blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kisah Tiga Sekawan Dan Tahanan ISA

Tuesday, September 15, 2009
Ada sekumpulan anak-anak pergi berhari raya..
Ramlee,Ajis dan Sudin pergi pusing keseluruh kampung untuk beraya sambil mengumpul duit raya..
Dari pagi hinggalah ke petang..
Sebaik saja pukul 5 mereka pun berteduh di bawah sepohon pokok..
Sambil mengira 'HASIL' kutipan duit raya pada hari ini..




Tiba-tiba..
Seorang gengster Kampung Dusun muncul ntah dari mana..
Sarip Dol namanya..
Tanpa banyak bicara Sarip Dol telah merampas kesemua duit raya itu..
Ramlee,Ajis dan Sudin hanya terkebil-kebil..
Takut nak melawan,maklumla..
Sarip Dol anak JKKK Kampung Dusun ni..



Sarip Dol kata mereka tak berhak keatas duit ini kerana,
Mereka mencuri dari setiap rumah yang mereka pergi beraya..
Belum sempat Ramlee,Ajis dan Sudin hendak membalas tuduhan itu..
Sepak terajang hinggap ke muka mereka..
Diam la mereka..
Tak berani bersuara lagi,maklumla..
Sarip Dol anak JKKK Kampung Dusun ni..

Tapi hari ini..
Selepas 7 tahun berlalu,
Sarip Dol telah menghantar wakilnya..
Untuk menyerahkan kembali Duit Raya yang dirampas dahulu,
Maka terpinga-pingalah Ramlee,Ajis dan Sudin..
Kenapa bila lagi 4-5 hari sebelum raya
Tiba-tiba Sarip Dol pulangkan duit raya yang dirampasnya dulu..
Itupun nilainya tidak cukup..kurang 9 ringgit

Rupa-rupanya..
Jawatan ketua kampung akan dipertandingkan selepas Hari Raya..
Ramlee,Ajis dan Sudin anak kepada penduduk Kampung Dusun ini juga..
Jadi bapa Sarip Dol menyuruh agar Sarip Dol berkelakuan baik..
Dan cover balik segala kejahatannya dahulu..
Supaya penduduk kampung ini'MEMILIH' nya bila tiba hari pemilihan besok.
Bila diketahui sahaja niat Sarip Dol ni..
Ramlee,Ajis dan Sudin hanya diam dan..
HAQ PTUIH!!!

Moral: Takyah nak terima kasih dengan Hisyamuddin pasal pembebasan tahanan ISA ni.Tiada sebab untuk berterima kasih.Mereka yang menangkap,kewajipan mereka untuk membebaskan tahanan ISA ini. Terutamanya terbukti mereka tidak bersalah..
Sapa-sapa blogger yang ucap terima kasih dalam blog masing-masing dimohon..
TARIK BALIK!!! dan..
Terima Kasih
:Author Faethal
Read Full 1 comments

Sebelum MIC,Mirzan Patut Mohon Maaf Dahulu!

BERITA 1
MIC perlu memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga kepada mereka yang terbabit berhubung isu "kalungan selipar," kata Datuk Mukhriz Mahathir.


Beliau mengulas keputusan MIC menggantung keanggotaan perwakilan itu yang mencadangkan kalungan selipar digantung pada potret Dr Mahathir, sehingga tindakan lanjut dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti

BERITA 2
"Ini adalah urusan perniagaan sahaja,"kata Mirzan dalam suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.


Kalau MIC kena minta maaf sebab menghina negarawan (kononnya) yang mencampuri urusan MIC.Sehigga ada perwakilan mencadangkan dikalungkan selipar di potret Mahathir.
Mirzan Mahathir MESTI meminta MAAF dengan seluruh umat islam kerana kenyataan beliau yang mengatakan penglibatan beliau dalam syarikat arak itu "Just Business".

Maknanya tiada apa-apa kesalahan?
Tiada kaitan dengan persoalan halal-haram?
Kenyataan itu seolah-olah "Saya hanya menjual,tidak minum"(benarkah??)
Tahukah Mirzan mahupun negarawan ulung itu ada 10 golongan dilaknat kerana arak itu?

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang minta diperaskannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya. " (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)


Di golongan manakah Mirzan ini?

Mana Perwaris,mahupun Pemuda UMNO yang mengutuk kerajaan Negeri Selangor sedikit masa lalu berkaitan isu arak?
Mana geng-geng kepala lembu dari Seksyen 23 Shah Alam?
Mana pencacai-pencacai UMNO itu semua?

Hanya satu soalan untuk pencacai UMNO & Blogger UMNO ?
SIAPA YANG "TAKE BEER" SEKARANG?
:Author Faethal

Read Full 2 comments

Wanita Afghanistan Lahirkan Bayi Kembar Satu Kepala


Seorang wanita di Afganistan melahirkan bayi kembar berkelamin laki-laki. Namun malangnya, bayi kembar tersebut lahir hanya dengan satu kepala.

"Dalam beberapa hari, tubuh yang kedua terlihat bergerak. Namun sekarang sudah meninggal dunia," ujar doktor RS Kunduz, Dr Hamoyoun Khamoosh seperti yang dilaporkan oleh AFP, Isnin (14/9/2009).

Bayi tersebut lahir hanya memiliki satu kepala. Pada dada bayi terlekat anggota tubuh badan yang lengkap dari leher hingga kaki , namun tanpa kepala.

"Ini merupakan kes yang pertama kalinya yang kami hadapi," tambahnya.

Bagi menyelamatkan nyawa bayi, pembedahan pemisahan perlu dilakukan. Ini juga dilakukan agar bayi dapat membesar dengan stabil.

"Para doktor telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan memisahkan kedua tubuh sebelum tubuh yang tanpa kepala mulai busuk," kata Khamoosh.

Ibu yang berusia 35 tahun tidak mahu dikenali dan menyembunyikan dirinya dari kamera dimana bayinya ditidurkan. Wanita itu juga tidak memberikan namanya untuk bayi malang tersebut.

Sumber : AFP
Subhanallah..
:Author Faethal
Read Full 0 comments

S.Subramaniam TKO Samy & BN Di Bagan Pinang?

Kalah lagikah UMNO & BN di PRK Bagan Pinang


Pelbagai andaian & persoalan berlegar di benak Samy Vellu sejak pemilihan MIC tempohari.
Dan spekulasi bahawa S.Subramaniam akan bertindak terhadap MIC semakin kuat sejak Samy mengumumkan akan mengambil tindakan terhadap S.Subramaniam.



Sekarang dengar khabarnya S.Subramaniam akan membuat pengumuman penting menjelang pilihanraya kecil Bagan Pinang.
Apakah bekas timbalan Samy Vellu itu akan umumkan penubuhan parti serpihan MIC yang kemudian akan dibawa bergabung dengan PR?
Atau dia akan mengumumkan diri menyertai PKR?

Anwar khabarnya telah memberi green light untuk merisik apakah S.Subramaniam ingin 'berkahwin' atau tidak selepas menjanda nanti...

:Author Faethal
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks