blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Anwar Ibrahim di Sg. Rambai, Melaka!

Sunday, July 19, 2009
Gambar-gambar sekitar program Anwar Ibrahim di Sg. Rambai, Melaka.



DS Anwar Ibrahim berceramah berkenaan mendiang Teoh Beng Hock dan kesannya kepada negara


Ketua AMK Keadilan, Sdr Shamsul Iskandar sibuk ber SMS. Mungkin Update di blog menggunakan twitter.

Hampir 3000 orang yang hadir ke program malam itu.


Ketua AMK di meja makan berbicara dengan seseorang sebelum bergerak ke Program DS Anwar di Alor Gajah.


DS Anwar Ibrahim akan ke rumah Teoh Beng Hock pd 20/7, Isnin, 11pg di Alor Gajah. Ramai-ramai kita memberi sokongan kepada mangsa kezaliman akibat dari kerakusan pihak-pihak tertentu. :author faethal

ESOK - ISNIN - PAGI
JAM 9.30 PAGI
WARGA SATU MALAYSIA DI JEMPUT DATANG BERKUMPUL KE KAWASAN INDUSTRI ALOR GAJAH MELAKA.
INI UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIRUNTUK MENDIANG TEOH BENG HOCK.
JAM 10.00 PAGI
PENGHORMATAN TERAKHIR DARI ORANG RAMAI DAN PUCUK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT.KEMUDIAN BERARAK BERSAMA ANWAR IBRAHIM
JAM 11.00
PAGI KONVOI KERETA KE TEMPATPENGKEBUMIAN DI NIRVANA SEMENYIH.SEMUA DI JEMPUT DATANG. PAKAI BAJU HITAM.
Read Full 2 comments

Seorang Wanita Islam Warga Mesir Di Bunuh Dalam Mahkamah Di Jerman

Isu Tragis: Seorang Wanita Islam Warga Mesir Di Bunuh Dalam Mahkamah Hanya Kerana Dirinya Telah Menang Kes Hina Pakai Tudung Di Jerman

Isu Ini adalah satu berita sedih yang baru kami terima menerusi email dari seorang sahabat. Kejadian ini sungguh mengejutkan dan pasti meruntun jiwa umat Islam di seluruh dunia. Tragedi menyayatkan hati ini jelas sekali cuba untuk disembunyikan oleh media antarabangsa bagi tidak menimbulkan kekecohan dikalangan umat Islam. Namun, sebagai rasa prihatin dan terpanggil untuk menyebarkan kisah ini maka dibawah ini kami paparkan email yang diterima itu untuk tatapan para pembaca budiman semua.

Semoga cerita ini akan memberi pengajaran buat diri kita untuk dijadikan tauladan serta panduan yang berguna. Sebarkan info ini buat tatapan seluruh umat Islam."Kisah menyayat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini (foto), yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !! Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro. Lelaki terbabit (jirannya) telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali !!

Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4 bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults.

Lagi di sini. Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah...ini baru betul-betul tragis. Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya juga ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan !! Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita. Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah"
Sumber : cyberez-2u
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks