blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pengebumian MIC oleh Samy

Monday, September 14, 2009
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mendakwa hanya beliau mampu membawa perubahan kepada nasib kaum India.

Kenyataan itu dirakam dan disiarkan Buletin Utama malam tadi.
Perhimpunan Agung ke-63 MIC memilih beliau sebagai Presiden bagi penggal ke-11.

Beliau mendabik dada hanya beliau mampu merubah MIC.
Ya! Benar!
Merubah MIC agar terus di kebumi/dibakar!
Oh ya!! Ini panduan untuk MIC
Selepas pilihanraya di Bagan Pinang..

Pengebumian

Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung.
Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara
sebagai upah mengorek liang lahad.




Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar.

*untuk pengamal agama Hindu sahaja.
Read Full 0 comments

Bagan Pinang : 3 Oktober penamaan calon, 11 Oktober mengundi

Gambar Hiasan


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapkan 3 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, manakala 11 Oktober hari mengundi.

Pengumuman itu dibuat sebentar tadi oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Raya dulu..
Bermaaf-maafan dulu..
Lepas raya sambung perang balik..
Lawan Tetap Lawan.
:Author Faethal
Read Full 0 comments

Bapa Altantuya Beri Razak Baginda Hadiah Raya

SHAH ALAM: Bapa Altantuya Shaariibuu hari ini menarik balik permohonan supaya Mahkamah Tinggi di sini menyemak semula keputusan Peguam Negara tidak membuat rayuan atas pembebasan Abdul Razak Abdullah Baginda, tahun lalu.

Permohonan semakan semula keluarga Altantuya difailkan bapanya, Dr Shaariibuu Setev pada 24 Disember lalu, untuk memohon supaya keputusan pendakwa raya tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak daripada tuduhan bersubahat membunuh anaknya.

Permohonan itu yang difailkan peguam Karpal Singh menamakan Peguam Negara dan Abdul Razak sebagai responden.

Razak Baginda sudah boleh menarik nafas lega diatas keputusan Dr Shaariibuu Setev ini,
Namun adakah ini bermakna kes Altantuya ini akan selesai..
Atau ini strategi Dr Shaariibuu untuk membawa masalah ini
ke penghakiman antarabangsa.
Apakah rahsia/muslihat disebalik penarikan semakan keputusan mahkamah ini?
:Author Faethal
Read Full 0 comments

Juruterbang Muda Israel Terbunuh

Tentera Israel dalam melakukan kerja-kerja mencari bangkai pesawat di tepi bukit Hebron, Semenanjung Barat, Sept. 13, 2009.

Jerusalem - Satu jet tempur F-16A Israel jatuh di Tebing Barat, Ahad petang, dan mengorbankan anak lelaki mendiang angkasawan Israel, Ilan Ramon, yang terbunuh dalam kemalangan pesawat antariksa Columbia 2003, kata Angkatan Darat Israel.

"Pesawat Israel terhempas semasa melakukan penerbangan rutin daripada lanjutan pelatihan juruterbang," kata Pasukan Pertahanan Israel (IDF), dalam satu pernyataan.

Pasukan pencarian dan pertolongan menemui bangkai jet tempur tersebut di kawasan bukit berdekatan kota Al-Khalil (Hebron), Tepi Barat Sungai Jordan.

Seorang saksi mengatakan kepada stesen TV tempatan Channel 10 bahwa satu payung terjun ditemui di antara serpihan pesawat, yang menunjukkan juruterbang, Assaf Ramon, telah berusaha melontarkan diri dari pesawat itu. Sebagaimana didalam prosedur penerbangan, jet tersebut tidak bersenjata, kata media setempat.

Masih belum jelas penyebab kepada kemalangan itu. Angkatan Darat Israel menyatakan satu unit penyelidikan telah dibentuk untuk mengkaji penyebab tersebut dan semua latihan terbang pesawat F-16 telah dibatalkan sehingga pemberitahuan kelak.

Assaf Ramon (21) adalah anak lelaki kepada Kolonel Ilan Ramon, satu-satunya angkasawan Israel sehingga hari ini, yang terkorban bersama enam lagi angkasawan lain ketika kapal angkasa yang mereka naiki, Columbia, meletup ketika memasuki ruang atmosfera pada 1 Februari 2003.

Berikutan kematian ayahnya, Assaf berikrar akan mengikuti jejak langkah ayahnya dan menjadi juruterbang bahkan astronot. Beliau menjadi pelatih yang paling unggul dalam pelajaran pelatihan militer bagi juruterbang, dan menerima Sayap Juruterbang dari Presiden Shimon Peres pada bulan Jun lalu.

Juruterbang muda tersebut dilaporkan selamat dalam kemalangan pesawat lain setengah tahun lalu, selama melakukan penerbangan latihan rutin.
Read Full 0 comments

Shimon Peres Keluar Hospital Selepas Pengsan

Kenderaan polis Israel di parkir luar Tal Hashomer Hospital, Tel Aviv, dimana Presiden Israel Shimon Peres diberikan rawatan.


JERUSALEM, 13 Sept. -- Presiden Israel President Shimon Peres keluar daripada sebuah hospital di Tel Aviv pada pagi Ahad selepas ditahan semalaman selepas tiba-tiba rebah dan pengsan dalam sebuah majlis di ibukota Israel, Tel Aviv, Sabtu (13/9/2009).

"Presiden telah keluar daripada Sheba Hospital dan dalam perjalanan pulang ke Jerusalem sekarang. Beliau dalam keadaan baik," kata jurucakap wanita di kediaman Presiden.

"Peres akan bertemu wakil US untuk perbincangan pelan damai di Timur Tengah bersamacGeorge Mitchell tengahari ini." tambah beliau.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks