blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ahli Parlimen BN Johor Masuk PKR ??

Saturday, August 29, 2009
Ada kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor pada siri lawatan DS Anwar Ibrahim ke Negeri Johor pada hujung awal bulan September ini. Tarikh program itu adalah seperti di bawah:
6/9/2009 - AHAD (10.00mlm)
Pidato Khas Ramadhan
N0.6,Pekan Parit Sulong,Batu Pahat,Johor.
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Dato' Chua Jui Meng
Sdr Hasmi Hashim


Ia disahkan lagi apabila salah seorang ahli UMNO turut menyatakan kebimbangan beliau terhadap 2 Ahli Parlimen bukan dari UMNO itu. Ini adalah antara senarai Ahli Parlimen MCA di Johor, siapakah yang dimaksudkan penulis?.


P140 Jementah MCA-Lee Hong Tee

P142 Labis MCA - Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
P144 Tangkak MCA - Goh Tee Tee
P148 Ayer Itam MCA - Wee Ka Siong
P149 Parit Yaani MCA - Ng See Tiong
P150 Penggaram MCA - Koh Chee Chai

P152 Kluang MCA - Hou Kok Chung



Baca kenyataan dalam blog ahli UMNO Johor ini.

"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN.

Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR?

Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah.

Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!"
: umnojohor.blogspot.com

Benarkah akan berlaku siri lompat-melompat di negeri Johor?
Selepas Dato' Chua Jui Meng, semestinya jika perkara ini berlaku ia akan memberikan tamparan yang hebat dalam kerajaan BN Johor. Sama-sama kita tunggu dan lihat..
:Author Faethal
Read Full 1 comments

KDN : Yang BOLEH dan TIDAK BOLEH

Ini adalah sebahagian majalah yang diberi PERMIT oleh KDN untuk terbitan. Ada yang permitnya diluluskan hingga ke hari ini. Ada yang permitnya terpaksa dirayu oleh NGO luar supaya permitnya ditarik.

Contohnya majalah 'Sensasi Lelaki' yang memaparkan gambar model berkemban dengan jalur gemilang. Persoalannya bagaimana gambar sebegini boleh terlepas perhatian KDN sehingga diterbitkan dan dibeli oleh orang ramai. Lebih mengaibkan gambar itu diterbitkan sempena sambutan hari kemerdekaan negara!.

Berlainan pula bagi majalah komik 'Gedung Kartun. Sebuah majalah berunsurkan satira politik. Walaupun sudah mendapat permit untuk terbitan tapi belum sempat berada dipasaran sudah dirampas. Operasi rampasan ini bukan sahaja sekadar di pejabat terbitan, malah berlanjutan hingga ke kilang percetakan.

Namun begitu senario ini mendapat menyebabkan Gedung Kartun mendapat publisiti percuma dari KDN sehingga Zunar sendiri dihubungi dan ditemuraha oleh media antarabangsa. Tahniah buat Zunar & konco-konconya!.
: Author Faethal


TIDAK BOLEH


Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 408 naskah majalah Gedung Kartun versi bahasa Malaysia di syarikat penerbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd pada Selasa lepas kerana tiada permit penerbitan.

Sebanyak 18 keping plat percetakan majalah itu dirampas di syarikat percetakannya K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang sehari selepas itu.Ekoran itu, Sepakat Efektif Sdn Bhd didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984 kerana mengedarkan majalah yang tiada permit, kata Ketua Komunikasi Korporat KDN Jamilah Taib menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Bernama, beliau berkata rampasan itu dilakukan setelah KDN menerima maklumat mengenai pengedaran majalah kartun itu yang diterbitkan secara berkala oleh syarikat penerbitan berkenaan yang beralamat di 153-1, Jalan Sultan Abdul Samad dekat Brickfields."Setelah diselidik, penerbitan majalah Gedung Kartun tidak mempunyai permit bahkan permit penerbitan yang ditunjukkan adalah palsu," beliau dipetik berkata.
:Malaysiakini


BOLEH

Majalah Mangga sebuah majalah yang telah lama bertahan di Malaysia. Setiap majalah mempunyai permit dan akan diperbaharui setiap tahun. Isi kandungan majalah akan dipantau oleh KDN dengan penghantaran keluaran majalah kepada KDN setiap bulan.
Gambar-gambar yang seksi merupakan salah satu untuk menarik minat pembeli. Ternyata cover yang seksi dengan isu -isu yang berunsurkan sex kontroversi akan membuat hasil jualan majalah bertambah. Lagi seksi dan seks lagi laku.Gambar cover majalah di atas memang seksi .Menggoda. Sesuai dengan konsep Mangga yang masam dan sesuai untuk ibu mengandung mengidam. Walaupun masam dimakan orang juga!!

BOLEH

Majalah Hai merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan. Majalah Hai mengkhusus dalam berita perkembangan dalam industri hiburan. Majalah Hai adalah keluaran penerbitan Utusan Karya Sdn Bhd.


BOLEH
Kimma minta KKDN bertindak
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) diminta mengharamkan penerbitan sebuah majalah tempatan `Sensasi Lelaki' yang menyiarkan gambar seorang model wanita membalut tubuhnya dengan Jalur Gemilang.

Setiausaha Agung Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma), Muhammad Ali Naina Mohamad berkata, penerbitan rencana bergambar memuatkan gambar-gambar disifatkan lucah dan erotik.

"Penyiaran aksi-aksi gambar seperti itu begitu mencemarkan sambutan Hari Kemerdekaan negara kali ini,'' katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas membuat aduan di Balai Polis Jalan Dang Wangi berikutan penerbitan sebuah majalah tempatan keluaran bulan ini menyiarkan pengakuan seorang model sambilan yang bertugas sebagai pramugari dikenali sebagai Aida Khurniah, 23, berasal dari Kuantan, Pahang dengan tajuk rencana `Nyalakan Api Patriotik- Aida'. Sumber - Utusan



Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks