blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Syabas Tuan Guru Nik Aziz! Kita tunggu 31 Julai 2009..

Friday, July 24, 2009
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah “sesuatu yang meragukan” tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

“Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam. Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.

Tahniah kerana mengeluarkan kenyataan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong PR mahupun puak BN. Walaupun tindakan Nizar itu tidak haram. Tetapi sebaik-baiknya kita hendaklah menjaga sensitiviti umat Islam.


Bagi saya isu ini sudah tamat. Ia tidak haram, tetapi sebaiknya cuba elakkan. Seakan-akan perbuatan menyalakan lilin oleh Nizar itu makruh sahaja hukumnya.


Apa makna Makruh ? : Makruh adalah dibuat tidak berdosa , ditinggalkan dapat pahala.


Tidaklah sampai jatuh hukum HARAM.



Kepada para pendokong dan penyokong PR terimalah kenyataan ini dari hati terbuka. Jangan dijadikan isu untuk memecahkan sokongan.

Kepada pendokong dan penyokong BN. Anda tidak kenal mana kaca mana permata?. Bila pemimpim PR terkhilaf, maka berkokoklah mereka ke seluruh alam menyatakan itu dan begini. PAS sesat! PAS dikafirkan DAP & sebagainya. Walhal perkara itu tidaklah hingga sampai menjatuhkan akidah seseorang Islam.


TETAPI!!


Bila pemimpin mereka secara terang-terangan melakukan kesalahan. Sehingga boleh menjatuhkan akidah sebagai umat Islam!!
Pendokong & penyokong UMNO BN, yang mengaku Islam hanya diam membisu seribu bahasa.
Mereka ini dayus! pengampu! Tidak berani menegur kepimpinan mereka!
Itulah sebabnya masyarakat Melayu Islam semakin menyampah dengan UMNO BN.

PM sebelum ini menyambut HARI PAHLAWAN pada setiap 31 Julai di Tugu Negara.
Sudah difatwakan bahawa perbuatan itu HARAM!!.
Tapi di mana pemimpim UMNO BN yang berani untuk menegur?
Di mana Zambri yang begitu lantang menegur Nizar?
Kita tunggu tarikh 31 Julai 2009.
Sama-sama kita lihat...
Adakah Najib akan melakukan perkara yang sama seperti Che Det & Pak Lah seperti gambar di bawah. : author faethal



2006 : Mahathir Mohamad


2007 - 2008 : Abdullah Badawi

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)” Dr Maza

Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks