blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Hormati Keputusan Kartika

Thursday, September 24, 2009
Kepada SIS tu sudah-sudah la,
Syarizat pula kalau tak tahu duduk diam-diam ajer,
Lepas ni sapa-sapa yang melawan,
Sebat jer..
(P/S : Yang minum kena sebat,tokey minuman tu kena apa pula?)
:Author Faethal

SUNGAI SIPUT,-- Semua lapisan masyarakat termasuk pihak media dipohon supaya menghormati pendirian jururawat, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, untuk meneruskan hukuman sebatan ke atasnya selepas mengaku bersalah meminum arak di Pahang.

Peguam Kartika, Adham Jamalullail Ibrahim berkata isu yang melibatkan anak guamnya itu sepatutnya menjadi pengajaran serta wadah peningkatan institusi mahkamah syariah dan undang-undang Islam di Malaysia.

"Saya juga meminta parti politik tidak campur tangan dalam isu hukuman sebat berkenaan kerana ia hanya membabitkan institusi kehakiman syarie di Pahang sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Kartika di Kampung Jawang di sini Khamis.

Sumber - Bernama
Read Full 1 comments

Selamat Datang Ke "Jail Spa"

Seorang warden penjara mengawasi pelanggan di spa penjara, Kuala Lumpur. Banduan yang bekerja dibayar elaun yang kecil, manakala selebihnya digunakan untuk pelbagai program pemulihan seperti kelas memasak dan menjahit.


Seorang anggota polis Malaysia berada di dalam spa semasa pelanggan menjalani rawatan rambut di spa penjara. Salon ini mempunyai pelanggan tetap mereka sejak di buka penghujung tahun lalu. Ia menawarkan rawatan kecantikan daripada hujung rambut hingga hujung kaki seperti rawatan muka, rawatan kuku, urut refleksologi,urutan badan dengan kadar bayaran serendah RM 30.


Salah seorang banduan wanita sedang memberikan rawatan kepada pelanggan. Disebalik jeriji besi dan kawalan bersenjata, pekerja pusat kecantikan ini tenang melayan pelanggan mereka dibawah pengawasan warden penjara.
Read Full 0 comments

Megan Fox Untuk Dilelong.

Kostum hitam yang dikenakan Megan Fox dalam filem Transformers akan dilelong pada bulan depan. Kostum Fox dianggarkan akan terjual antara US$3,000 hingga US$5,000.

Kostum yang akan dilelong adalah yang dikenakan Fox ketika menunggang motor sebagai Mikaela Banes dalam sekuel Transformers: Revenge Of The Fallen, bersama seluar pendek dan tank top Fox.



Joe Maddalena, presiden Profiles In History, berkata pakaian atau apa-apa aksesori yang digayakan Fox sangat diminati kolektor. "Transformers membuat Fox menjadi bintang dan saya berharap kostum-kostum Fox akan 'terampil' baik semasa lelongan nanti," kata Maddalena.

Selain kostum hitam ketat Fox, lebih dari 100 aksesori dan kostum dalam filem popular tersebut juga akan dilelong di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 8-9 Oktober akan datang. Salah satunya adalah robot "Bumblebee".

Dipetik dari laman ABC News, Rabu 23 September 2009, rumah lolang Auctioneer Profiles In History menjangkakan akan mengumpulkan antara US$60,000 hingga US$80,000 dari "Bumblebee" yang seberat 1,45 ton dan tinggi lima meter itu. Robot "Bumblebbe" sudah digunakan sejak film pertama Transformers tahun 2007 lalu.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks