blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kenali Calon PAS Hj Zul, Pesuruhjaya PAS N9

Tuesday, September 29, 2009
Zulkefly Mohamad bin Haji Omar
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan


Lulusan : Ijazah Master (Master In Science – Corporat Comm. Universiti Putra Malaysia)
Pekerjaan : Ahli Perniagaan

Jawatan Parti
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - kini )
Mantan Timbalan Pesuruhjaya (2005-2007)
Mantan Pengurus Pembangunan Bisnes Telekom

Jawatan Lain
Pengerusi No Incinerator Broga
Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu N.Sembilan
Read Full 0 comments

TERKINI!! Calon PAS Bagi PRK N31 Bagan Pinang ialah...

TG Haji Hadi telah mengumumkan calon PAS bagi PRK N31 Bagan Pinang ialah
Zulkefly Mohamad bin Haji Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
Takbir!!!.
:Author Faethal
Read Full 0 comments

Menanti Pencalonan Calon PR Dari Teluk Kemang!

TG Haji Hadi, Ust Nasaruddin, Lim Kit Siang, Azmin Ali, Dr. Hatta sudah sampai di tapak ceramah di Teluk Kemang untuk pencalonan calon dari PAS bagi PRK N31.
Sama-sama kita tunggu !!!
Read Full 0 comments

Sokongan Kepada BN, Antara PRU12 dan PRK Bagan Pinang

Jika baca pada laporan akhbar dan media semasa pastinya gah diperkatakan tentang hebatnya sokongan rakyat kepada BN dan sokongan rakyat kepada PR hanyalah kecil.
Itulah berita setiap kali ada PRK. Tidak tertinggal juga PRK Bagan Pinang kali ini. Koh Tsu Koon sendiri berkata berdasar kaji selidik oleh BN Sah BN akan menang di PRK Bagan Pinang!.

Tapi bila kita rujuk balik media mereka, terutama paling ketara keyakinan UMNO dan BN semasa PRU 12. Mereka juga begitu yakin dengan kaji selidik mereka bahawa sokongan rakyat kepada mereka sangat kuat. Hakikatnya 5 negeri dan 1 wilayah jatuh ke tangan PR.


Percaya lagikah mereka kepada kaji selidik mereka pada PRK kali ini?
Atau rakyat sekali lagi akan memberikan keputusan yang mengecewakan kepada mereka?
Masih lagi awal untuk membuat andaian..
:Author Faethal


Sokongan Kepada BN Di Bagan Pinang Positif: Koh

KUALA LUMPUR, 29 Sept 2009 -- Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan adalah positif, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh melalui kaji selidik yang dilakukan oleh BN.

"Saya dah lawat kawasan Bagan Pinang itu dua kali. Pada amnya, kawasan ini telah berjasa kepada rakyat menerusi kerajaan BN. Oleh itu, persepsi rakyat kepada BN adalah positif.

"Kita juga tidak boleh cuai dan perlulah berhati-hati dalam setiap kempen kita agar kita tidak tersilap cakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum transformasi menerusi pengurusan prestasi di sini Selasa.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Okt manakala pengundian adalah pada 11 Okt.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept lepas akibat jangkitan dalam darah.

Sumber : BERNAMA




Sokongan BN meningkat -- Impian pembangkang tawan lebih banyak kerusi sukar

JOHARI SHAWAL, SAIFULIZAM MOHAMAD dan OPAT RATTANACHOT

KUALA LUMPUR 3 Mac 2008 – Impian parti pembangkang untuk menawan lebih banyak kerusi di beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 sukar menjadi kenyataan ekoran sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) semakin meningkat selepas lapan hari kempen pilihan raya.

Walaupun pada peringkat awal kempen pembangkang agak menonjol terutama di negeri-negeri di utara dan Pantai Timur Semenanjung, namun setelah seminggu berkempen sokongan pengundi kepada BN semakin ketara.

Negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Terengganu yang sebelum ini dikatakan mempunyai banyak kawasan ‘panas’ yang mungkin ditawan oleh pembangkang menunjukkan tanda-tanda sebaliknya.

Para pemimpin BN negeri-negeri itu yakin pengundi mula memberikan reaksi yang baik kepada calon-calon BN dan menerima penjelasan kerajaan mengenai pelbagai isu politik, ekonomi dan pembangunan yang dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang.

Perkembangan itu jika dapat diteruskan sehingga 8 Mac ini bakal memberi tamparan kepada pembangkang yang bercita-cita untuk memperluaskan pengaruh mereka ke negeri-negeri berkenaan.

Ketika parti pembangkang Pas berada dalam keadaan tertekan untuk mempertahankan Kelantan, parti itu turut mengimpikan kembali memerintah Terengganu dan mahu menawan Kedah.

Para pemimpin Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilihat agresif dalam kempen di Pulau Pinang dan Perak.

Berdasarkan corak kempen sejak beberapa hari lalu, Pengerusi BN di negeri-negeri terbabit percaya impian pembangkang itu akan berakhir dengan kehampaan.

Di ALOR STAR, Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, BN Kedah yakin dapat memenangi semua kerusi yang ditandingi di kawasan ‘panas’ berikutan terdapat peningkatan positif dalam kempen yang dijalankan BN sepanjang minggu lalu.

Tanpa menamakan kawasan-kawasan ‘panas’ tersebut, Mahdzir berkata: “Sejak hari penamaan calon 24 Februari lalu, tiap-tiap hari ada perubahan dan ia makin positif kepada BN.

“Kita akan beri tumpuan khusus terutama di kalangan pengundi atas pagar.”

Mahdzir bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik tanah kepada penduduk di Kampung Keda Bagan Sena, Merbau Pulas hari ini.

Keputusan pilihan raya umum 2004 menunjukkan sekurang-kurangnya 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dianggap kawasan ‘panas’ dan Pas meletakkan sasaran untuk memenangi kerusi-kerusi yang dimenangi BN dengan undi majoriti kurang daripada 1,000 undi.

Negeri itu mempunyai 16 kerusi Parlimen dan 36 DUN.

“Di Kedah, pengundi atas pagar banyak tertumpu di bandar. Ramai di antara mereka tidak menganggotai mana-mana parti. Mereka hanya buat keputusan berdasarkan pengamatan masing-masing.

“Sebaliknya, di kawasan kampung, pengundi menunjukkan pendirian yang jelas. Yang sokong BN atau Pas, kita nampak nyata (dari segi sikap mereka),” katanya.

Di KANGAR, BN Perlis dijangka menang dan tidak menghadapi masalah menguasai semua kerusi Parlimen dan DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cita-cita besar pembangkang untuk menawan negeri itu pada pilihan raya umum 8 Mac ini tidak akan kesampaian.

Malah, katanya, BN Perlis sejak awal-awal lagi telah meletakkan sasaran 100 peratus kemenangan di semua tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN yang dipertandingkan.

“Kemenangan itu nanti akan kita jadikan hadiah istimewa buat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” kata beliau.

Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Perlis berkata, ‘pergolakan’ UMNO negeri itu yang diheboh-hebohkan ketika ini hanya gelora yang bersifat sementara.

“Walaupun ada pandangan rambang mengenai UMNO Perlis yang dikatakan bergolak, ia tidak akan memberi kesan kerana 80 peratus sokongan akar umbi kekal bersama kerajaan BN,” katanya.

Baru-baru ini, Pas Perlis menerusi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din menyatakan parti itu yakin dapat menawan Perlis dengan meletakkan sasaran merampas tujuh kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada pilihan raya kali ini.

Antara kawasan yang disasarkan oleh Pas termasuk DUN Sanglang, Simpang Empat, Guar Sanji dan Pauh di Arau; Bintong dan Kayang di Kangar dan Santan di Padang Besar selain kerusi Parlimen Arau.

Pada pilihan raya 1999, Pas menang tiga kerusi DUN di Perlis iaitu Guar Sanji, Santan dan Sanglang tetapi bilangan kerusi itu berkurangan kepada satu kerusi, iaitu DUN Sanglang, pada pilihan raya 2004.

Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu, sokongan terhadap UMNO dan BN semakin ketara selepas lapan hari berkempen, sekali gus memantapkan peluang parti itu untuk terus mempertahankan kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2004.

Beliau percaya rakyat akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN kerana mereka sedar hanya parti itu yang mampu membawa kemajuan dan dalam masa sama memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Menurutnya, mood rakyat Terengganu yang menyokong BN amat jelas khususnya dalam keadaan Pas yang kini semakin ketandusan isu.

“Selain berjaya mempertahankan Terengganu, saya juga optimis pada pilihan raya umum kali ini kerusi-kerusi DUN yang sebelum ini dikuasai Pas akan dapat dirampas semula.

“Inilah kedudukan BN sekarang dan apa yang lebih penting ialah kita beri penekanan kepada mutu khidmat kepada rakyat selepas menang pilihan raya nanti,” katanya.

Idris berkata, masalah yang dihadapi BN Terengganu pada hari pengumuman calon telah berjaya diselesaikan sepenuhnya dan jentera parti ketika ini bertungkus-lumus memastikan kemenangan BN.

“BN sekarang berada pada tahap terbaik. Segala masalah telah diselesaikan dan tumpuan kita adalah memburu kemenangan untuk BN,” katanya

Sementara itu, di NIBONG TEBAL, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon ditanya mengenai laporan pihak tertentu bahawa beberapa ‘kawasan hitam’ mula muncul di Pulau Pinang ekoran kempen agresif parti pembangkang menjelang pengundian Sabtu ini.

Kata Tsu Koon: “Saya belum mendapat laporan mengenai perkara itu.”


Sumber : Utusan
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks