Perkampungan Palestin kelihatan disebalik pembinaan rumah untuk Israel i Tebing Barat di Har Gilo, berhampiran Jerusalem September 7, 2009. Israel meluluskan pada Isnin lalu pembinaan 455 rumah untuk tanah yang dirampas di Tebing Barat.RAMALLAH, 8 -- Seorang pegawai Palestin telah mendedahkan pelan damai US telah memberi amaran bahawa pelan itu menafikan hak rakyat Palestin terutama berkaitan isu pelarian dan Jerusalem (BaitulMuqaddis).
Hassan Khraisha, Timbalan Speaker kedua Parlimen berkata, dia mendapat draf pelan itu yang menunjukkan pencerobohan tanah Palestin oleh Israel hingga 2011.
"This plan plays down the national Palestinian project and drops the Palestinian rights in two main issues: the refugees and Jerusalem," kata beliau.
Beliau berkata, pelan itu mencadangkan perumahan untuk pelarian Palestin yang tinggal di luar kawasan Palestin akan ditempatkan di suatu kawasan di Tebing Barat,bukannya menempatkan mereka balik ke tanah asal mereka yang sekarang di rampas Israel.
"Inilah yang dipanggil melancarkan dana antarabangsa untuk membantu pelarian" kata Khraisha lagi sambil tidak mahu mendedahkan bagaimana beliau memperolehi draf tersebut.
Untuk penempatan di Jerusalem, pelan itu menerima cadangan penempatan di beberapa kawasan di Timur Jerusalem, dimana memang menjadi kemahuan rakyat Palestin,tetapi ditempatkan sepenuhnya di bawah pengawasan Israel tanpa penglibatan sebarang kuasa Palestin dan meletakkan agama dan tempat suci Islam di bawah jagaan Arab and Islamic guardianship.
"Beberapa Diplomat Palestin menolak perbincangan ke atas pelan damai yang akan dibentangkan Presiden US Barrack Obama bulan ini" kata Khraisya, merujuk kenyataan Obama yang akan berucap sebelum Persidangan UN dimana menggariskan agenda isu damai antara Israel dan Palestin.