blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Khabar SN Shahnon Ahmad

Saturday, August 8, 2009
"Pagi ini saya sempat bercakap dengan saudara Asrul (anakanda Dato Shahnon Ahmad) bahawa SN Dato Shahnon Ahmad sedang berada di unit rawatan rapi HUKM. Marilah kita mendoakan kesihatan cikgu supaya beliau segera sembuh. Saya difahamkan bahawa cikgu kini sedang dirawat dan tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali keluarga terdekat."
-Faisal Tehrani


Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @ PukiMak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi. Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.



Beberapa novel lain karangan Shahnon termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil 'Rice People' arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).
Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau bertanding di kerusi parlimen Sik (P.13) dan menang. Beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 yang menyaksikan PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks