blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PROMOSI:

Monday, August 24, 2009





Sinopsis The Tree
Tazkirah yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri oleh pemimpin rohanian yang paling berpengaruh di Malaysia, Nik Aziz tentang cara berniaga yang beretika menurut Islam.

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah turut menampilkan nama-nama terkemuka di Malaysia termasuklah pelakon, ahli muzik dan ahli politik yang dikenali ramai. Anda boleh anggapkan filem-filem ini sebagai filem ringkas funky yang dihasilkan oleh 15 suara hati rakyat Malaysia untuk orang Malaysia.

Sila masuk dan buat macam rumah sendiri.

Tontonilah filem-filem kami. Lihatlah gambar-gambar kami. Tinggalkan komen-komen anda. Paparkan filem-filem anda sendiri. Dapatkanlah cenderamata yang unik. Sertailah pertandingan kami. Bersahabatlah dengan kami. Sebarkanlah berita ini. Muat turunlah apa-apa yang anda mahu…

Kami tidak akan caj satu sen pun.Masuk Sini


Amir Muhammad telah menulis dan mengarah filem digital pertama beliau xpada tahun 2000 dan seterusnya menjadi antara pengamal pembikin filem bebas yang paling kontroversi di negara ini. Tidak seperti pembikin filem yang seangkatan dengannya, kebanyakan filem beliau adalah fiksyen-bebas dan memaparkan dengan jelas isu sosio politik yang dihadapi oleh semua bangsa Malaysia.


Filem beliau telah ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem Sundance yang berprestij dan Festival Filem Antarabangsa Berlin. Dua daripada filem beliau – ‘Apa Khabar Orang Kampung’ danThe Last Communist’- telah di larang untuk tayangan di Malaysia kerana kekontroversiannya. Tayangan penuh hasil kerja beliau ini telah dilayarkan di Festival Filem Pesaro, Itali pada tahun 2008. Amir juga merupakan penulis kolum termasyhur dalam pelbagai penerbitan termasuk The Malay Mail dan Off The Edge.


Akhir-akhir ini beliau telah memulakan syarikat penerbitan beliau sendiri, Matahari Books dan telah menerbitkan koleksi ungkapan ahli politik yang bersifat menyindir bertajuk ‘Malaysian Politicians Say The Darnest Things’ terhadap pernyataan yang kritikal dan popular.

Read Full 0 comments

Kenyataan PKR Kedah Berhubung Pengisytiharan Keluar Adun Lunas

YB HJ AHMAD BIN KASIM

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Negeri Kedah Darul Aman.


Pihak Parti Keadilan Rakyat menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.


Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan beliau yang tidak munasabah, dan maslah perkahwinannya kali keempat di Thailand yang kini sedang dalam proses di makamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namun beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah di gantung oleh MPP dan diambil oleh pengurusan dan pentadbiranya oleh pimpinan negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan di adakan nanti. Keputusan ini di buat pada mesyuarat MPP 26 Julai yang lalu.

Sehubungan dengan itu kepimpinan PKR Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Ustaz Azizan Bin Abd Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon perkenan KDYMM Tuanku Sultan kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.

Sekian,

(YB HJ AHMAD BIN KASIM)
Pengerusi,
Majlis Pimpinan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah Darul Aman

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks