blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kenapa Muhyiddin Yang Nafikan,Bukan Adnan Mansor

Sunday, October 4, 2009

SELAMA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan kini wujud taktik kotor pembangkang yang menyebarkan surat palsu kononnnya pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad mewakili Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang tidak mendapat restu pucuk pimpinan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta pengundi Bagan Pinang dan petugas BN berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah kotor pembangkang sepanjang tempoh berkempan pilihan raya kecil itu.

Bercakap pada sidang medianya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Larut di sini, hari ini, Muhyiddin berkata dakwaan itu tidak benar kerana pencalonan Mohd Isa diperakui parti dan BN.
Sumber : Berita Harian

Muhyiddin dah nafikan.
Apa kata Adnan Mansor?
:Author Faethal
Read Full 0 comments

H1N1: Semalam 170, hari ini 184 kes.Awas Gelombang kedua.

H1N1: 184 lagi dengan gejala ILI dikesan
Ahad, 04 Oktober 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 184 pesakit baru dengan gejala seakan influenza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 173 kes telah dibenar pulang sehingga jam 9 pagi ini.

Tiada kematian baru akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan dalam tempoh itu dan angka korban kekal 77 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga hari ini ialah 726 iaitu di 94 buah hospital termasuk 7 hospital swasta.


Semalam...

170 pesakit baru dengan gejala ILI dilaporkan
Sabtu, 03 Oktober 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 170 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 198 kes dibenar keluar hari ini.

Angka korban akibat Influenza A (H1N1) kekal pada 77 orang apabila tiada kematian baru dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga hari ini ialah 715 orang dengan 62 pesakit disahkan positif H1N1.
Read Full 0 comments

Keadaan 4 Kampung Ditelan Bumi


Lebih empat kampung lenyap

Gegaran kuat berukuran 7.6 skala Richter pada Rabu itu menyaksikan ratusan buah kampung di kawasan berbukit Padang mengalami kerosakan menyeluruh.

Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya berkata, perkampungan di Pulau Aiya, Lubuk Lawe dan Jumena di daerah Pariaman lenyap ditimbus tanah runtuh.

Tinjauan agensi berita AFP mendapati puluhan rumah penduduk dari bandar raya itu ke kawasan tanah tinggi hancur.

Pasukan pencari dan penyelamat tempatan berkata, dianggar lebih 400 orang dikhuatiri maut apabila empat buah kampung di tepi bukit itu runtuh tertimbus.
(KOSMO)


Subhanallah,
Bila Allah menurunkan balanya,tidak terlepas semua golongan.
Walaupun yang alim juga turut ditimpa bala dariNya.
Di bawah ialah gambar tanah runtuh di bukit Gunung Batigo, di Kecamatan Petamuan, Kenagarian Tandikek, Kabupaten Padang Pariaman. Kira-kira 300 orang tertimbus. Sehingga kini baru 22 mayat yang ditemui.
:Author Faethal


Antara rumah yang tertimbus.

Hanya jambatan gantung yang tinggal, sementara kawasan di sekelilingnya dilitupi tanah runtuh.

Beginilah keadaan tanah runtuh yang berlaku. Dipercayai lima dusun tertimbus.

Hanya bahagian atap rumah yang tinggal.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks