blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kemeriahan Malam Hari Raya Aidilfitri

Saturday, September 19, 2009
KREATIF: Abdul Rashid Bahari 46, atau 'Abu Rambai' (kanan) memantau anak dan saudaranya bermain bunga api di halaman rumah yang dihiasi indah sempena Hari Raya Aidilfitri dan Perayaan Ulang Tahun ke-100 Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka, semalam.- Foto Rosdan Wahid (Berita Harian. Sep 19, 2009)

Sebaik terbaca di portal Berita Harian mengenai sambutan hari raya di Kampung Parit Sidang Seman. Tergerak dalam hati untuk tinjau sendiri suasana sambutan hari raya di kampung isteriku kali ini. Hasilnya memang meriah!. Lihatlah sendiri suasana sambutan hari raya di Kampung Parit Sidang Seman ini.
:Author Faethal


Inilah rumah yang dilaporkan di dalam akhbar berita harian. Cuma pelita sahaja belum dipasang, mungkin kerana hujan renyai-renyai.


Di pintu masuk Kampung Parit Sidang Seman ada lampu yang membentuk perkataan 'Salam Aidilfitri' dari tulisan jawi.


Dua anak buah ku, Zikri & Zuhair sempat berposing.

Nasib baik tidak bawa bunga api & mercun. Jika tidak pasti sempat juga main sedas-dua.

Read Full 0 comments

Wajah Terakhir Noordin M Top

Kadiv Humas Mabes ketika membuat mengumuman hasil ujian DNA jenazah yang disebut sebagai Noordin M Top di Mabes Polri, Jakarta, Sabtu (19/9).


"Salah satu analisi tadi, kalau kita bandingkan antara sketsa wajah semasa hidupnya dengan jenazah. Kita lakukan dengan teknologi yang sedang kita kembangkan, ini prinsip di tingkat dunia, kita gabungkan ternyata match dengan titik-titik yang ada diwajahnya (Noordin) walaupun berjambang," katanya.


Menurutnya, dari mulai rambut, alis hingga mulut wajah mangsa yang terkorban itu mirip dengan wajah Noordin M Top. "Garis rambutnya begini, alisnya begini, hidungnya begini, mulutnya begini, bibirnya juga begini, ini sama. Ini muka jenazah ditarik ke tengah dipadankan ketemu match," terangnya sambil membandingkan foto Noordin semasa hidup dengan foto Noordin ketika terkorban dengan wajah berjambang dan mulut menganga.
Read Full 0 comments

Ada Penduduk Indonesia Sudah Beraya

SULAWESI: Walaupun majoriti umat Islam di Indonesia masih menunggu pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Puasa yang dijangka disambut esok, namun sudah ada sekurang-kurangnya tiga kelompok di negara ini yang sudah menyambutnya pada Sabtu.

Sejumlah umat muslim An Nadzir melaksanakan sholat Idul Fitri 1430 H di Gowa, Sulawesi Selatan.

Kelompok Jemaah An-Nazir di Gowa, Sulawesi Selatan menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi ini di pemukiman mereka di Kampung Butta Ejayya dengan diimamkan oleh ketuanya, Lukman A Bakti.

Pimpinan jamaah An-Nasir, Lukman A. Bakti yang menjadi Imam solat Aidilfitri ini berlangsung dengan aman dan air mata dari ratusan jamaah berderai selepas Ustadz Lukman selesai memberi khutbah, yang kemudian disambut salaman meminta maaf dan saling berpelukan.

"Jamaah kami bukan orang sembarangan yang melaksanakan salat Idul Fitri. Kami melihat berdasarkan tanda-tanda alam dan penelitian mendasar yang dilakukan oleh anggota jamaah An-Nadzir, " kata pimpinan jamaah yang dikatakan anggota kumpulannya mencapai 10 ribu orang yang tersebar di seluruh indonesia, Malaysia dan Singapura.

Laporan agensi berita Antara memetik Lukman sebagai mendakwa bahawa jemaahnya berjumlah 10,000 orang dan mereka mula berpuasa lebih awal dan semalam genap 30 hari mereka berpuasa.

Read Full 0 comments

Syarat Untuk Melihat Anak Bulan

Penggunaan kaedah jangkaan untuk melihat anak bulan (kemudian dinamakan imkannur rukyah), bermula pada 1403H (1982M). Mulai tahun 1991, syarat melihat anak bulan yang digunakan untuk membuat justifikasi kelihatannya anak bulan pada hari ke 29 hijrah sebagaimana berikut:

Ketika matahari terbenam,
(i) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°,
DAN
(ii) Jarak lengkok matahari ke bulan tidak kurang daripada 3°.


ATAU

Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.

Menurut kaedah penyelarasan rukyah dan hisab di Malaysia, hari melihat anak bulan ditetapkan pada hari ke 29. Pengumuman mengenai penetapan tarikh merukyah akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Malaysia bersama-sama dengan senarai tempat melihat anak bulan yang telah diwartakan sebagai tempat rukyah rasmi. Pengumuman mengenai tarikh berpuasa atau hari raya pula, akan diumumkan oleh pihak yang sama sebaik sahaja laporan rukyah dari seluruh negara diterima pada hari melihat anak bulan. Pada tahun 1995, syarat melihatn anak bulan ini telah dijadikan sebagai asas untuk mengira tarikh awal bulan hijriah dalam takwim Islam yang digunakan di Malaysia.

Rajah 2: Kedudukan bulan yang memenuhi syarat imkannur rukyah

Berdasarkan kaedah dan penyelarasan takwim hijriah yang diamalkan di Malaysia, terdapat empat keadaan yang berbeza semasa hari rukyah, iaitu:

A. Anak bulan belum wujud lagi kerana ijtimak masih belum berlaku.

B. Anak bulan masih belum wujud lagi, walaupun ijtimak telah berlaku.

C. Anak bulan telah berada di atas ufuk, tetapi sifat fizikalnya masih belum matang dan tidak mencapai syarat kenampakan anak bulan menurut imkannur rukyah.

D. Anak bulan telah berada di atas ufuk, dan menepati justifikasi imkannur rukyah.

Sekiranya dalam keadaan A atau B, bulan dikelasifikasikan sebagai belum wujud atau bulan tidak berada di atas ufuk, maka bulan hijri berkenaan menjadi 30 hari. Jika keadaan C pula yang berlaku, bulan sudah wujud tetapi di bawah syarat imkannur rukyah. Sekiranya anak bulan tidak kelihatan (memang mustahil dapat dilihat), maka bulan hijri berkenaan menjadi 30 hari. Dalam keadaan D pula, bulan sudah wujud dan memenuhi syarat imkannur rukyah. Justeru itu, sama ada anak bulan kelihatan atau tidak, bulan baru boleh dimulakan.
Read Full 1 comments

Hotel Daripada Kad Kunci

Sempena ulangtahun bagi 1,200 Hotel Holiday Inn di seluruh dunia, sebuah hotel yang lengkap dengan bilik tamu, bilik mandi dan lobby telah dibina daripada 200,000 kad kunci (keycards).


Kevin Kowalski (tengah), Timbalan Presiden Global Brand Management Holiday Inn memperkenalkan kepada wartawan Hotel Holiday Inn Keycard di Manhattan, New York semalam.


Kamar tidur yang dibuat daripada kad kunci (keycard).

Bryan Berg, pereka cipta The Keycard Holiday Inn Hotel, menunjukkan bilik air yang dibina daripada kad kunci.


Lampu di lobby yang turut dibuat daripada kad kunci.


Bryan Berg, berdiri di belakang meja penyambut tetamu The Keycard Holiday Inn Hotel.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks