Malam tadi berlangsungnya pelancaran penubuhan Gagasan Pakatan Rakyat Peringkat Negari Johor yang berlangsung di Dewan Membaiki Akhlak Che Luan Khor, Kluang.
Satu Malaysia bersatu padu,boleh duduk semeja makan bersama semasa pelancaran Tawan Johor, di Kluang malam tadi.
Antara ribuan hadirin yang hadir malam tadi. Tidak termasuk yang duduk di luar dewan.
Sempat berjumpa dengan sahabat Sdr Sadiqin yang banyak membantu daripada mendapatkan tiket hinggalah memberi panduan aku mencari jalan ke tampat program. Terima kasih banyak-banyak diucapkan.
Dari kiri Mazlan Aliman,Tian Chua, Dr Boo Cheng Hau,Tg Hj Hadi dan Sdr Mustaffa Kamil Ayub antara pemimpin PR yang hadir.
Jadual asal sepatutnya pemimpin utama parti PR, DS Anwar Ibrahim,TG Hj Hadi & Lim Kit Siang hadir bersama. Namun hanya TG Hj Haji Hadi sahaja yang hadir. DS Anwar Ibrahim berada diluar negara dan diwakili oleh Naib Presiden PKR Sdr Mustaffa KamiL Ayub, manakala Lim Kit Siang diwakili Tim Pengerusi DAP Pusat YB Tan Seng Giaw.
Kelihatan juga kehadiran Sdr Tian Chua memberikan sokongan di atas program ini.
Gong di palu sebagai simbolik pelancaran Tawan Johor malam tadi.
Semoga ikatan pakatan ini terus kukuh demi untuk rakyat.
TAWAN JOHOR!
Itulah tujuan pelancaran majlis malam tadi. Ada perkara menarik tentang TEMA program ini.
Nampaknya pemimpin PR semakin matang dalam usaha memenangi hati rakyat. Rakyat terutamanya yang Pro PR muak dengan istilah 'lompat-melompat'. Negeri Perak jatuh kerana angkara ini. Namun UMNO & BN berkata DS Anwar Ibrahimlah yang memulakan isu 'lompat-melompat' parti ini ketika isu 16 September. Sehingga ia dijadikan siulan juak-juak UMNO & BN setiap kali tiba tarikh 16 September.
Pernah DS Anwar Ibrahim berkata semasa misi 16 September bahawa kerajaan BARU akan terbentuk apabila sebilangan MP akan berhijrah. Tapi hakikatnya sudah terbukti, pemimpin yang berasal dari kem UMNO & BN 'susah' untuk berhijah kerana sayangkan BANK UMNO itu sendiri berbanding demi kepentingan rakyat. Malah PR sewajarnya sekarang ada 'SELCAT' khas untuk mencari calon pilihanraya akan datang agar kejadian di Perak tidak berulang lagi di mana-mana negeri. Jadi sekarang tutup buku bab 'lompat-melompat' ini.
Malam tadi, PR melancarkan 'Tawan Johor' dengan bertujuan untuk mengambil alih pemerintahan negeri Johor berlandaskan lunas-lunas demokrasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
-Menurut kaedah yang termaktub dalam undang-undang melalui pilihanraya umum.
-Menawarkan satu bentuk pemerintahan yang lebih baik dan diterima oleh setiap lapisan rakyat.
-Memperjuangkan keadilan sejagat serta menjamin Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan hak kebebasan mengamalkan agama masing-masing.
-Menolak sekeras-kerasnya konsep perkauman yang sempit dan mempromosikan toleransi antara kaum.
-Mendaulatkan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi tulen.
TAWAN hati rakyat dengan memberikan komitmen pembentukan pemerintahan yang:
T: Telus dan berintegriti dalam mentadbir kerajaan negeri.
A: Adil dalam pemerintahan.
W: Wibawa dalam kepimpinan.
A: Amanah dalam sistem penyampaian.
N: Niche (tiada tara, pilihan utama rakyat)
Itu antara pengisian program pelancaran Gagasan Pakatan Rakyat untuk Tawan Johor. Namun banyak yang perlu dilihat untuk PR memasuki kubu kuat UMNO & BN ini. Bagi kawasan bandar ada perubahan yang ketara dari segi aliran pemikiran penduduk setempat. Baik golongan profesional,pendidik atau rakyat biasa. Kebanyakan mereka sudah muak dengan kerajaan sekarang. Isu rasuah dan sebagainya.
Namun itu tidak berlaku dikalangan penduduk Felda di Johor. Inilah cabaran utama PR. Seluruh jentera PR perlu turun ke Felda-felda kerana di sanalah terletaknya nyawa jangka hayat UMNO terutamanya di kalangan orang-orang Melayu totok!. Selangor yang ramai jawa UMNO pun sudah jatuh ke tangan PR, masakan negeri Johor ini akan diserahkan dengan semudah itu. Apatah lagi Najib anak kepada Tun Razak orang yang berjasa kepada Felda, takkan Felda hendak menolak anak kepada seorang tokoh yang telah berjasa kepada kita ini!.
Bersama Sdr Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.
Bersama Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Seluruh Malaysia (Anak)
Inilah dasar pemikiran yang masih TEBAL di benak kepala kebanyakan warga Felda. Tanyalah Sdr Mazlan Aliman,beliau tentu lebih arif tentang suasana di dalam Felda ini. Benar, Felda juga sudah ada cawangan-cawangan PAS dan PKR. Namun itu belum cukup untuk menumbangkan UMNO & BN ini. Sifir mudahnya begini, jika PR berjaya menawan hati peneroka Felda di Johor, sebagaimana PR berjaya menawan hati para setinggan di Selangor. Nah!,masa itulah hayat UMNO boleh disahkan telah mati dan sedia untuk di talkinkan.
Wallahu'alam.
:Author Faethal