Langkah Terkini Tangani H1N1 di UK
Wednesday, August 19, 2009Dalam masa kerajaan menempah jumlah bilangan vaksin dengan jumlah yang lebih banyak bagi menampung jumlah keseluruhan populasi, golongan 'utama' yang mudah dijangkiti akan diberikan vaksin dengan menggunakan stok yang ada dalam simpanan.
Andy Burnham berkata, dos terawal vaksin ini akan diberikan kepada golongan 'utama' yang mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti H1N1 seperti :
* Penduduk yang berumur antara 6 bulan dan 65 tahun
* Ibu mengandung, bergantung kepada European Medicines Agency,yang akan menentukan sama ada vaksin diberikan semasa mengandung atau pada peringkat-peringkat tertentu semasa mengandung .
* Penduduk yang mempunyai daya tahan/imuniti diri yang rendah.
* People aged 65 and over in the current seasonal flu vaccine clinical at-risk groups
Menteri Kesihatan berkata, "Walaupun virus ini dibuktikan tidak merbahaya bagi kebanyakan penduduk, tetapi bagi sesetengah pihak ia sangat serious. Dengan memberikan vaksin kepada golongn berisiko tinggi ini,kita berusaha untuk melindungi mereka yang lemah kepada virus ini. Beliau juga mengesahkan kakitangan pihak kesihatan dan sukarelawan yang terlibat akan diberikan vaksin pada masa yang sama.
Sumber : www.nhs.uk
Apakah langkah kementerian kesihatan Malaysia?
Rakyat jangan panik..basuh tangan..pakai topeng..lagi??
Mana vaksin untuk rakyat/golongan berisiko tinggi?
Inikah dikatakan rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan?
:author faethal
Kapal Selam Altantuya Pertama Tiba 17 September
TELUK SEPANGGAR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, dijadualkan tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut II di sini, pada 17 September ini.
Ia disusuli sebuah lagi kapal selam, KD Tun Abdul Razak, yang dijangka tiba di pangkalan sama pada Mac atau April tahun depan.
Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, berkata pangkalan kapal selam itu siap sepenuhnya dan sudah diserahkan Kementerian Kerjaraya kepada Kementerian Pertahanan baru-baru ini bagi membolehkan operasi kapal berkenaan.
Lagi di sini
Akhirnya kapal selam yang 'popular' dari jenis Scorpene ini tiba juga di tanah air. Walaupun ikut kenyataan Najib ia sepatutnya tiba 25 Januari 2009 yang lalu. Selepas ini mungkin ada yang tidak tidur malam kerana terbayangkan atau dihantui seseorang. Kapal selam ini begitu unik. Kerana ada cerita di sebalik cerita. Semoga tentera marin yang menggunakan kapal selam ini kelak tidak akan 'diganggu' hendaknya.
Isu kapal selam - Altantuya - Komisen RM500 juta ini juga digazetkan di Parlimen.
Ini antara sedutan perbahasan antara TPM/Menteri Pertahanan masa itu Dato' Sri Najib Razak dengan ahli parlimen. Sama-sama hayati : author faethal
DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUABELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT PERTAMA
Bil. 10
Rabu 14 Mei 2008 (Gazet lengkap di sini)
4.30 ptg.
Menteri Pertahanan [Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi penjelasan mengenai kelewatan saya sedikit dalam Dewan ini, kerana saya sudah lama menunggu sebenarnya. Saya terpaksa keluar sekejap. Tidak usahlah besarkan
sangat perkara ini… [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pertahanan semasa membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya akan menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan.
Isu pertama yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene – dua buah dan pesawat pejuang Sukhoi – 18 buah. Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh ini, adalah tidak berasas sama sekali… [Tepuk] Di sini pihak Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan bahawa pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia, dibuat mengikut tatacara pelaksanaan kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan negara.
Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga. Setelah penilaian yang teliti dibuat, demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara, bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan. Saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini, bahawa kaedah perolehan kelengkapan ATM yang dibangkitkan, telah dilaksanakan mengikut tatacara perolehan kerajaan.
Sehubungan dengan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa Syarikat Premica Sdn. Bhd. menerima komisen Euro114.96 juta atau RM530 juta berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene. Kementerian Pertahanan menegaskan, bahawa kerajaan tidak ada dan tidak pernah membayar sebarang komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung, kepada syarikat berkenaan…
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Perolehan kapal selam tersebut... Boleh saya habiskan? Kemudian saya bagi. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan, dengan syarikat pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masingmasing. Kontrak perolehan kapal selam ini telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS Perancis dan Syarikat Navatia Sepanyol selaku pembekal kapal selam dan Premica Sdn. Bhd. sebagai project service provider, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Nilai kontrak ini ialah kesemuanya Euro1.84 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama, antara Kerajaan Malaysia dan Syarikat DCNS Perancis dan Navatia Sepanyol merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene Package Integrated Logistic Support dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah Euro999.15 juta.
Bahagian kedua, antara Kerajaan Malaysia dengan Premica Sdn. Bhd. merangkumiperkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal selam TLDM di Shcherbugh, Perancis dan Catagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brass,
Perancis. Nilai bahagian ini ialah Euro114.96 juta.
Kerajaan tidak membuat sebarang rundingan pembelian dengan Syarikat Premica
Sdn. Bhd. Syarikat Premica Sdn. Bhd. yang didakwa terlibat dalam pembelian dan menerima
komisen sebenarnya diberi kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan atau service
provider dan koordinasi untuk tempoh enam tahun.
Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan, manakala perbelanjaan di luar jangka atau cost overrun dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun, serta melibatkan bilangan seramai 213 anggota yang terdiri daripada pegawai dan pelatih. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak Euro114.96 juta yang dibayar secara berperingkat mengikut kemajuan projek kapal selam. Sehingga kini sebanyak Euro95.54 juta atau 83.11% telah dibayar kepada syarikat tersebut.
Untuk makluman, kapal selam pertama iaitu KD Tuanku Abdul Rahman telah siap dibina dan sedang menjalani ujian laut ataupun supply sea internal trial, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kapal selam pertama ini perlu menjalani beberapa lagi ujian sebelum ianya diserahkan kepada TLDM, dijangka pada 25 Januari 2009. Dari segi peratus pembinaan kapal selam ini telah mencapai 88.4%, manakala kapal selam kedua telah dipasang dengan semua peralatan dan sistem. Kini pembekal sedang giat membuat ujian ataupun harbor acceptance trial dan integrasi sistem.
Dari segi peratus pembinaan, kapal selam ini telah mencapai 81%. Ianya akan diserahkan kepada TLDM pada 25 Oktober 2009. Syarikat Premica Sdn. Bhd. adalah dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau LTAT Boustead Holdings Berhad dan KS Ombak Laut Sdn. Bhd. Perkhidmatan sokongan dan koordinasi yang disediakan adalah seperti berikut:
Skop kerja perkhidmatan sokongan:
(i) menyediakan kemudahan kediaman berserta kelengkapan untuk team project bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun;
(ii) menyediakan pejabat urusan dan kediaman berserta kelengkapan bagi krew kapal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggaraan pangkalan untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol;
(iii) menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga team project dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol;
(iv) membayar elaun-elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak Euro50 sehari untuk tiga tahun pertama dan Euro60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua;
(v) membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia bagi setiap empat bulan atau tiga kali setahun; dan
(vi) lain-lain keperluan team project dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.
Bagi skop kerja perkhidmatan koordinasi pula bertanggungjawab:
(i) memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set;
(ii) membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung pelaksanaan kontrak;
(iii) menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan; dan
(iv) menyediakan laporan koordinasi setiap bulan.
Tuan Yang di-Pertua: Sila.
Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pertahanan. Nampak gayanya macam semuanya... , pembelian kapal selam Scorpene ini yang berharga begitu mahal boleh diberi jawapan seperti mana yang telah diberikan, tetapi saya ingin penjelasan daripada Yang Amat Berhormat mengenai pembelian tiga buah kapal selam ini kalau dibandingkan menurut sumber majalah pertahanan antarabangsa James Defence Weekly, Perancis telah menjual kapal ini kepada Chile, India dan Malaysia dengan harga yang berbeza.
Chile pada kontrak tahun 1997 membeli dua buah dengan harga USD250 juta sebuah berbanding dengan India kontrak tahun 2005 membeli enam buah dengan harga USD540 juta sebuah. Malaysia kontrak pada tahun 2002 membeli dua buah kapal selam ini dengan harga RM580 juta sebuah.
Mengenai penjualan Scorpene kepada India menurut satu rencana James Defence Weekly terbitan 17 Ogos 2007, harga USD540 juta ini ditawarkan kepada India termasuk penalty fee. Kemudiannya menurut James Navy International edisi 23 September 2007, Perancis bersetuju membatalkan penalty fee tersebut. Maka dengan itu harga sebuah kapal selam Scorpene yang dijual kepada India sebenarnya ialah hanya USD400 juta sebuah.
Manakala menurut kontrak penjualan kapal selam tersebut dengan Malaysia... [Bercakap dengan nada perlahan] ...Gemilang dan terbilang. Perancis menjual dua buah kapal selamtersebut Scorpene dengan harga USD580 juta sebuah dengan pakej yang hanya menawarkan program latihan yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri dengan menggunakan kapal selam jenis Agosta 70 secara percuma kepada kelasi-kelasi TLDM.
Apakah yang telah disebutkan tadi itu termasuk juga tetapi ini dikatakan percuma. Amat nyata bahawa terdapat tawaran harga yang berbeza antara Malaysia, Chile dan India. Saya ingin penjelasan mengapakah kita harus membayar harga sebuah kapal selam Scorpene dengan kadar harga yang lebih tinggi. Apakah keistimewaannya? What we are paying for, apakah yang kita bayar? Ini duit rakyat.
Berbanding Chile kita terpaksa membayar melebihi dua kali ganda iaitu melebihi UDS230 juta. Bagi dua buah kapal selam Scorpene kita membayar melebihi USD460 juta.
Manakala berbanding dengan India yang menjalinkan kontrak tiga tahun kemudian, kalau
dikatakan dulu Chile beli pada tahun 1997 dan kita beli pada tahun 2002, tetapi India yang
beli pada tahun 2005, kita masih membayar melebihi USD180 juta bagi sebuah kapal selam
Scorpene.
Dengan demikian kita terpaksa membayar melebihi USD360 juta berbanding dengan
India. Tidakkah ini petanda bahawa terdapat hanky panky, dengan izin dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene yang memerlukan penyiasatan rapi menerusi penubuhan satu suruhanjaya bebas?
Saya hendak bertanya juga, tidak termasuk dalam apa Yang Amat Berhormat Menteri telah mengatakan mana-mana kapal selam adalah memerlukan maintenance. Apakah maintenance ini termasuk dalam package ataupun mesti ditawarkan kepada company, syarikat-syarikat lain untuk menjaga maintenance ini. Terima kasih.
Hot Blog
-
[VIDEO] Anwar: Hakikatnya Pakatan Rakyat Telah Menang PRU13! - R*ibuan membanjiri perhimpunan Black 505, SPR digesa letak jawatan* Ribuan rakyat berpakaian hitam memenuhi Padang Timur berhadapan Amcorp Mall menyokong ...33 minutes ago
-
Cyber Troopers Pakatan Rakyat Berpendidikan Tinggi - Zahid Hamidi - BAGAN DATOH- Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ser...53 minutes ago
-
Fakta PRU 13: 3.5 juta melayu tidak mengundi UMNO - kemaskini oleh: pen buruk online ™ Umno bukan lagi suara untuk majoriti Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam pilihan raya um...1 hour ago
-
TERKINI !... BERITA BAIK DARI RAFIZI RAMLI... KEMUNGKINAN BERSIH 4.0 AKAN DIADAKAN ! - Ada BERITA BAIK dari Ahli Parlimen PANDAN Yb Rafizi Ramli yang mana beliau MEMBAYANGKAN dalam Ucapan beliau pada Pehimpunan SUARARAKYAT505... antara nya b...1 hour ago
-
Ustaz Azhar Idrus (UAI) Kahwin seorang lagi... Selamat pengantin baru dan Tahniah diucapkan.. - Ni tak ada kena mengena dengan politik.. tapi kalau korang nak politikkan pun ikut suka korangla.. Kira-kira dua jam yang lalu Admin PemudaGombak.Com tel...1 hour ago
-
Wanita akhir zaman "Nikahilah aku, nikahilah aku!" - Keadaan semakin dekat dengan hari kiamat kelak dengan banyaknya fitnah, peperangan, pembunuhan dan timbangan berkurang. Maksud dari timbangan berkurang ...2 hours ago
-
Berhentilah Dari Berlakun, PRU13 Sudah Tamat Dan Najib Gagal! - Anwar juga gagal.... *Operasi Selamatkan Ajibgor *— Mohd Ariff Sabri 26 MEI — Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan dirinya. I...3 hours ago
-
APA NAK JADI DENGAN PESERTA PERHIMPUNAN AMAN BLACKOUT 505, SEORANG PUN TIDAK TERFIKIR UNTUK TUNAIKAN SOLAT FARDHU.... - [image: http://1.bp.blogspot.com/-kq0kjs2x9yw/UaCsbaf6oUI/AAAAAAAAzpQ/BUPrdrm18x4/s1600/19_1364127214.jpg] SUMBER: RAKAN2 FB4 hours ago
-
GLC oh GLC! - Ah sudah! Apasal Anwar keluar kenyataan pimpinan PKR tak boleh sertai GLC? Habislah halatuju GLC tersasar....tak ruggedlah Anwar niii...ini bukan zaman Khal...6 hours ago
-
Budak2 Kepala Wenggggg... (Ambil Iktibar) - Tak la hebat mana pun.... Paduka Ayahanda nih.... hahahaha...!!!! *Citer lanjut klik sini.* Gua ingatkan dengan gelaran bagus2 macam tu... kira power gi...7 hours ago
-
Najib dan Anwar Berlindung di Sebalik Jusof Kala? - WACANA MINDA *Mungkin* kalau tidak ada himpunan Blackout505 kita tidak m...8 hours ago
-
Anwar salahkan BN sebagai punca perjanjian damai dengan Najib berkecai - Datuk Seri Anwar berucap semasa Kongres ke-9 PKR, 25 Mei 2013. — Gambar oleh Saw Siow FengPETALING JAYA, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menudu...10 hours ago
-
[BACA NI] Korang Ingat PAS Ini Macam Tuuuutuuut !!! - *"PAS kayu! PAS bodoh! PAS jumud! PAS tak releven! PAS purba! PAS khianat! PAS lembap! Ulama' PAS tak betul! Singkir pimpinan ulama' PAS!" * Mungkin inil...15 hours ago
-
Hot : SPR Kantoi Menipu!!! - Makkk aiiii Aku mampos2 ingat gambar tue palsu. Pasal takde sesiapa sudi tampil jadi saksi kejadian di facebook. Di tambah pula ada page umno mana tah dok se...16 hours ago
-
Gempaq!! MIC akan keluar dari Kabinet - *MIC akan keluar daripada kabinet sekiranya…...* *KUALA LUMPUR, 25 Mei : Parti Malaysian India Congress ataupun MIC dikatakan telah membuat satu keputusan d...20 hours ago
-
Lagi Rezeki dalam Semak - Minggu ini cucu-cucu tak datang. Jadi, saya dan isteri berihat di kebun. Semasa meninjau semak-semak di sekitar SantaiD'Rimba terjumpa lagi beberapa pokok k...20 hours ago
-
Himpunan 505 di Dataran PJ (Timeline, video dan gambar) - Harap-harap takdak watercanon dan pasukan penembak gas pemedih mata tak beraksi kali ni. Kalau ada memang aku menyesal tak hadir sama program kali ni. Aku...20 hours ago
-
SOS! KELUARGA BAKAL MEREMPAT DI KOTA DAMANSARA (6 HARI LAGI) - "Encik Mazidul, saya hendak minta tolong. Sebelum ini, saya bekerja sebagai pemandu teksi tetapi kebelakangan ini, penyakit kencing manis dan darah ...1 day ago
-
Himpunan SuaraRakyat505 Dapat Sokongan Semua - Hadirlah Tanpa Ragu - Kenyataan Media Gabungan "Suara Rakyat 505" 24 Mei 2013 | 5.00 pm *HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA - HADIRLAH TANPA RAGU* 24 jam menghamp...1 day ago
-
HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA – HADIRLAH TANPA RAGU - Kenyataan Media Gabungan “Suara Rakyat 505″ 24 Mei 2013 | 5.00 pm HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA – HADIRLAH TANPA RAGU 24 jam menghampiri...1 day ago
-
HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA – HADIRLAH TANPA RAGU - Kenyataan Media Gabungan “Suara Rakyat 505″ 24 Mei 2013 | 5.00 pm HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA – HADIRLAH TANPA RAGU 24 jam menghampiri...2 days ago
-
WAHAI ZAHID, MENIPU PILIHANRAYA JAUH LEBIH TIDAK DEMOKRATIK - Kenyataan Terbuka 21 Mei 2013 *WAHAI ZAHID, MENIPU PILIHANRAYA JAUH LEBIH TIDAK DEMOKRATIK* Merujuk kenyataan Zahid dalam portal Malaysiakini semalam, kon...2 days ago
-
Zahid Tunjuk Belang, Adakah 'Ops Baju Hitam' Akan Berlaku Untuk Menguji Akta LLPK (Sosma).....!!!!!! - Tiga organ parti dalam Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjalankan operasi merampas naskhah akhb...2 days ago
-
Haris Ibrahim, Tian Chua, Tamrin Ghafar Ditahan - 13 Rejab 1434H, SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis. Turut ditahan ...3 days ago
-
GST: Kerajaan Najib tamatkan tempoh berpantang mereka. - Nampaknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang mereka dengan cara menggasak rakyat dengan cukai GST yang bakal diper...3 days ago
-
Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya... - Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah. ~ ap...3 days ago
-
Nah ambil kau nak sangat: Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000 berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. - Gaji Menteri, Adun Sarawak Naik Tiga Kali Ganda *KUCHING:* Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan...4 days ago
-
Sering Marah Meningkatkan Risiko Serangan Jantung - LEDAKAN kemarahan yang keterlaluan meningkatkan risiko seseorang terkena serangan jantung. Semakin kuat kemarahan, semakin besar risiko infark miokard akut...6 days ago
-
BANYAK KOMPONEN BN TIDAK PUAS HATI LANTIKAN KABINET NAJIB - KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pel...1 week ago
-
LIVE NOW !! "Suara Rakyat Suara keramat" terus dari IPOH, Perak ! - Liputan 'livestream' yang baik, tiada sangkut-sangkut, line smooth plak malam ni...terima kasih livestream, jelas dan terang liputan kali ini dari Ipoh, Pe...1 week ago
-
TERKINI!! DEMO 10,000 RAKYAT KELANTAN DI SUK ESOK!! - Bantahan Perlantikan TMB & EXCO Yang Tidak Mengikut Prosidur. *Selamatkan Kelantan Dari Anasir Yang Gila Kuasa!* *Tarikh : 08 Mei 2013**Pukul : 9.00 pagi...2 weeks ago
-
LAGU-LAGU TEMA SEMPENA "GE 13" - 5 MAY 2013 - *Baik apa pun keputusan PRU 13 ni.......jom .....LAYAN LAGU-LAGU NI!!!!* * * *M NASIR - DI JALAN SESAT* *M NASIR - MANTERA BERADU* *M NASIR - PERANG YANG ...2 weeks ago
-
SELAMAT HARI PEKERJA ANTARABANGSA 1 MEI - KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com3 weeks ago
-
Jambatan Kandek-Biak : Bayaran Pampasan Tanah - *Penulis bersama pekerja ukur semasa mereka menjalankan kerja-kerja ukur untuk projek Jambatan Kandek-Biak.* Apa sudah jadi dengan projek pembinaan jambata...2 months ago
-
ANTARA 'TANDA PUTERA' & 'RUMAH KECIL ITU' - 1. Filem '*TANDA PUTERA*' karya Suhaimi Baba tentang peristiwa 13 mei yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September 2012 sudah beberapa kali di tunda oleh...2 months ago
-
UNDANG-UNDANG NEGARA UMNO DIKAWAL UMNO 100%...INI BUKAN DEMOKRASI TAPI AUTARKRASI.... - KUALA LUMPUR 14 MAC: Pasukan peguam Tian Chua akan memfailkan pembatalan tuduhan di bawah Akta Hasutan ke atas Naib Presiden KEADILAN itu. N Surendran be...2 months ago
-
Jika Tak Benarkan Nurul Izzah Bercakap, Mahasiswa Akan Mengamuk.. - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberi sambutan wira di forum Universiti Malaya semalam selepas beliau digugurkan daripada bercakap di majli...3 months ago
-
Transit Radioaktif Bukit Merah Di Manjung Masih Beroperasi - Awal Februari 2013 aktivis *Persatuan Aktivis Sahabat Alam Perak (KUASA)*menerima aduan perihal pemindahan sisa bahan radioaktif dari Bukit Merah, Ipoh ke s...3 months ago
-
Tendang Anak Lelakinya Kerana Lambat Berjalan - Tak ada akai punya bapak. Ada ke patut sebab yang tak relevan dia boleh memperlakukan anaknya sebegitu. Emaknya pun 2 x 5 bodohnya… dahlah budak tu sakit k...3 months ago
-
SIRI AKHIR KEMBARA MEMALI (Menggali kebenaran yang tertimbus) -Bertemu Ustaz Harun Bin Mat Isa. (Mangsa yang ditembak dan kini mengajar di Yayasan Qariah, Kupang) - Pagi itu, selepas subuh kami sekeluarga meninggalkan Sik. Bertemu Ustaz Fakhrulrazi di kedai sarapan berdekatan Petronas Parit Panjang. Sara...4 months ago
-
DSAI TABIK BAWANI - KUALA LUMPUR 15 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang men...4 months ago
-
-
PANAS : WAJARKAH DISTRUKTURKAN KEMBALI SIDANG PENGARANG HARAKAH ?? - * **OLEH : DR AHMAD MUSA* Muktamar PAS ke 58 telah melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang menjadi kenangan dan renungan untuk pimpinan, perwakilan, ahl...5 months ago
-
How to get "license key" Windows 8 for UTM students! - Greetings to all visitor of software4dummies,, i will show you the ways on how to get a "license key" Windows 8 for students UTM (Universiti Teknologi Mala...6 months ago
-
Sekitar Demo Anti Filem Hina Nabi di Masjid Tmn Perling Johor Bahru - ** *Kredit Gambar dari * http://www.nusajayakini.com/8 months ago
-
Sudahkan Anda Mempunyai Akaun LinkedIn? - LinkedIn merupakan satu lagi media sosial penting masa kini yang mana digunakan untuk meluaskan rangkaian terutama untuk mencari pekerjaan atau untu...8 months ago
-
(WTS) Canon EOS 60d + 18-135mm IS lense (RM3k for both) - *Item(s):*Canon EOS 60d body + Canon 18-135mm IS lense *Package includes:*All standard accessories like you buy new: * For the body you will get: The body i...10 months ago
-
Mencuri kerana lapar, sultan menteri tahu ke ada rakyat macam neh? - Bila mencuri ditangkap kantoi macam2 alasan diberi untuk lepaskan diri beb, itu biasa protect diri. masih muda takkan tak larat keja oit cari rejeki hala...11 months ago
-
Dr Asri Dapat Dato' - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah antara 316 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis Tuanku Sy...1 year ago
-
Krisis Nizar-Zambry. Apa peranan Ku Li? - Bagi Zambry.. V is for Vale. Tapi bagi Nizar..V is for Vendetta. Isu Vale akan terus menghantui kedua-dua mereka.1 year ago
-
BLOG INI AKAN BEROPERASI TIDAK LAMA LAGI - BUAT MASA INI, BOLEH MELAYARI DI : http://www.anakmudamalaysia.com/ http://chegubard.blogspot.com/1 year ago
-
SAMM @ Jalan Sayang : Forum Bersekutu Mendesak Perubahan - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersembahkan sebuah forum bertajuk *“Bersekutu Mendesak Perubahan”*. Sebuah forum kemuncak bagi tahun 2011, men...1 year ago
-
Carilah Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir - عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْم...1 year ago
-
Tazkirah Ramadhan - Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Pada 2 Sept 2010 : Sempena penyampaian sumbangan idul Fitri kepada 700 orang anak yatim.2 years ago
-
-
Dua Adun PR ke SPRM Esok, SPRM Sekali Lagi Diperkuda - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekali lagi diperkuda Umno-BN untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Esok, Adun Sri Muda Shuhaimi S...2 years ago
-
WARIS RIMBA TERCINTA - (1) Berlari di lereng bukit ghairah mengejar rerama kita terasa amat bersemangat dan sihat bertenaga; unggas yang tiba-tiba melintas atas kepala kita tahu ...2 years ago
-
JEMPUTAN KE PELANCARAN PERAK DARUL KARTUN - klik peta untuk imej besar Dengan segala hormat kami menjemput anda untuk menghadiri majlis pelancaran Perak Darul Kartun. Tempat Pelancaran:* Pusat Khi...3 years ago
-
alam melukiskan - maghrib dah. aku masih disini menaip beberapa rangkap luahan di sudut kecil kepunyaan aku ni. khamis harini. bekerja seperti biasa. malam semalam ke panggu...3 years ago

