim menyatakan hak imuniti itu melanggar pinsip bahawa seluruh warga negara setaraf di sisi undang-undang.

Tindakan itu memungkinkan Berlusconi (73) didakwa di mahkamah dalam dua kes jenayah dan satu tuduhan korupsi. Itu tidak termasuk kes skandal seks dirinya dengan beberapa perempuan penghibur.

Kes-kes itu dibekukan semenjak undang-undang kekebalan undang-undang dipinda Berlusconi dan disahkan parlimen pada Julai 2008. Undang-undang tersebut memberikan imuniti hukuman kepada Perdana Menteri serta Presiden Itali, speaker, dan Senat.

Berlusconi mengaku telah mengetahui keputusan itu, kerana pengadilan didominasi oleh hakim-hakim berhaluan pembangkang. Dia juga menegaskan untuk tidak mengundurkan diri.

"Kita memiliki hakim-hakim merah (pembangkang) minoriti yang terorganisasi, yang menggunakan pengadilan untuk perjuangan politik," kata Berlusconi di luar kediamannya di Roma, dikutip dari BBC, Khamis (8/10/2009). "Kita harus memerintah selama lima tahun, dengan atau tanpa hukuman."

"Pendakwaan yang akan mereka lemparkan kepada saya di Milan adalah lucu, tapi kami akan menanganinya," tambahnya, sambil mengatakan pengadilan, media, dan presiden menyokong kelompok kiri.

Sementara dikutip dari Telegraph, Perdana Menteri Itali itu menghadapi permintaan pengunduran diri.

Read Full 0 comments

KD Seri Inderapura Rosak Teruk, Kerajaan Cadang Ganti Baru

PORT DICKSON: Kerajaan bercadang membeli kapal pendarat baru bagi menggantikan kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Seri Inderapura yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut, Perak pagi tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kapal yang berusia 40 tahun itu tidak boleh digunakan lagi akibat kebakaran teruk kali kedua, selepas terbakar kali pertama pada 2002.

"Saya telah menghubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tadi, beliau kini berada di luar negara, pada hemat saya PM yang menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun minta cari alternatif lain ganti kapal itu, bagaimanapun sukar untuk mencari kapal kerana tidak mudah didapati di pasaran ketika ini.

"Kalau kita ada keperluan sekalipun ia harus dibuat secara tender terbuka, untuk bina kapal itu akan memakan masa 36 hingga 60 bulan, pada hemat saya, kapal ini tak boleh lagi digunakan, maka penggantian haruslah dilakukan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengenai kejadian itu, beliau berkata, kapal yang ditauliahkan kepada TLDM pada tahun 1995 itu terbakar jam 6.23 pagi dan api hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya 2.15 petang oleh Bomba TLDM dengan bantuan anggota Balai Bomba Manjung, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bot tunda awam.

Beliau berkata, semasa kejadian itu berlaku, seramai 77 anggota termasuk enam pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Bersyukur kerana kejadian itu berlaku di pangkalan, malang kalau ia berlaku ketika dalam pelayaran, pasti sukar untuk memadamkan kebakaran," katanya.

Menurut beliau, laporan awal mendapati kebakaran itu kemungkinan disebabkan litar pintas dan tidak ada kena-mengena dengan unsur sabotaj.

"Tak ada unsur sabotaj, tak ada kena mengena dengan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang kononnya merancang mahu "menyerang" Malaysia," katanya.

Sumber - Bernama
Read Full 0 comments

H1N1 : Hari Ini 228 Kes Baru! Awas Gelombang Kedua

KUALA LUMPUR: Seramai 228 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan hari ini, meningkat sedikit berbanding 195 semalam.

Bagaimanapun, tiada kes kematian baru akibat Influenxa A (H1N1) dilaporkan dan angka korban kekal 77 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata, 183 kes ILI telah dibenar pulang dan jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah 814 kes.

Sumber : Berita Harian
Read Full 0 comments

Kawalan Ketat Tentera Malaysia, Bendera Lalu Jalur Tikus

Persediaan tentera Malaysia dengan persenjataan yang lengkap di perbatasan tidak mampu menakutkan 1500 sukarelawan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang bakal berangkat ke negeri Malaysia.

Para sukarelawan tersebut bahkan sangat yakin mampu menembusi penjagaan ketat tentera Malaysia melalui beberapa titik masuk. Secara bertahap mereka akan berangkat menuju sini.

"Untuk sampai ke sana kita memiliki tiga jalur yang tidak akan diketahui oleh pihak Malaysia. Kita akan pakai jalur-jalur ini," ujar Koordinator Bendera, Mustar Bonaventura di Jakarta, Khamis (8/10/2009).

Walaupun tekanan sudah datang dari beberapa pihak agar Bendera menghapuskan niatnya itu, namun Mustar mengaku pihaknya tidak gentar. "Kita tidak akan takut melawan Malaysia. Kita juga tidak takut terhadap berbagai ancaman yang akan menimpa jika kami sampai ke Malaysia," tegasnya.

"Kami juga tidak takut jika Kadiv Humas Mabes Polis Indonesia menangkap aktivis Bendera yang berangkat ke Malaysia," imbuh dia.

Disunting dari : okezone

Belum dengar berita dari Media Malaysia tentang isu Bendera ini.
Adakah Media di Malaysia terlalu sibuk dengan isu politik di Bagan Pinang?
Sehingga terlupa tentang berita di perbatasan Malaysia,walaupun media asing secara terang-terangan mendedahkan akan 'menyerang' Malaysia.
:Author Faethal
Read Full 0 comments

Kapal TLDM Terbakar!

KD Seri Inderapura terbakar


IPOH: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di sini.

Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi tadi dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman, berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi.

Sumber - Bernama

Read Full 2 comments

UNDI POS SUDAH BERMULA!!

CALON Pas, Zulkefly Mohamad Omar beramah mesra dengan anggota tentera yang membuang undi pos di Kem PUSASDA, Port Dickson

ANGGOTA tentera beratur untuk memasukkan kertas undi ke dalam beg ketika proses pengundian pos di dewan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson.

ANGGOTA tentera beratur untuk mengundi di dewan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson.


PARIS, 8 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan, daripada saiz majoriti kemenangan.

"Usah kata menang besar atau kecil, asalkan menang. Yang penting menang," katanya kepada wartawan yang membuat liputan lawatan rasmi empat harinya ke Perancis yang berakhir pada Rabu.

Beliau berkata BN perlu bekerja bersungguh-sungguh dan menjalankan kempen yang berkesan agar mesej diterima pengundi untuk membolehkan keputusan memihak kepada BN.

Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa kempen BN berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan.

"Ikutkan sambutan sangat baik tapi kita kena teruskan usaha sampai akhir kempen," katanya.

Sumber :Bernama
Read Full 0 comments

Pemuda PAS Bersedia!!


Nampaknya kehangatan PRK di Bagan Pinang semakin PANAS.
Lepas Azeez dipukul (kononnya) sehingga terpaksa memakai sokongan leher.
Pemuda-pemuda PAS yang bertugas di Bagan Pinang pula di pukul.
Menurut Sya Reformis hampir 100 orang Pemuda UMNO telah membelasah petugas PAS Mohd Sahid.
Markaz Pemuda PAS Pusat di Bagan Pinang juga telah diceroboh dan petugas-petugas PAS telah dihalau keluar.

Lantaran itu, Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan seramai mungkin pemuda dari seluruh negara agar turun ke Bagan Pinang.
Raptai jam 9.00 mlm di Markaz Induk akan diadakan di bawah pimpinan oleh Ust Azman Shapawi, Tim. Ketua Pemuda PAS.
Ia bagi bertujuan untuk kawalan keselamatan.
: Author Faethal
Kredit : Cenangau,Bagan Utama,Sya Reformis

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks