blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PAS cabar Tengku Adnan tampilkan bukti

Monday, October 5, 2009

BAGAN PINANG, 5 Okt - PAS mencabar Setiausaha Agung Umno,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuktikan kesahihan surat fitnah yang didakwanya diedarkan oleh pihak PAS.
Kita tunggu Adnan Mansor jawab tak.
Rasa-rasanya dia buat bodo jek.
:Author Faethal
Read Full 0 comments

Keadaan Tren Tergelincir Di Thailand

Tren berpenumpang tersebut tergelincir keluar dari rel.



Warga berkumpul di sekitar tren yang tergelincir. Sedangkan para petugas berusaha mengeluarjan mangsa nahas tersebut.


Para petugas sedang mengeluarkan seorang penumpang yang terluka.


BANGKOK: Semua perkhidmatan tren hala ke selatan, termasuk perkhidmatan harian tren penumpang Bangkok-Pulau Pinang, digantung selepas 10 penumpang terbunuh dan 65 orang cedera apabila sebuah tren tergelincir di Hua Hin, selatan Bangkok awal hari ini.

Thanongsak Phongprasert, ketua Pusat Selatan State Railways of Thailand (SRT), berkata perkhidmatan ke Pulau Pinang dan Sungai Golok di sempadan Thai-Malaysia di Narathiwat mungkin disambung semula esok.

"Ini bergantung kepada secepat mana landasan boleh dibersihkan," katanya ketika dihubungi di Hatyai.

Sumber : Berita Harian
Read Full 0 comments

SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2009 - PERUMAHAN UNTUK SEMUA


SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2009 - PERUMAHAN UNTUK SEMUA

Sambutan Hari Habitat Sedunia akan diadakan pada peringkat negeri Johor anjuran JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas), Pertubuhan Politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersama Penduduk Flat Taman Cempaka pada 4hb. Oktober 2009.

Apa itu Hari Habitat?

Hari Habitat adalah suatu hari yang disambut diseluruh dunia bagi menyambut perjuangan rakyat bagi mendapatkan hak perumahan yang mampu dimiliki, selesa dan mencukupi dan juga untuk mengutarakan tuntutan dan permasalahan rakyat jelata, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Hari ini ialah sebuah hari dimana rakyat mendesak pihak Kerajaan agar menunaikan tanggungjawabnya untuk menyedia dan menyelenggarakan perumahan untuk keperluan kesemua rakyat jelata.

Kini rumah untuk golongan berpendapatan rendah selalunya diabaikan. Ada banyak infrastruktur dan prasarana yang gagal di sediakan oleh pemaju. Saiz rumah juga sekitar 650 kaki persegi tidak sesuai untuk pembangunan institusi keluarga dan perkembangan kanak-kanak.

Di negeri Johor, terdapat banyak isu pengusiran daripada kampung peneroka yang belum selesai. Kebanyakan kawasan kampung peneroka yang telah dibangunkan oleh rakyat biasa beberapa dekad yang lalu kini telah bertukar tangan kepada pemaju. Pemaju pula, demi mengaut keuntungan maksima akan mengusir penduduk tanpa perumahan ganti dan pampasan yang munasabah.

Manakala perumahan tersusun jenis berstrata yang banyak terdapat di sekitar bandaraya Johor Bahru dan bandar-bandar lain sering ditimpa permasalahan sama ada dari sudut teknikal mahupun pengurusan.

Pembangunan yang dijalankan seringkali meminggirkan nasib penduduk yang berpendapatan rendah, yang banyak mendiami kediaman jenis berstrata (flat) kos sederhana rendah dan rendah. Maka, JERIT Johor berinisiatif untuk melancarkan program setempat bagi mendapatkan data, maklumat dan bantahan dari penduduk.

Untuk Hari Habitat 2009 peringkat negeri Johor, JERIT dengan kerjasama Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas bersama Jawatankuasa Penduduk Flat Taman Cempaka akan menganjurkan program seperti yang berikut :

1. Pelancaran Hari Habitat Sedunia 2009 peringkat negeri Johor pada hari Ahad 4 Oktober 2009 di Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas.

2. Sesi Perkongsian Maklumat dan Dialog Rakyat bersama penduduk pada 7, 8 dan 9 Oktober 2009 bertempat di Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas.

3. Menghantar 5 orang wakil penduduk Flat, NGO dan wakil JERIT dari Johor ke Parlimen Malaysia sempena persidangan Parlimen pada 19 November 2009 untuk menghantar Memorandum dan Deklarasi Hari Habitat 2009 kepada Ahli Parlimen dan Kerajaan Malaysia.

Justeru itu, sambutan Hari Habitat 2009 merupakan sebuah tanda bagi meraikan perjuangan rakyat marhaen bagi mendapatkan haknya sebagai manusia.

SIDIQIN OMAR
Penyelaras JERIT Johor
Read Full 0 comments

Israel Tutup Masjid Al Aqsa

Polis Israel menutup satu kompleks tempat ketiga tersuci Islam, Masjidil Al Aqsa di Jerusalem, pada 4 Oktober 2009. Mereka juga melepaskan tembakan gas pemedih mata ke penunjuk perasaan Palestin yang memprotes tindakan itu.

"Sembilan orang dirawat di hospital karena cedera ringan. Termasuk akibat kena semburan gas pemedih mata dalam aksi keganasan yang meletus di Bandar Lama Jerusalem," kata para petugas media Palestina, Isnin (5/10).

Israel berkata dua polis cedera dan tiga penunjuk perasaan ditahan. Bulan lepas, 30 orang cedera dalam pemberontakan yang sama berdekatan masjid Al Aqsa dan pihak Palestin memperingatkan kemungkinan terjadi aksi perlawanan baru.

Pasukan keamanan Israel meningkatkan tahap keamanan ketika warga Yahudi melakukan doa untuk hari Pesta Tabernakel di Tembok Barat, bekas sebuah kuil kuno yang dianggap sebagai lokasi tersuci kaum Yahudi, yang terletak dekat kompleks masjid itu.

Gabenor Jerusalem yang dipilih warga Palestin, Adnan Al Husseini berkata, polisi Israel telah melarang masuk ke kompleks masjid Al Aqsa dan Kubah Batu tergantung itu, walaupun sejumlah pelawat telah berada di sana sejak akhir bulan lepas.

Pihak Polis Israel, Micky Rosenfeld menyampaikan warta bahawa kawasan itu ditutup sebagai tindakan berjaga-jaga untuk menghindari rusuhan. Walaubagaimanapun Israel kemudiannya melonggarkan larangan itu, pihak polis hanya mengizinkan warga tua Palestin, perempuan dan kanak-kanak sahaja memasuki kompleks itu.

Sumber : Inilah
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks