blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sidang Media di Markas Induk

Thursday, August 20, 2009
YB mahfuz sedang menjawab isu-isu yang dimainkan oleh Umno-BN berhubung 3 perkara utama (akan diupdatekan kemudian) kepada wartawan Media dan wartawan.


Wartawan ramai menjangkakan bahawa rakan kongsi Rohaizat, saudara Yusri Ishak akan bersama di dalam sidang pada pagi ini di Markas Induk ? Jangkaan yg salah..dan tersasar, agenda pendedahan Yusri Isahak sebenarnya tidak didalangi oleh mana-mana pihak atau parti, tetapi lebih kepada tanggungjawab beliau untuk memulihkan nama baiknya dan keluarga beliau dari fitnah yg dilemparkan oleh Umno-BN berhubung isu panas sekarang.

Sumber : wak albanjari
Read Full 0 comments

Kenyataan Akhbar Yusri -TKO Rohaizat




Kenyataan Akhbar

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang bercadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan dan telah melantik firma guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut. Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan Lembaga Pengarah Koperasi tentang syarat-syarat perjanjian jual-beli.

Setelah semua dipersetujui, Yusri telah menyediakan perjanjian jual-beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, Koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual yang tinggal di Aceh, jual-beli tersebut telah tidak dapat disempurnakan.

Dalam pada itu, Koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangani satu cek berjumlah RM100,000 atas nama Koperasi dan diberikan kepada pihak Koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akaun firma.


Sementara itu seorang pelanggan kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual. Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang Koperasi kepada pelanggan untuk menyempurnakan jual-beli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah bercadang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut. Malangnya firma gagal menjual keseluruhan tanah sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian dari baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti dilaporkan oleh Utusan On-Line bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang Koperasi dibuat dengan pengetahuan dan penglihatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas. Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut. Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai ’Wira’mkerana telah membayar balik wang Koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajar telah menyelesaikan pembayaran pada 2001mlagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan. Sayugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu? Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September, 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi?

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunya apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual-beli tanah itu menggambarkan Rohaizat selaku ’Senior Partner’ di dalam firma tersebut tidak tahu apa-apa tentang urus tadbir pejabat. Apakah dakwaan Ahmad Maslan ini logik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya didakwa tidak diketahui? Tidak masuk akal langsung sebagai seorang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini saya dapat membersihkan diri saya dari dikambing hitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran sebagai peguambela dan peguamcara.

YUSRI ISAHAK
20 Ogos 2009
Read Full 0 comments

TERKINI LIVE DARI YAYASAN AMAN (SIDANG AKHBAR YUSRI). klik Refresh untuk update!

10.08pg : Yusri Ishak sedang membentangkan kes salahlaku pengurusan jual beli tanah koperasi..
Beliau (Yusri Ishak) sedang membentangkan kes salahlaku pengurusan jual beli tanah koperasi dan telah menandatangani cek..
Rohaizat berbincang untuk mengambil alih tanah..

10:13pg Rakan-rakan peguam Yusri sedang dalam proses mengambil tindakan undang2 kerana kes yg beliau dikambing hitamkan..
Yusri menafikan bahawa beliau melarikan dan pecah amanah terhadap kewangan syarikat ,ini kerana akaun diupdate setiap pagi dan sekiranya berlaku abnormal terhadap akaun, tentulah laporan polis akan dibuat ketika itu..

10:27pg Yusri tidak takut dgn pendedahan ini demi membersihkan nama beliau dari dikambing hitamkan...beliau juga bersedia utk berada diatas pentas terbuka untuk menyatakan apa yg sebenar berlaku..dan menidakkan fitnah tersebut

10:30pg salinan dokumen/surat dari koperasi dan semua yang terlibat,akan di publish di blog ini





Yusri dikelilingi SB


Yusri menerangkan dokumen sambil diperhatikan SB
10:34pg Berlaku gangguan sekarang. SB sudah merapat...
10:50pg Encik Yusri Ishak kini berada dalam keadaan selamat dan kini sedang berada di markas Induk PAS untuk sidang meda akhbar, yang akan turut berada disana ialah YB Mahfuz, DSAI dan lain-lain pimpinan
10:55pg Sidang LIVE ini akan berakhir pada jam 11 pagi..selepas ini beliau akan bersama media di Markas Induk pula..harap maklum !
Read Full 2 comments

H1N1 : Kematian seluruh dunia 1,799 orang, Asia Tenggara 106

GENEVA: Sejumlah 1,799 orang maut akibat wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) sejak virus baru itu dikesan April lalu, menurut angka terbaru dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam.

Angka yang dikeluarkan di laman web WHO itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 1,462 seminggu lalu.

Ghana, Tuvalu dan Zambia adalah tiga negara terbaru yang mengesahkan kes pertama H1N dan WHO berkata, pandemik H1N1 kini sudah menular kepada lebih 170 negara di dunia.


Jumlah kematian terbesar adalah di Utara dan Selatan benua Amerika iaitu 1,579 orang, diikuti Asia Tenggara (106) dan Eropah (53).

Mereka yang disahkan dijangkiti H1N1 di seluruh dunia kini berjumlah 182,166 orang.
Sumber : AFP
Read Full 0 comments

SIDANG AKHBAR YUSRI RAKAN KONGSI ROHAIZAT

Bekas rakan kongsi Rohaizat akan membuat kejutan pagi ini Nizar
SIDANG AKHBAR

TEMPAT : Yayasan Aman Penanti
TARIKH : Khamis 20 Ogos 2009-08-20
BILA : Jam 10.00 pagi



Yusri bekas rakan syarikat guaman Rohaizat calon Permatang Pasir akan menerangkan apakah sebenarnya kes lesapnya 161,000 ringgit duit Koperasi Getah.
Rakan guaman ini telah diberitakan sebgai orang yang bertanggung jawab diatas hilangnya duit sebanyak 161,000 ringgit ini.
Sama-sama kita nantikan!!:author faethal

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks