blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PROGRAM AMAL IFTAR & TRIBUTE KHAS

Wednesday, August 26, 2009

PROGRAM AMAL IFTAR & TRIBUTE KHAS
ALLAHYARHAM USTAZ ASRI IBRAHIM
DI HOTEL SINGGAHSANA P. JAYA, SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1430H
Program AMAL IFTAR & TRIBUTE KHAS kepada allahyarham Ust Asri Ibrahim ini merupakan satu usaha amal murni gabungan semua pihak yang menjadi asas kepada rasa persaudaraan dan mahabbah yang tulus dan mulus. Ianya adalah satu program yang sekaligus menyatukan warga penggiat industri nasyid Negara. Seterusnya menjadi menifestasi kepada usaha amal jamaie sesama insan demi kebajikan dan kesejahteraan buat mereka yang ditinggalkan. Lebih lanjut..
Read Full 0 comments

Zulkifli vokalis menggantikan Ustaz Asri

Zulkifli Azman @ Zul

Pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim secara mengejut pada 14 Ogos lepas merupakan kehilangan besar kepada industri muzik, terutamanya irama nasyid tanah air.

Di kalangan rakan artis, beliau amat disenangi dan disayangi kerana sifatnya yang luhur budi pekerti - baik dari segi percakapan dan perlakuannya.

Pemergian Asri juga turut meninggalkan tanda tanya siapakah yang mampu menggantikan tempat arwah sebagai vokalis kumpulan Rabbani selepas ini.

Namun, persoalan itu terjawab apabila salah seorang anggota kumpulan itu, Azadan berkata, tugas arwah akan digantikan oleh seorang lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Zulkifli Azman atau Zul.

Menurut Azadan, mereka sudahpun mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk melantik Zul memikul tanggungjawab besar itu.

"Kami (Rabbani) sudah berbincang mengenai perkara itu dan telah bersetuju Zul akan mengantikan tempat arwah Ustaz Asri.

"Sebenarnya sehari sebelum Ustaz Asri meninggal dunia, beliau ada memberitahu yang Zul memang boleh menyanyi dan mampu mengantikanya.

"Dia mempunyai suara yang baik, cuma Zul ni seorang yang pemalu sikit," kata Azadan yang ditemui pada majlis tahlil arwah dan doa selamat sempena Ramadan yang diadakan di Sri Pentas, semalam (Khamis).

Rabbani akan meneruskan semua persembahan mereka yang telah dijadualkan antaranya ialah perasmian Bazar Ramadan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kampung Baru pada 1 Ramadan iaitu Sabtu ini dan persembahan di Hotel Singgahsana yang akan berlangsung dari 4 hingga 27 Ramadan.

Azadan juga menjelaskan dia pernah bertanya kepada ayah Asri apa sebenarnya menyebabkan arwah menjadi seorang yang cukup istimewa.

"Ayah Ustaz Asri ketika itu kata, ketika mak (Ustaz Asri) sedang mengandungkannya... mak arwah pernah mimpi bulan jatuh ke riba.

"Saya pun terus bertanya kepada ayah arwah apa maksud mimpi tersebut, beliau beritahu waktu itu kalau dirujuk dengan ustaz-ustaz di zaman beliau, itu memang suatu petanda yang baik," kata Azadan.

Bukan sahaja terkenal dengan sikap ceria dan tidak pernah bercakap dan berkelakuan kasar malah menurut Azadan lagi, Asri seorang yang bersikap pemurah.

"Ustaz Asri seorang yang pemurah dan suka belanja makan.

"Tidak pernah kami makan dengan dia dan bayar sendiri-sendiri. Memang Ustaz Asri yang akan bayar," kata ahli kumpulan Rabbani berusia 36 tahun itu.

Selain itu sepanjang bersama Asri dalam Rabbani, Azadan menjelaskan arwah seorang yang tidak pernah marah dan adalah sesuatu yang pelik seandainya perkara itu berlaku.

"Sejak kami mengenali beliau, Ustaz Asri memang tidak pernah menunjukkan perasaan marah terhadap kami.

"Kami akui memanglah kami mempunyai anggota yang ramai dan kalau ramai mesti banyak 'kepala', tetapi Ustaz Asri dapat mengatasi semua masalah itu kerana beliau menekankan ukhwah persahabatan.

"Sebelum nak buat apa-apa keputusan, dia akan pastikan di kalangan ahli rabbani tidak ada perselisihan.

"Siapa yang pernah kena marah dengan Ustaz Asri memang ajaiblah," katanya sambil tersenyum mengenangkan saat-saat manis mereka bersama.

Sumber : Mstar
Read Full 0 comments

ADUN Kulim ambil alih portfolio Mohd. Radzhi

Lim Soo Nee


ALOR SETAR 26 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee yang juga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipilih untuk menggantikan Mohd. Radzhi Salleh yang dilucutkan jawatan Exco kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan agar jawatan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah yang dipegang oleh Mohd. Radzhi dilucutkan.

Ia berikutan tindakan Mohd. Radzhi yang juga ADUN Lunas keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas, Isnin lalu.

Dalam pengumumannya di Kuala Lumpur, Mohd. Radzhi bagaimanapun tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri

Read Full 0 comments

PROMOSI : Langgan Gedung Kartun





Langgan terus Gedung Kartun ke Rumah Anda

Sila ke blog Zunar dan Konconya di http://koncozunar.blogspot.com/
(klik sini untuk borang langganan majalah Gedung Kartun).

Apa yang terjadi semalam adalah pelanggaran terhadap hak kebebasan menerbit cetak dan gangguan terhadap kebebasan bersuara dalam karya.

Gedung Kartun, satu karya bebas yang HEBAT!.
Syabas Zunar,
Teruskan Perjuangan!
:author faethal


Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks