Tentera laut Malaysia akan membeli lebih banyak kapal selam jika mempunyai dana yang mencukupi. Menteri Pertahanan Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika menghadiri upacara sambutan ketibaan kapal selam pertama Malaysia di pelabuhan Klang, Selangor semalam.
Beliau berkata, walaupun Malaysia mahu membeli lebih banyak kapal selam, rancangan itu akan diwujudkan dalam tempoh dari tahun 2035 hingga 2045 ketika rancangan pembangunan lima tahun ke-13 atau ke-14 dilaksanakan.
Menurut beliau, belanjawan pertahanan negara tahun 2010 akan dikurangkan, oleh itu pihaknya tidak merancang untuk membeli kapal selam pada masa terdekat ekoran krisis kewangan sejagat.
Sumber :
XinhuaKenapa kenyataan Ahmad Zahid Hamidi ini tidak dimasukkan dalam akhbar-akhbar utama?Adakah takut jika 'isu' komisyen ini akan dibahaskan lagi?Sudahlah 2 kapal selam ini membazirkan wang rakyat yang banyak, dimana DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat ketika membahaskan Peruntukan Jabatan Perdana Menteri 2009 pada tanggal 5hb November 2008, telah mengungkapkan antaranya pembaziran termasuklah pemberian komisyen besar berjumlah RM 510 juta kepada syarikat Perimekar.Jika lebih banyak kapal selam dibeli, tanpa pemantauan. Maka dikhuatiri maka akan lebih banyaklah wang rakyat akan dibazirkan ke atas 1-2 manusia..Semoga kerajaan korup BN akan tumbang pada PRU 13.:Author FaethalGambar sekitar upacara sambutan ketibaan kapal itu di Jeti KD Sultan Abdul Aziz semalam. (Xinhua)



