Polis melakukan persediaan untuk memindahkan jenazah Noordin M Top.
Kuala Lumpur - Keluarga Noordin M Top mengadakan perjumpaan di suatu tempat di Johor Bahru untuk membincang langkah yang harus diambil setelah pengganas yang paling dicari itu disahkan tertembak mati dalam serbuam di sebuah rumah Kampung Kepuhsari, Kota Solo, Jawa Tengah.
"Keluarga Noordin akan membincangkan siapa yang akan ke Jakarta untuk membawa jenazahnya. Bila akan berangkat ke Jakarta, dan akan dikuburkan dimana. Semuanya itu akan dibincangkan malam ini," kata jurucakap keluarga Noordin M Top, Badaruddin Ismail, dalam wawancara dari Kuala Lumpur, Khamis malam.
Ia mengatakan, keluarga Noordin sudah menerima berita dari Polis Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia, dan berita-berita di TV Indonesia tentang terbunuhnya Noordin di Solo, bersama beberapa orang pengikutnya.
Pemerintah Malaysia akan membantu keluarga Noordin Mohammad Top membawa pulang jenazahnya ke negara ini untuk dikebumikan, kata Menteri Dalam Negeri Malaysia Hishammuddin Tun Hussein.

Polis Indonesia membawa bahan bukti dari tempat persembunyian Noordin M Top di Kota Solo, Jawa Tengah.
Ia mengatakan, keluarga Almarhum sudah diberitahu mengenai berita ini, pada petang Khamis dan kini proses dilakukan ujian DNA untuk mengesahkan jenazah itu adalah benar-benar Noordin M Top.
Selain Noordin, tiga lagi yang ditembak mati ialah Bagus Budi Pranoto alias Urwah, Susilo alias Adib yang menyediakan tempat persembunyian Noordin dan Ario Sudarso alias Aji, yang diduga sebagai pakar pembuat bom, murid kepada Dr Azahari Husin, seorang pengganas berasal dari Malaysia yang ditembak mati beberapa tahun lalu. Sumber - (ANTARA News)
Takziah buat keluarga Allahyarham...
Al-Fatihah buat Allahyarham Noordin & Dr Azahari Husin..
:Author Faethal