blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bajet F1 1Malaysia RM308 juta setahun!

Friday, September 25, 2009
Ok,
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib semakin bijak,
Walaupun idea & konsepnya daripada Najib,
Tapi beliau tahu ramai yang membangkang idea tersebut,
Walaupun di kalangan ahli UMNO sendiri,

Masakan bijak di saat negara masih mengalami kelembapan ekonomi,
Kerajaan sanggup mengeluarkan DANA sebesar ini hanya untuk PROTON?!
Sebelum rakyat melenting & menolak UMNO dan BN,
Mereka seawal mungkin mencuci tangan dengan kenyataan,
"Kerajaan tidak memegang sebarang ekuiti dalam projek tersebut, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung, menerusi mana-mana syarikat berkaitan kerajaan."

Untuk menunjukkan kebaikan & faedah daripada pelaburan ini,
Kerajaan mengaitkan usahasama ini dengan universiti tempatan seperti dalam kenyataan ini
"Pasukan itu akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi PETRONAS untuk membantu merealisasikan aspirasi mewujudkan kelas modal insan berintensifkan pengetahuan dan teknologi tinggi bagi negara."

Benarkah kebaikan ini untuk rakyat 1 Malaysia,
Oh tidak...
Kerana jawapannya ada pada kenyataan,
"Negara-negara lain berusaha keras membida peluang ini tetapi Malaysia menerusi usaha padu dan kekuatan dalam semangat sebenar 1Malaysia, berjaya meraihnya."Ini akan menjadi peluang terbaik bagi korporat Malaysia untuk berkongsi impian ini yang akhirnya menjadi satu kenyataan,"

Hanya korporat sahaja,
Rakyat marhaen??
Berbanggalah kerana Malaysia dah ada F1 sendiri.
Khalas,Fin,Tamat.
:Author Faethal



KUALA LUMPUR -- Pasukan F1 1Malaysia akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala bajet tahunan pasukan dianggarkan pada RM308 juta.

Pasukan itu dalam satu kenyataan berkata Proton Holdings Bhd akan memberi lesen jenama Lotusnya kepada Pasukan F1 1Malaysia (1MF1T).

Lesen kerjasama itu akan termasuk pelbagai faedah bagi Lotus dan juga Proton membabitkan pindahan teknologi, hak pemasaran dan peluang pekerjaan, kedua-duanya dalam Pasukan F1 negara, di pusat teknikal kumpulan di Sepang dan pangkalan satelitnya di Norfolk, United Kingdom.

MF1T merupakan projek yang dibiayai swasta dan dimiliki bersama oleh Tune Group, Kumpulan Naza dan Litespeed UK.

Tune Group dimiliki bersama oleh Ketua Pasukan 1MF1T Datuk Seri Tony Fernandes dan Pengarah 1MF1T Datuk Kamarudin Meranun. Pengarah 1MF1T lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Zahri Ismail daripada 1Malaysia F1 Sdn Bhd.

Kerajaan tidak memegang sebarang ekuiti dalam projek tersebut, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung, menerusi mana-mana syarikat berkaitan kerajaan.

Pasukan itu akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi PETRONAS untuk membantu merealisasikan aspirasi mewujudkan kelas modal insan berintensifkan pengetahuan dan teknologi tinggi bagi negara.

Composites Technology Research Malaysia (CTRM), pakar pengeluar bahan komposit utama, juga akan menjadi sebahagian daripada projek itu, kata pasukan tersebut.

Perancangan sedang berjalan lancar untuk membangunkan pusat teknikal, penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan Pasukan F1 1Malaysia di kawasan seluas lapan hektar di Litar Antarabangsa Sepang.

Fernandes menyifatkan pasukan itu sebagai satu pencapaian luar biasa bagi semua rakyat Malaysia.

"Negara-negara lain berusaha keras membida peluang ini tetapi Malaysia menerusi usaha padu dan kekuatan dalam semangat sebenar 1Malaysia, berjaya meraihnya.

"Ini akan menjadi peluang terbaik bagi korporat Malaysia untuk berkongsi impian ini yang akhirnya menjadi satu kenyataan,"
katanya.

Fernandes berkata projek itu akan membantu Malaysia menggerakkan rantaian nilai dengan memberi penekanan kepada inovasi dan teknologi.

"Setelah terlibat dengan dunia Formula 1, kami amat teruja Malaysia memiliki pasukan Formula 1 sendiri dan faedah besar yang bakal diraih negara daripadanya," katanya.

Sumber -- Bernama
Read Full 0 comments

Lagi Gambar Bayi Gergasi

Ini baru betul dikatakan 'baby tembam'
:Author Faethal


Bayi lelaki berusia 3 hari mempunyai berat 8.7kg (19.2 lb) sedang tidur bersebelahan bayi normal di Hospital Besar Abdul Manan General di Kisaran, Asahan, Sumatera Utara.

Sumber - Reuter
Read Full 0 comments

Anjing hilang!


“I think the billboard will be effective in spreading the message. It is just that nobody has seen my dogs. I think I paid a reasonable amount for the billboard. Space in the newspaper classifieds is very expensive as well.” Ester Chik

Seorang peguam, Ester Chik sanggup menyewa billboard untuk mencari anjingnya yang hilang sejak 2 bulan lalu. Kadar sewa bagi sebuah billboard adalah diantara RM2000-RM10,000. Bagi sesiapa yang menjumpai anjing beliau turut ditawarkan hadiah berupa wang tunai.

Sesiapa yang menjumpai atau mempunyai maklumat berkenaan anjing berkenaan bolehlah menghubungi Chik dan suami di 012 286 5014 dan 016 206 7740 ; atau nombor telefon pada billboard 012-2566404 .
Read Full 0 comments

Dapat Duit Raya Dari RajaAdsense! Yey!

http://www.rajaadsense.com/index.php?ref=faethal
http://www.rajaadsense.com/index.php?ref=faethal


Sebenarnya beli ebook ni tahun 2007.
Pastu pendam buat jeruk.
Tapi bila ber'blog' ni,apply segala panduan dalam ebook ni Bulan Ogos 2009.

Jeng-jeng!
1st day dah dapat RM30.
Dah miss 2 tahun punya income.
Ni income bulan lepas, RM300.
Tak banyak,boleh la lepas untuk duit raya.
Read Full 0 comments

Bom Dari Bahan Kosmetik

Seorang imigran berasal dari Afganistan dikenakan dakwaan kerana merancang untuk meledakkan bom di Amerika Serikat (AS). Penduduk menjelaskan bahawa Najibullah Zazi, seorang pemandu shuttle bus di bandar udara kota Denver dijatuhi dakwaan di New York konspirasi menggunakan senjata untuk melakukan pengeboman.

Pemuda berusia 24 tahun tersebut didakwa pernah menerima latihan dari al-Qaeda. Dia mengunjungi sejumlah salon dan pusat kecantikan untuk membeli hidrogen peroksida dan cairan penghapus cat kuku (aseton) dalam jumlah yang besar untuk membuat bom yang akan diledakkan di kereta-kereta sekitar New York.

Penyelidik menemui petunjuk kaedah pembuatan bom berangkai dalam hard drive komputer Zazi. Menurut polis, Zazi menggunakan bilik hotel di Colorado untuk membancuh bahan peledak beberapa pekan lalu sebelum menuju New York pada 10 September lalu.

Pihak polis juga menduga kedatangan Zazi ke New York ada kaitan dengan kedatangan Presiden Barack Obama di New York untuk menghadiri sidang tahunan Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sehingga mereka memutuskan untuk menangkap Zazi sebaik dia tiba di New York.

Belum jelas bagaimana hubungan Zazi dengan al-Qaeda, tetapi jika tuduhan tersebut benar, maka jaringan operasi kelompok teroris tersebut di AS boleh diungkap sejak serangan 11 September 2001. Pendakwa masih mencari bila dan di mana Zazi akan meledakkan bom. Namun Hakim Agung Eric Holder di Washington mengaku bahwa rancangan tersebut terganggu dengan tertangkapnya Zazi. Seorang pejabat mahkamah mengatakan bahwa Zazi memiliki rakan di New York yang juga terlibat dalam perancangan tersebut.

Zazi ditangkap di Denver, selain Zazi, ayahnya serta seorang imam di New York City juga didakwa karena berbohong pada penyiasat. Penduduk setempat sempat mengandaikan bahwa Zazi dan orang lain mungkin merancang utntuk meledakkan bom berangkai pada kereta di New York, sehingga sistem transit kereta, stadium, dan hotel diminta berwaspada.

Rangkaian bahan peledak dengan bahan hidrogen peroksida membunuh 52 orang empat tahun lalu di stesen transit London. Bahan tersebut mudah didapatkan dan mudah diledakkan.

Sumber -- (AP)
Read Full 0 comments

Bekas MB Pahang Meninggal Dunia

Salah seorang tokoh yang sekejap saja di arena politik.(UMNO pastinya)
Mari kita mengenal sejenak siapakah tokoh ini menurut pandangan Dr Hj Arriffin Mansor.

:Author Faethal

"Dato Rahim Bakar ialah seorang tokoh Melayu yang tidak mendapat publisiti yang sepatutnya. Bekas Menteri Besar Pahang, Rahim Bakar merupakan pemimpin Melayu yang menunjukkan integriti dan ketelusan dalam kepimpinannya.
Selama 14 tahun, beliau memegang teraju pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pengurusi tanpa menimbulkan skandal dan pencemaran dalam kepimpinan beliau.
Di Shamelin beliau telah berjaya memulihkan kewangan koperasi yang ditinggalkan terhutang beratus juta ringgit ketahap yang membanggakan ahli koperasi berjumlah 20,000 orang Melayu di Malaysia.
Beliau tidak banyak meninggalkan kesan kepimpinan beliau di Mara dan Negeri Pahang kerana kepimpinan beliau yang amat singkat sebagai Pengurusi dan Menteri Besar.
Jika mesyarakat Melayu dapat menghasilkan 10 orang kepimpinan Melayu seperti Dato Rahim Bakar tahap kemajuan orang Melayu pada hari ini sudah pasti melonjat tinggi."

Dr Hj Arriffin Mansor


Datuk Abdul Rahim Abu Bakar
1943-2009



KUALA LUMPUR- - Bekas Menteri Besar Pahang Datuk Abdul Rahim Abu Bakar meninggal dunia di kediamannya di Jalan U-Thant di sini pukul 7.10 malam dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham berusia 66 tahun.

Anak keduanya, Rosnita, 35, ketika ditemui Bernama di kediamannya berkata bapanya sedang menunggu azan untuk berbuka puasa di meja makan apabila tiba-tiba didapati tidak lagi bernafas oleh ibunya, Datin Rosnah Kamaruddin.

Katanya mereka segera menghubungi paramedik dari Pusat Perubatan Gleneagles Intan dan Abdul Rahim disahkan sudah meninggal dunia.

"Ayah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik sebelum meninggal, bahkan setahu saya Allahyarham tidak menghidap sebarang penyakit tetapi berkemungkinan kematiannya akibat serangan jantung," katanya.

Rosnita berkata kesemua adik-beradiknya sempat menemui Allahyarham sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir kerana masih berada di rumah itu sempena Aidilfitri.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kampung Pandan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak iaitu Roslina, 37, Rosnita, Mohd Rizal, 32, dan Rosazreen, 25, serta empat cucu.

Allahyarham, yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, menjadi Menteri Besar Pahang selama kira-kira tiga tahun bermula 19 Julai 1978 hingga 7 Nov 1981.

Sumber -- BERNAMA

Read Full 0 comments

Bila CELCOM Tidak Berbaloi-baloi!!

Semalam kepada semua pengguna CELCOM kehairanan & kebingungan,
Kenapa tidak boleh call out?
Tidak bayar bill kah?
Handphone rosakkah?
Pengguna broadband (sebut berukband) usah cakaplah?
Lembap mengalahkan siput...
Sehinggalah CEO Celcom buat pengumuman..
(P/S : Sesuai lagikah tema 'Berbaloi-baloi' tu?)
:Author Faethal


KUALA LUMPUR-- Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku Khamis disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.

"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.

Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.
Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas.

Sumber -- BERNAMA
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks