blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Perang Saraf Anwar Di Johor?

Monday, September 21, 2009
UMNO Johor sangat takut dengan pengaruh DS Anwar Ibrahim di Johor. Sehinggakan dalam Ramadan yang lalu,semasa program DS Anwar Ibrahim di Segamat turut menjadi igauan mereka.
:Author Faethal

Pada pertengahan bulan puasa, Anwar Ibrahim datang ke daerah Segamat, Johor merasmikan pembukaan bahagian PKR Sekijang. Majlis tersebut di lakukan bersekali dengan majlis berbuka puasa dan solat Tarawikh.

Pada masa dan tempat yang hampir sama, Pemuda Umno Bahagian sekijang turut mengadakan majlis mereka. Maka semasa solat, mereka berjemaah di masjid yang sama.

Persoalannya di sini, kenapa ketua pemuda Sekijang - yang memang di ketahui ramai orang kuat KJ di Johor- mengadakan majlis pada waktu dan tempat yang hampir sama dengan Anwar Ibrahim?

Maka ramailah ahli-ahli pemuda Bahagian Sekijang yang beramah mesra dengan Anwar Ibrahim. Sebagai pemimpin besar PKR dan bekas pemimpin tertinggi Umo, tidak mustahil ahli biasa pemuda-pemuda Umno turut terkesan dengan layanan mesra Anwar Ibrahim.

Jika pemuda ini telah tertanam semangat perjuangan yang kental, tidak mengapa. Namun bagi ahli baru yang masih belum teguh semangat perjuangan, tidak mustahil mereka boleh terpengaruh dengan layanan Anwar Ibrahim.

Kita berharap agar pemimpin Umno tersebut tidak mencuba dengan sengaja untuk memperkenalkan Anwar Ibrahim dengan ahli-ahli akar umbi Umno.

Malah YB Razali selaku naib KP Umno yang berasal dari Johor perlu lebih memantau agar tiada perkembangan tidak sihat yang boleh melemahkan pengaruh Umno di negeri Johor. Apatah lagi jika punca tersebut dari kalangan orang Umno sendiri!

Sumber - umnojohor
Read Full 0 comments

Noordin Individu Pintar, Miskin, dan "Broken Home"

Johor Bahru: Sembilan tahun Noordin M. Top diburu pihak polis. Sepak terajangnya sangat menakutkan dan licin ketika diburu polisi. Dalam aksi buruannya, berkali-kali warga Malaysia itu berjaya meledakkan bom di Bali dan Jakarta. Kini Noordin telah terkorban. Salah seorang pemimpin Tandzim Al-Qaidah wilayah Asia Tenggara itu tak mampu meloloskan diri dalam serangan selama tujuh jam di sebuah rumah di Jebres, Solo, Jawa Tengah, 17 September lalu.

Noordin berasal dari Johor Bahru, Malaysia. Orang tua Noordin tinggal di Kampung Melayu, Pontian, di Johor Bahru. Tempatnya di pedalaman,berhampiran jalan dan bersebelahan kebun sawit. Pandangan pertama kelihatan rumah depannya kemas dan rapi. Itu adalah rumah kakak iparnya Noordin.

Pantauan stesen television Indonesia, terparkir di depan rumahnya. Kedatangan Tim Liputan SCTV membuat seorang perempuan dan anak laki-laki mengelak lari dan masuk ke rumah. Di belakang rumah, ada semacam pondok. Dindingnya dari kayu berukuran lebar. Lantainya hanya tanah tanpa ubin. Tampak lusuh dan banyak debu. Atapnya juga hanya seng.

Di pondok inilah tempat Noordin dibesarkan. Dari informasi warga setempat, orang tua Noordin yang biasa dipanggil Mohammad Top meninggal sejak Noordin kecil. Selama beberapa tahun ia dibesarkan ketiga saudara lelakinya. Saat duduk di kelas 5 sekolah rendah, Noordin belajar ke luar negeri.

Penduduk sekampung mengatakan Noordin ketika kecil adalah anak pintar. "Anak pintarlah dia makanya boleh bersekolah ke luar," ujar Atan, ahli keluarga kandung Noordin. Dilihat dari keadaan rumah asalnya, orang tua Noordin miskin. Terdapat tiga kombinasi yang menyeramkan di diri Noordin: pintar, miskin, dan broken home.

Kuat dugaan, Noordin sekolah ke Sudan dan dipelihara keluarga angkat. Kerana itulah warga sekitar Kampung Melayu tak mengenali Noordin sampailah berita penglibatannya dengan Al Qaeda di Indonesia. Berbeza dikalangan orang tua kandung Noordin yang lebih terbuka. Bagi keluarga mertua Noordin lebih tertutup dan eksklusif. Atan memang pernah berkata, "Yang kenal Noordin tuh keluarga sungai tiram (mertua), kami tidak tahu."

Termasuk dengan kakak-kakaknya, Noordin dikabarkan tidak berhubungan baik. Keluarga dan warga setempat tidak tahu sepak terajang ketua pengganas setelah belajar keluar negeri. Atan, mengaku tak mengetahui penglibatan Noordin.

Jasad Noordin kini terbaring di Rumah Sakit Polri Jakarta. Perancangannya jenazahnya ini bakal dikuburkan berdekatan tempat tinggal isteri pertamanya, di Sungai Tiram, Johor Bahru. Dan Kepala Polis Indonesia Jenderal Bambang Hendarso Danuri memastikan pengambilan jenazah Noordin hanya boleh dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri
Read Full 0 comments

Jenazah Noordin M Top Belum Boleh Dibawa Pulang

Jakarta - Ketua Polis Jenderal Bambang Hendarso Danuri menegaskan belum akan menyerahkan jenazah NoorDin M. Top kepada keluarganya. Menurut Bambang, masih ada yang harus diteliti oleh pihak polis sebelum menyerahkan jenazah itu.

"Masih ada hal-hal yang akan kita lakukan. Tidak secepatnya kita inikan (kembalikan)," kata Bambang selepas solat Aidilfitri di Bhayangkara, Jakarta, Ahad (20/9).

Menurutnya, polis masih meneliti berbagai hal. Misalnya tentang rangkaian Noordin dan juga penelitian berbagai jenis dokumen. "Baru setelah clear, kami serahkan kepada keluarga," katanya.

Jenazah Noordin, kata Bambang, hanya boleh dilihat oleh isteri dan keluarganya dari Malaysia. "Yang lainnya tak boleh melihat," ujarnya lagi.

Pihak polis masih mengenalpasti jenazah Noordin yang terbunuh dalam serangan di Surakarta, Kamis (17/9). Sehingga kini, hasil pemeriksaan cap jari dan DNA menunjukkan jenazah adalah Noordin.

Sumber - Tempo
Read Full 0 comments

Beyonce Datang Lagi?

Beyonce Konwles mengatakan ia akan datang lagi ke Malaysia pada bulan Oktober. Dua tahun lepas, konsertnya dibatalkan setelah diancam bahawa konsertnya akan diganggu oleh masyarakat islam.

Beyonce menyatakan pada laman webnya bahwa dia akan hadir di Stadium Nasional,Kuala Lumpur, pada 25 Oktober ini. "Beyonce untuk pertama kalinya telah memutuskan untuk membuat Malaysia sebahagian dari jelajah dunia bertajuk 'I am', " tulisan dalam Web-nya.

Coming this October 2009, Beyonce for the first time ever, has decided to make Malaysia part of her “I am….” World Tour. Organized by Marctensia and UCSI Communications, The Beyonce “I am…..” World Tour Live in Malaysia 2009 will kick off on Sunday, 25 October 2009 at the National Stadium, Bukit Jalil, Kuala Lumpur at 8:00p.m. Her “I am…” World Tour is the third worldwide concert tour by Beyoncé in support of her third studio album, I AM...Sasha Fierce. The tour has visited North America and Europe.

Beyonce membatalkan konsert yang dirancangnya dua tahun lalu setelah ancaman protes oleh PAS. Acara itu dibatalkan karena konflik tarikh jadual konsert itu. Beyonce akhirnya datang ke Indonesia, yang memiliki aturan longgar etika artis berpakaian dan berperilaku.

Sabki Yusof, wakil Pemuda PAS, berkata mereka akan menghantar surat bantahan kepada kerajaan atas konsert itu. Beliau mengatakan, kerajaan harus "bertanggung jawab untuk melindungi rakyat Malaysia" dari apa yang ia sebut sebagai pengaruh Barat yang tidak bermoral.

"Kami tidak melawan hiburan selama ini dalam kerangka budaya kita dan agama kita," kata Sabki. "Kita melawan pertunjukan Barat yang seksi.”

Dalam kontroversi terakhir, kerajaan Malaysia, akhir bulan lalu, menarik balik perintah melarang umat Islam menonton konser Black Eyed Peas kerana ditaja oleh syarikat arak GUINNESS, di Kuala Lumpur, 25 September.

Malaysia confirms Muslims can attend Black Eyed Peas show
AFP - Thursday, September 3
KUALA LUMPUR (AFP) - - Malaysia's government has reversed a ban on Muslim Malays attending a concert by US hip-hop band the Black Eyed Peas, a culture ministry official confirmed Wednesday.
The Malaysian website for the September 25 event, sponsored by the Guinness brewery, had specified it was "restricted to non-Muslims aged 18 and above," triggering controversy in the multicultural nation.
However, concert organisers Artists World Entertainment announced Tuesday that anyone was free to attend the event which
"is open to all individuals aged 18 and above."




Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks