blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ust Asri Rabbani meninggal dunia

Thursday, August 13, 2009
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Sedihnya..
Minggu ni ramai tokoh yang aku minati meninggalkan kita.. :author faethal


Al-Fatehah!
Read Full 0 comments

Belasungkawa : Pak Dharma

Al-Fatihah (الفاتحة)...

BUDAYAWAN TIADA PENGGANTI
PAK DHARMA KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pada pukul 1.45am keadaan Abdul Muluk Daud ataupun lebih dikenali sebagai Pak Dharma sudah bertambah tenat apabila tekanan darah Pak Dharma mula menurun. Ketika itu isteri dan waris-waris Pak Dharma sudah menunggu di wad CCU. Setelah bertarung nyawa beberapa jam, Pak Dharma telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 8.41am pada hari Rabu (12 Ogos 2009).

Allahyarham Pak Dharma seorang budayawan dan sasterawan Melayu yang menulis pelbagai genre termasuk novel, cerpen, puisi,rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003. Pak Dharma juga merupakan pengendali blog PRIMA begitu mementingkan Bahasa Melayu sehingga setiap perjuangan yang dilakukan oleh beliau direalisasikan dengan aktiviti-aktiviti bacaan puisi dan sebagainya.

Jenazah Pak Dharma telah dibawa ke kediamannya di Taman Sri Gombak untuk diberi penghormatan terakhir dan kemudian dibawa ke masjid Al-Khiriyah untuk dimandikan dan dikafankan. Tepat pukul 2.15pm jenazah Allahyarham dibawa ke kampung halamannya di Kg Bachang Mantin, Petaling, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dimana jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah wakaf perkuburan Triang, bersebelahan dengan makam anakanda Allahyarham iaitu Allahyarham Ikram Hafiz.

Disini isteri dan waris-waris Allahyarham Pak Dharma ingin menjemput sahabat-sahabat Allahyarham untuk menghadiri kenduri tahlil selama dua hari pada 13 Ogos 2009 (Khamis) dan 14 Ogos 2009 (Jumaat) selepas solat Isyak di kediaman Allahyarham, No 24 Jln SG 9/1 Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Dahulu kehilangan permata hati, kini kehilangan permata kalbu. Semoga roh Allahyarham Pak Dharma dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Amin.

-Waris Pak Dharma
Read Full 0 comments

Dharmala NS meninggal dunia.

Saya pernah posting berkaitan tahap kesihatan Pak Dharmala NS sebelum ini. Namun Allah lebih menyayangi beliau.Al-fatihah untuk arwah Pak Dharmala NS. Pak Dharmala NS banyak menyindir kerajaan UMNO berkenaan ISA dalam penulisannya.
:author faethal

SEREMBAN: Sasterawan dan budayawan Dharmala N.S. atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor, kira-kira 8.45 pagi ini (semalam) akibat sakit jantung.

Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak empat lelaki dan dua perempuan, berusia antara 16 hingga 31 tahun.

Isteri Allahyarham, Adiah Matlana, 54, berkata suaminya diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas.


"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama. Abdul Muluk juga merupakan pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (PRIMA).

Adiah berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung asal Allahyarham di Kampung Bachang Mantin, Petaling, Jelebu, selepas solat Asar.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.

Antara novel beliau ialah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, antara cerpennya bertajuk Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara 11 (antologi bersama), Sayembara 111, manakala antara drama tv bertajuk Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah. BERNAMA
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks