Dataran Merdeka?
11:40 Gas pemedih mata ditembak di Dataran Merdeka. Namun demikian, dilaporkan tiada orang awam berhimpun di situ. Ini menyebabkan beberapa anggota polis terpaksa melarikan diri sambil menutup hidung....HAHAHAHA
03:00 DS Nizar Jamaluddin ada di Dataran Merdeka menurut Mkini.
04:14 Perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara dilihat sudah mengambil jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Sultan Ismail, bukan lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menjadi medan untuak anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.
03:22 Di Dayabumi, kumpulan penunjuk perasaan bergabung semula dan memenuhi keseluruhan jalan raya.
03:31 Water cannon dan gas pemedih mata ditembak ke arah 20,000 demonstran sepanjang Jalan Kinabalu
Sogo
12:10 Seorang protester ber T-shirt merah ditangkap berhampiran SOGO.Ini menjadikan ada 2 tahanan di dalam trak polis.
11:46 Gas pemedih mata yang dilepaskan menyebabkan orang ramai mengelak daripada berada di Jln utama.
11:44 Gas pemedih mata dilepaskan!! Daripada Jln TAR di antara Dataran and jalan utama ke SOGO.
01.20 Tiga lelaki berpakaian T-Shirt anti-ISA dan seorang perempuan di sekitar SOGO. Jalan ke Jln TAR ditutup. Lebih ramai yang berkumpul, kira-kira 1000.
02.20 Gas pemedih mata telah ditembak!, tetapi tiada asap. Kumpulan penunjuk perasaan tidak berganjak. Jumlah penunjuk perasaan dianggarkan lebih kurang 7000 orang.
02.30 Kumpulan penunjuk perasaan berada diantaran SOGO dan Kompleks Pertama bersama Salahuddin.
02:45 DS Anwar Ibrahim sudah tiba di Kompleks Pertama.
02:53 KL berubah rupa menjadi seolah-olah medan peperangan selepas Polis melancarkan gas pemedih mata, dan mengejar penyokong GMI ke dalam Pertama compleks & kedai-kedai.
03:00 Anwar, Kit Siang dan Salahuddin Ayub berada di Pertama Complex sekarang!!
03:24 PyanHabib juga ada kelihatan bersama para demonstran di Sogo.
03:25 DS Anwar Ibrahim menuju ke HQ Pas bersama kit siang dan ustaz hj hadi dan 1000 para demonstran.
03:28 R.Sivarasa Naib Presiden PKR kena tangkap, berhampiran Sogo .
03:45 Demonstran berkumpul di HQ PAS. FRU menunggu di Jalan Raja Laut. Apakah yang terjadi selepas ini??
03: 47 Trak water cannon tiba di Jalan Raja Laut/Jalan Sultan Ismail.

03:52 DSAI, TG Hj Hadi dan Lim Kit Siang berhimpun di HQ PAS. Demonstran berada di hadapan HQ Pas . Sidang akhbar akan diadakan.
03:59 Kira-kira 2ooo demosntran anti ISA yang berkumpul kat HQ PAS diminta bersurai selepas dengar ucapan DSAI, Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.
04:00 Beribu para demonstran yang bergerak di Jalan Raja Laut untuk bersurai,tetapi ditahan oleh polis berkenderaan.
04:07 Water cannon ditembak ke arah HQ Pas , para demonstran berpecah. Polis terus mengugut. Beberapa gas pemedih mata juga dilepaskan ke araf penyokong.
04:12 Polis terus menggila menggunakan Water Cannon dan ditembak ke arah kawasan sekitar Sogo.
04:28 Situasi tenang di ibu kota, tetapi seorang jurugambar dapat mengambil video Dr Hatta dipukul oleh polis sebelum diselamatkan oleh para penyokong.
Masjid Jamek
11:40 Pergerakan di sekitar Masjid jamek terkawal, beberapa SB yang berpakaian seperti orang awam menyamar sebagai antara peserta demonstrasi GMI. Namun begitu kumpulan ini mudah dikenali oleh peserta demonstrasi SEBENAR.
12:15 Polis meneruskan tangkapan di Stesen LRT Masjid Jamek ,menjadikan jumlah yang ditahan adalah 60 orang.
12:33 Tian Chua dan kumpulannya bertambah di sini.
12:44 Seorang Peguam Puspawati, ahli Suaram Secretariat ditahan oleh pihak polis. Walau bagaimanapun Polis membebaskan beliau setelah berbincang dengan teman-temannya.
01:15 21 orang ditahan setakat ini di CM. Sorang lelaki memakai ves PAS dan T-Shirt anti-ISA adalah yang terkini ditangkap.
01:26 Pegawai Polis Mohd Nor memberi amaran terakhir kepada penunjuk perasaan untuk bersurai dalam masa 15 minit!!
01:28 Daripada sumber maklumat rakan Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang sudah ditahan.
02:20 Kumpulan penunjuk perasaan telah bergerak ke SOGO.
02:30 Gas pemedih mata telah ditembak! Kumpulan penunjuk perasaan berpecah dan ada yang berlari ke arah Bank Negara.

Haji Rosdi dari Lembah PantaiMasjid Negara
11:55 Hampir 100 org telah ditahan, minta waspada. Masjid negara ditutup, sila beralih ke sogo dan masjid jamek
12:32 Sekumpulan penunjuk perasaan bergerak ke Masjid Negara untuk solat Zohor.
12:35 Polis berpakaian biasa baru sahaja menahan seorang lelaki yang bernama Shah, isterinya dan anak perempuannya. Sebelum iu, seorang wanita yang baru sahaja keluar daripada teksi ditahan oleh polis yang berpakaian biasa. Tiga lagi ditahan di stesen keretapi.
01:00 Sekumpulan penunjukkan perasaan berjumlah 20 orang lagi tiba di sini, menjadikan jumlah sekarang ialah 200 orang. Pihak polis masih lagi memerhatikan.
01:30 CPO Muhammad Sabtu Osman yang datang ke Masjid Negara berkata 157 orang sudah ditahan di sekitar KL sehingga 1:30 ptg.