blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Selaput Dara Palsu Pulak Dah!!

Tuesday, October 6, 2009
Artificial Virginity Hymen


Para anggota parlimen konservatif Mesir menyerukan larangan mengimport alat selaput dara buatan China. Seorang tokoh agama juga telah memfatwakan agar pengimport atau pengguna alat itu ditangkap.

Alat bernama Artificial Virginity Hymen itu diedarkan oleh perusahaan China, Gigimo, dengan harga 30 dollar AS (RM103.97). Alat itu membantu wanita yang baru menikah untuk mengabui suami bahwa dia masih dara. Alat itu akan mengeluarkan cairan seperti darah jika dimasuki alat kelamin lelaki.

Gigimo mengiklankan produknya di seluruh negara-negara Arab. Sebagian besar warga Timur Tengah masih menganggap dara adalah wajib dimiliki oleh bakal seorang isteri.

Sheik Sayed Askar, anggota Persaudaraan Muslim Mesir yang duduk dalam komiti parlimen bahagian keagamaan berkata, alat itu akan menarik ramai para wanita Mesir untuk tidak menjaga kesuciannya. "Akan memalukan parti berkuasa jika mengizinkan produk itu masuk di pasaran," katanya.


Tokoh agama terkemuka Mesir, Abdel Moati Bayoumi pula berkata, siapa pun yang mengimport alat itu harus dihukum. "Produk ini mendorong hubungan seks terlarang. Islam melarang hubungan ini kecuali dalam pernikahan," kata Bayoumi.

Produk itu juga menjadi pembicaraan heboh di dunia blog dan website berita Mesir.

Sumber : kompas
Read Full 2 comments

Kenyataan Shaariibuu Setev...

Kenyataan Dr. Shaariibuu Setev berhubung lawatan Najib Razak ke Paris pada 5-6 Oktober 2009, sebagai kenangan kematian anak perempuannya Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2009 di Malaysia.

Saya kesal kerana tidak dapat menghadirkan diri di Paris untuk bertemu dengan Encik Najib Razak, ketika beliau membuat lawatan rasmi selaku Perdana Menteri Malaysia.



Saya jatuh sakit, dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan yang kurang sihat. Saya teringin untuk bercakap dengan Encik Najib, menyampaikan mesej kepadanya dan berjabat tangannya. Saya cuba untuk bertemu dengannya di Parlimen Malaysia pada tahun 2007, tetapi beliau meninggalkan dewan terlebih dahulu. Perjalanan saya di Malaysia tidak sempurna pada kali itu.
Tiga tahun saya menderita sejak anak perempuan saya Altantuya Shaariibuu mati di tangan Polis Di-Raja Malaysia dengan cara yang zalim. Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2006, semasa bulan Ramadan, bulan yang paling suci untuk Muslim. Beliau diletupkan dengan bahan letupan militan, dan pembunuhan yang pelik ini masih belum menemui punca sehingga hari ini.

Walaupun dua orang polis (Azilah Shaari and Sirul Omar) yang terlibat dalam pembunuhan ini telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati, namun keluarga saya dan saya masih tidak mampu untuk menjelaskan kepada dua orang cucu saya, anak Altantuya - Altanshagai dan Multanshagai, bahawa ibu mereka telah mati dalam keganasan dan kekejaman di tempat yang jauh bernama Malaysia.

Saya berharap PM Najib Razak menikmati lawatannya di Perancis, di mana sahabat rapatnya Abdul Razak Baginda yang menjadi broker kepada sebuah syarikat Perancis, menjurus kepada situasi yang berakhir dengan pembunuhan anak perempuan saya. Tidak dinafikan bahawa beliau telah mati sebagai penterjemah kepada sebuah syarikat Malaysia yang membeli submarine Perancis bernilai billion Euro, dan mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui sama ada orang awam dari Malaysia mahupun Perancis.

Saya telah memfailkan guaman sivil terhadap dua orang polis dan kerajaan Malaysia, menuntut pampasan untuk kematian anak perempuan saya. Beliau adalah penyara keluarga yang utama untuk kedua-dua anak lelakinya. Kini kedua-duanya menjadi anak yatim, dan masa depan mereka tidak menentu untuk saya. Usia isteri saya dan saya semakin lanjut dan kami bukan orang yang berada. Ia hanya adil apabila kerajaan Malaysia bertanggungjawab kepada apa yang berlaku kepada anak perempuan saya.

Dua orang polis yang melakukan pembunuhan keji terhadap anak perempuan saya yang berumur 28 tahun, berkhidmat di bawah Najib Razak, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

ADC (aide de camp) Najib , DSP Musa Safri dilaporkan memberitahu polis (chief inspector Azilah) untuk membantu Abdul Razak Baginda (kiri, gambar kiri), berunding dengan Altantuya apabila beliau datang untuk meminta komisennya. Namun, Musa Safri tidak pernah dipanggil untuk tampil di mahkamah dan disoalsiasat penglibatannya dalam kes ini.

Memandangkan banyak yang dikaitkan Najib dalam pembunuhan ini, adalah mustahil dan tidak bertanggungjawab untuk Najib membersihkan tangan dalam isu ini, bersikap seolah-olah tragedi ini tidak berlaku terhadap anak perempuan dan keluarga saya.

Syarikat Perancis yang terlibat dengan perundingan orang Malaysia ini juga tidak dapat dikecualikan. Anak perempuan saya tidak akan ditimpa kematian yang zalim ini seandainya deal ini telus dan adil.

Saya merayu atas nama anak perempuan saya, isteri saya, dua orang cucu saya dan semua orang Mongolia, jangan biar anak perempuan saya mati dengan begitu sahaja. Mayatnya mungkin diletupkan kepada jutaan cebisan yang gagal dikenalpasti, tetapi hati kami kekal satu, menegakkan keadilan untuk anak perempuan saya yang tercinta, untuk menenangkan rohnya dan memastikan anak yatimnya memiliki masa depan yang wajar.

Terima kasih.
Yang ikhlas,
daripada seorang warga Mongolia yang anak perempuannya dibunuh oleh polis di Malaysia:

Dr Shaariibuu Setev.

Sumber - Merdeka review
Read Full 0 comments

Tengkorak Hitler Sebenarnya Perempuan

Moskow – Sebuah kajian telah menemukan sesuatu yang mengejutkan. Tulang yang diyakini sebagai sebahagian dari tengkorak Adolf Hitler ternyata adalah sebahagian dari perempuan yang tidak dikenali.



Saintis Rusia berkata, bahagian tengkorak itu ditemui bersama rahang Hitler telah dipamerkan di Moskow. Bahagian tulang yang bertanda dengan lubang peluru itu selama ini digunakan untuk menyokong teori bahawa Hitler mati akibat menembak dirinya sendiri.

Namun, seperti ditayangkan BBC, saintis Amerika berkata ujian DNA membuktikan bahwa tulang itu milik seorang perempuan berusia antara 20-40. Iaitu, setelah seorang arkeolog dari University of Connecticut datang ke Moskow, di mana bahagian tulang itu dipamerkan sejak tahun 2000 untuk mengambil sampel.

Nick Bellantoni, saintis itu, menduga bahwa sebelum tulang itu diuji, bahagian itu bukan berasal dari lelaki dewasa. "Tulang itu sangat kecil dan tipis serta biasanya tulang lelaki lebih besar dalam spesis kita," katanya.

Ujian DNA juga mengukuhkan lagu bahawa pecahan tulang itu adalah dari seorang perempuan. Keraguan mengenai bagaimana Hitler mati masih timbul selama berpuluh tahun.


Pejabat Rusia menyebutkan, jenazah Hitler dan Eva Braun yang dilaporkan bunuh diri di bunker pada 1945 diambil dari tempat itu tidak lama sesudah mereka meninggal. Bahagian dari tulang tengkorak itu adalah sebahagian dari koleksi yang mengandungi kesan darah di sebuah sofa di mana Hitler diyakini menembak dirinya sesudah menelan pil sianida.

Sumber : nuz
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks