blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Rawatan Muka Terbaik Seluruh Dunia

Wednesday, September 23, 2009
Inilah antara rawatan muka terbaik dari seluruh dunia.
Lepas boleh la isteri pak-pak menteri mencubanya.
(P/S : Rosmah Mansur mungkin berminat nak cuba..)
:Author Faethal

Rawatan muka menggunakan cokelat dari bandar Mexico.


Seorang wanita menerima urutan dan rawatan menggunakan cokelat ketika Festival Eurochocolate di Perugia, Italy


Seorang model menunjukkan demonstrasi menggunakan produk Umo Inc.'s daun emas 24-karat "Gold Facial Treatment" di Beautyworld Japan. Kos rawatan ini adalah 30, 000 yen (RM 1144.41).

Rawatan muka menggunakan topeng plastik di Pesta Kecantikan di Bucharest.


Rawatan muka daripada cokelat, 'chocolate facial treatment' dari pusat kecantikan di Quezon City,Metro Manila pada harga 600 pesos (RM 43.94).
Read Full 0 comments

Bila Ketua Polis Jadi Ketua Penyangak

Bila orang gelar Musa Hassan "Kepala Penyangak" marah, Tapi tindakan yang diambil tak ubah macam "Bapa Penyamun", Manakan tidak, Bila didedahkan senarai penyamun terlibat di PKFZ, Serta-merta "tindakan" akan diambil kepada siapa yang "mendedahkan" Baik lagi "Kepala Lembu" dari jadi "Kepala Penyangak" (P/S: Aku suka sup gear box lembu je) :Author Faethal

KUALA LUMPUR 23 Sept. — Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Menteri Kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri,” katanya kepada pemberita selepas selesai melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.

Kertas Kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai Memorandum Daripada Menteri Kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.

Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan menganggu siasatan.

Sumber - Bernama
Read Full 0 comments

Tolak Dr M, Pilih Isa Samad!!

Hahaha..hari tu,
MIC tolak cadangan Dr M,UMNO marah MIC!
Sekarang UMNO tolak cadangan Dr M, mesti Samy senyum aje!

P/S: saya ketawa dalam hati aje...
:Author Faethal


PORT DICKSON 23 Sept. — Ketua Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang, Mohd. Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.

Walaupun ada ura-ura yang menyatakan Isa tidak cukup kredibel kerana pernah diambil tindakan disiplin parti atas tuduhan politik wang, perwakilan melihat hanya Isa yang boleh menyatu-padukan masyarakat Port Dickson.

“Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa.

“Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini,” katanya.

Sumber - Bernama
Read Full 0 comments

Awas, Patuhi Papan Tanda Lalulintas.


Ramai yang akan pulang semula ke ibu kota untuk mula berkerja. Berhati-hati dalam perjalanan. Sentiasa ikut peraturan jalanraya dan patuhi arahan papan tanda lalu lintas.
:Author Faethal
Read Full 0 comments

Ada Sesiapa Menjumpai Floppy Disk?

Jika sesiapa kehilangan saudara atau haiwan peliharaan, ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilihat. Tetapi ada juga orang yang begitu menyayangi floppy disk sehingga berusaha mencari sehingga membuat notis khas untuk floppy disk nya itu.
:Author Faethal



Read Full 0 comments

Perempuan Tidak Boleh Simpan Rahsia Lebih dari 47 Jam

London - Kebanyakan perempuan tidak boleh menyimpan rahsia lebih dari 47 jam, menurut sebuah kajian terbaru. Penelitian menemukan perempuan biasanya akan membocorkan rahsia paling tidak kepada satu orang lain dalam 47 jam dan 15 minit, seperti dilaporkan Daily Telegraph.

Hal itu juga bergantung pada subjek gosip tersebut, teman lelaki, suami, sahabat, atau ibu adalah yang paling hampir untuk menjadi orang pertama yang mereka beritahu.

Penelitian terhadap 3000 perempuan berusia antara 18 dan 65 tahun, juga menemui bahawa empat dari sepuluh responden mengakui bahwa mereka tidak dapat menyimpan rahsia, tidak kira betapa pribadi atau rahsia hal tersebut.

Hal ini juga dipengaruhi sedikit alkohol, biasanya memberi peluang untuk mengeluarkan rahsia dengan lebih lagi. Lebih dari setengah responden mengakui satu atau dua gelas anggur dapat mendorong mereka untuk mengungkapan apa yang terpendam.

Michael Cox, Pengarah Inggris Wines dari Chili, yang ditugaskan meneliti untuk Hari Nasional Chili, berkata: "Ini resmi - perempuan tidak boleh menyimpan rahsia.”

"Kami benar-benar tertarik untuk mengetahui dengan survey ini berapa banyak orang yang boleh menyimpan rahsia. Tidak peduli betapa berharganya informasi, hal ini sering keluar dalam domain publik dalam masa 48 jam. Itu bererti setiap seorang perempuan telah mengaku pada seorang teman tentang kebimbangan mereka kerana tidak tahu di mana rahsia mereka hendak dituju."

Para perempuan biasanya melakukan pelbagai cara sama ada bersemuka, di telefon atau melalui pesanan teks, baik surat ataupun chatting di internet.

Baiknya pula, beberapa dari mereka, lebih dari satu perempat berkata, mereka lupa apa yang diberitahu pada mereka pada keesokan harinya.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks