
BAGHDAD – Wartawan Iraq yang dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush akan dibebaskan pada bulan hadapan kerana dilaporkan berkelakuan baik semasa dalam tahanan,kata peguam beliau semalam.

Muntadhar al-Zeidi yang menunjukkan tanda protes semasa lawatan Bush ke Iraq itu akan menyambut usia kelahiran 30 tahun itu menjadi HERO bagi dunia Arab, kerana menzahirkan kemarahan seluruh dunia Arab diatas pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003.

"Kasut Al-Zeidi merupakan hadiah paling sesuai untuk persaraan Bush di atas apa yang dilakukannya di Iraq.",Penggubal Undang-undang Sunni berkata,alu-aluannya menyambut berita kebebasan awal ini.
"Tindakan Al-Zeidi itu menggambarkan kehendak dan perasaan sebenar warga Iraq. Kemarahan beliau kepada Bush adalah kerana penderitaan yang ditanggung oleh seluruh warga Iraq" "
Wartawan itu ditahan sejak 14 Disember 2008, selepas kejadian membaling kasut itu terjadi semasa Bush mengadakan sidang akhbar bersama Perdana Menteri Nouri al-Maliki. Al-Zeidi dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun selepas mengaku tidak bersalah memalukan pemimpin asing itu. Bagaimanapun mahkamah mengurangkan hukuman kepada penjara 1 tahun kerana beliau tiada rekod jenayah.
Sumber : ABC News