Mangsa tahanan tak dibicara:
Kezaliman British dan pimpinan bangsa
Pak SakoCuti semestar di USM sekitar September 1976, saya tak balik ke Negeri Sembilan tetapi singgah menemui Pak Sako di Utusan Melayu. Disebabkan beliau bukan kakitangan di syarikat akhbar berkenaan tetapi sekadar 'resident writer', beliau terus mengajak ke gerai di seberang jalan bangunan pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin.
Tugas beliau sekadar menyediakan pojok 'Pak Pandir Moden' di Utusan Malaysia (13 paragraf saja) dan 'Hantu Raya' di Utusan Melayu' (juga 13 paragraf) untuk keluaran hari Isnin. Memang Pak Sako tak benarkan saya balik ke Negeri Sembilan kerana meminta temankan beliau berceramah di Universiti Malaya sebelah malamnya.
Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad,
Yang di-Pertuan Agong Pertama
Ustaz Rauf ditahan di Tanjung Bidara, Melaka sebelum dipindahkan ke Muar kerana aktif dalam Hisbul Muslimim pimpinan Utaz Abu Bakar al-Baqir, bukanlah pertubuhan militan.
Sebaliknya British mengharamkan semua pertubuhan politik pada 1948, dengan membenarkan UMNO menjadi pertubuhan politik tunggal bergerak bebas sebebas-bebasnya
(kalau tak faham, tak tahulah!!).
Ustaz Rauf pula tak banyak mengobrol bagi mengimbau kehidupan di dalam tahanan, tetapi lebih seronok menyentuh kerjaya bersama isterinya Cikgu Saadiah membangunkan kedai jahit dan tekat menekat di Kampung Baru ketika itu.
(Mereka semua sudah meninggal dunia, al-Fatehah).
Sumber : abdulmulukdaud.blogspot.com