blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Adik Blogger Author Faethal Kemalangan

Tuesday, September 1, 2009



Selepas berbuka segelas air teh tarik,aku terima panggilan dari adik aku. Rupanya beliau kemalangan di Felda Melikai,Mersing. Doakan agar semuanya selamat. terima kasih kepada encik Zahar.
.
Read Full 2 comments

Injunksi Sidang Dun Perak 2 September 2009

YB Sivakumar


Satu injunksi telah difailkan oleh V.Sivakumar di Mahkamah Tinggi Ipoh pada jam 9.33 pagi ini untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato Dr Abdul Rahman dan agen-agen atau pekerjanya daripada menafikan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak daripada memasuki dan menggunakan Dewan Negeri pada 2 Sept 2009.

Permohonan untuk injunksi oleh V.sivakumar untuk mencegah sebarang salahguna kuasa atau pencerobohan daripada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Perak akan didengar oleh hakim dalam kamar pada jam 2.30pm hari ini.

Speaker Sah DUN Perak
Read Full 0 comments

Sudah 3 Tahun Rashid Maidin Meninggalkan Kita

Rashid Maidin atau Rashid Mydin
(10 Oktober 1917 - 1 September 2006)






Tarikh 1 September 2006 merupakan satu tarikh paling bersejarah dan akan diingati didalam sanubari para pendokong gerakan kemerdekaan Malaysia kerana pada tarikh itu, jam 9 pagi Tuan Haji Rashid Maidin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand (dirumah anak perempuannya).Tuan Haji Rashid Maidin meninggal dunia kerana sakit tua pada umur 89. Solat jenazah dan pengkebumian telah dilakukan selepas solat Jumaat.

Berikut adalah surat belasungkawa dari Abdullah C.D., Suriani Abdullah dan Abu Samah Moh. Kassim:

Sekalung Al Fatihah

1 September 2006 kita kehilangan seorang putera besar pejuang kemerdekaan bangsa dan tanah air Allahyarham Haji Rashid Maidin. Beliau pulang ke rahmatullah pada pukul 9.45 pagi dalam usia 89 tahun.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang. Pemergian Allahyarham telah meninggalkan suatu catatan sejarah besar bangsa Melayu dalam perjuangan anti-kolonial demi kemerdekaan bangsa dan tanah air. Seluruh jiwa raga beliau telah disumbangkan untuk usaha agung tersebut. Nama beliau sejajar dengan pahlawan terbilang bangsa kita seperti Datok Maharajelela dan Sagor di Perak, Datok Bahaman dan Mat Kilau di Pahang dan lain-lain. Sejarah sudah pasti akan mencatatkan bahawa kemerdekaan yang kita rayakan pada 31 Ogos semalam, diselit dengan pengorbanan beliau yang suci.

Kami menyeru kepada generasi baru supaya tidak lupa akan perjuangan dan pengorbanan Allahyarham Haji Rashid dalam perjuangan untuk kemerdekaan dan pembebasan tanah air.

Marilah kita menadah tangan berdoa ke hadrat Allah Taala memohon keampunan semoga roh Allahyarham diletakkan di golongan orang-orang yang dikasihi Allah.
Hj.Abdullah C.D.

Hjh. Suriani Abdullah

Hj. Abu Samah Mohd. Kassim
1.9.2006





Read Full 0 comments

Nelayan Palestin Cedera Di Bom Israel

Dalam kita meraikan hari kemerdekaan negara yang ke 52, saudara kita di Palestin masih lagi dizalimi oleh Yahudi Israel. Semalam nelayan-nelayan Palestin yang turun ke laut diserang oleh Israel walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Semoga sifat Yahudi Israel ini yang menyerang tanpa sebab ini tidak ada pada mana-mana pemerintah di Malaysia.
:Author Faethal
Anak-anak kapal bot nelayan Palestin menyelamatkan diri selepas bot mereka di bom Israel.


GAZA, 31 Ogos--Tentera laut Israel telah menyerang bot nelayan Palestin di perairan Gaza pada pagi Isnin semalam, telah mencederakan ramai nelayan menurut saksi kejadian. Serangan yang dilakukan itu daripada kubu Israel dengan menggunakan 'gunboat'.

Menteri Pertanian Hamas berkata, mujur kebakaran pada kebanyakan bot-bot nelayan agak terkawal, dan seluruh anak kapal berjaya keluar dan dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan.
Asap keluar daripada bot-bot nelayan Palestin di perairan Barat Gaza selepas diserang dari kubu Israel. Ogos. 31, 2009.(Mahmud Nassar)


Bagi bot-bot nelayan yang terbakar teruk, telah ditarik ke pelabuhan nelayan di Bandar Gaza.
Sebelum ini, Khamis lalu seorang nelayan Palestin juga telah terbunuh disebabkan serangan yang dilakukan daripada kapal tentera laut Israel di utara Gaza.

Israel tidak pernah melepaskan mana-mana bot nelayan Palestin untuk menangkap ikan & berlabuh lebih dari dua batu Nautikal (3.7 km) daripada perairan walaupun perjanjian yang termetrai antara Israel dengan Palestinian National Authority (PNA) menyatakan kawasan menangkap ikan bagi Palestin adalah sehingga sejauh 20 batu Nautikal.

Sumber : Xinhua
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks