
Ingatkah lagi kita pada Mariam?.
Berita berkaitan beliau hangat pada penghujung tahun 2007.
Mariam Johari, wanita Melayu yang dilahirkan di Plentong, di sini tetapi menghabiskan lebih 60 tahun kehidupannya di Korea Selatan. Beliau akhirnya dipertemukan dengan 3 orang anaknya iaitu Ramlah Sonni, Jelani, dan Jamnah, yang terpisah dengan ibu mereka selama 64 tahun.
KBS yang tertarik dengan kisah Mariam yang meninggalkan Malaysia selepas Perang Dunia Kedua, menghantar penerbitnya ke Johor Bahru bagi menjejaki keluarganya. Atas bantuan akhbar kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), tiga anak Mariam berjaya ditemui.
Dan semalam beliau telah meninggal dunia....
Yang menyedihkan, wasiatnya agar dikebumikan dalam agama kristian....
Tanggungjawab siapakah semua ini?
:Author Faethal

KOTA TINGGI: "Saya terkilan mak buat wasiat hendak dikebumikan secara Kristian kerana kami langsung tidak tahu menahu mengenai wasiat itu," kata Jelani Sonni selepas mendapat tahu ibunya, Mariam Johari, 88, rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu, meninggal dunia, malam kelmarin.
Jelani, 72, berkata beliau mendapat tahu berita kematian ibunya di sebuah rumah kebajikan di Seoul daripada anak saudaranya, Ahmad Onn, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Katanya, beliau hanya tahu Mariam ada membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan, tetapi tidak tahu kandungannya.
Selanjutnya