blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bekas SU BN Pulau Pinang yang pecat Rohaizat dari Majlis Peguam

Friday, August 21, 2009
BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Umno diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat Ibrahim dari bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN. Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.

Khalid juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Barisan Basional Pulau Pinang sebelum ini. Ketika itulah dia pernah memangku jawatan Ketua Menteri. Mahfuz mendedahkan perkara ini dalam sidang medianya hari ini.

Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman


Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.
Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

Menurut Mahfuz, Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua menterinya.

Tun Dr. Lim Chong Eu

"Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya," kata Mahfuz.

Khalid juga, kata Mahfuz, adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.

"Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah," kata Mahfuz

Read Full 0 comments

H1N1 : Thailand FREE, UK FREE, Malaysia RM80 sekotak?



Govt hands out free flu drugs Across-the-board effort to fight H1N1 outbreak
Writer: APIRADEE TREERUTKUARKUL

Free flu drugs are being made available today at state and private clinics as part of the Public Health Ministry's latest effort to combat the spread of type-A (H1N1).

The ministry hopes the antiviral drug supply at clinics will solve problems of delayed treatment which can prove fatal in some severe flu cases.

Thirty-one clinics in Bangkok have been certified by the ministry to prescribe oseltamivir phosphate (the generic form of Tamiflu) to flu patients. More clinics in the capital and other provinces will be authorised this week if they meet requirements set by the ministry's guidelines on flu drug prescription.



U.K. Diagnosing H1N1, Dispensing Drugs Online
Friday, August 14, 2009
By Amy Kellogg

In the United Kingdom, there is no need to get a diagnosis from your doctor – you can get your possible H1N1 symptoms diagnosed online or via hotline, and then pick up your drugs at the nearest pharmacy.

The National Health Services is offering (antivirals) free of charge to anyone with suspected swine flu,” said Dr. Michael Thompson of Oxford University in London. “So there’s a fairly liberal policy of using these drugs. Other countries like the United States, Canada and Australia – they are using a much more targeted approach.”



Antiviral dijual RM80 di klinik, hospital swasta
Oleh Khairul Azran Hussin

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh mendapatkan ubat antiviral di klinik dan hospital swasta pada harga tidak melebihi RM80 sekotak di semua rangkaian klinik dan hospital swasta yang menyertai kempen Klinik Cegah dan Rawat Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata harga itu disifatkan sangat berpatutan berbanding sebelum ini yang dijual sehingga mencecah RM180.

Kata Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan?
Tapi ubat kena beli, terima kasih Kerajaan Malaysia.
Inilah langkah paling cekap daripada Kementerian Kesihatan.
Semoga rakyat di Permatang Pasir kuburkan BN di sana.
:author faethal
Read Full 2 comments

Sah! Pilihanraya lagi di N3 Kota Siputeh


N3 KOTA SIPUTEH (20,281)
M:91.69% C:7.46% I:0.08%
B/Sab: % B/Swk: % L:0.78%

1. Ismail Wan Teh (Pas)
2. Datuk Abu Hassan Sarif (BN)
Penyandang: Abu Hasan Sarif (BN)
Majoriti: 1,573 undi


ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mahu satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi Kota Siputeh kerana kerusi itu dianggapnya kosong ekoran kegagalan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hasan Sarif hadir sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

Abu Hasan yang menjadi wakil rakyat Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut didapati tidak hadir dua kali berturut-turut persidangan DUN pada 9 April dan 9 Ogos lalu tanpa kebenaran.

Menurutnya, berdasarkan artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, jika mana-mana ahli wakil rakyat tidak hadir dalam dewan dengan tiada kebenaran Speaker dua kali berturut-turut, tempatnya itu hendaklah dikosongkan.


Katanya, artikel itu jelas membuktikan Abu Hasan telah melanggar peraturan tersebut dan beliau tegas tiada ruang budi bicara dalam hal ini.

"Artikel itu menyebut 'hendaklah' kosong bukan menggunakan ungkapan 'boleh'. Ini bermakna mandatori tiada budi bicara, jika perkataan 'boleh' digunakan dalam artikel itu masih ada ruang pertimbangan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambah Abdul Isa, banyak persoalan timbul berhubung kegagalan wakil rakyat itu termasuk menyampaikan ketidakhadirannya kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Surat penjelasan dan permohonan maaf pula difaksimili pada 12 Ogos iaitu tiga hari selepas tamat sidang DUN yang berlangsung pada 9 Ogos sedangkan Abu Hasan mendapat cuti sakit selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Ogos.

"Pada 16 Ogos, Abu Hasan berjumpa saya dan menyerahkan sendiri surat rasmi tersebut di pejabat iaitu selepas empat hari surat itu difaksimili," katanya.

Mengenai dakwaan Abu Hasan ada pergi ke rumahnya tetapi beliau tiada di rumah, Abdul Isa memberitahu: "Jika tiada di rumah beliau boleh mencari saya di pejabat."

Beliau seterusnya menjelaskan, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri sudah dimaklumkan selama 21 hari sebelum persidangan dewan dan pada 9 Ogos lalu dua wakil rakyat tidak hadir iaitu Abu Hasan dan ADUN Sungai Tiang, Suraya Yaacob tetapi Suraya ada memaklumkan kepadanya.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks