blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Wajah UMNO - Manek Urai & Florence Looi

Thursday, July 16, 2009

Florence Looi semasa mengacarakan program Point Of View
Ada perubahan dalam UMNO! Ye apa itu?
UMNO sebelum ini sering tidak mengaku menggunakan wang, di Manek Urai mereka terang-terang mengaku memang menggunakan wang untuk menang pilihan raya. Inilah kejujuran UMNO satu-satunya yang hanya berlaku di Manek Urai, tidak di tempat lain. Walaupun hanya di Manek Urai UMNO mengaku menggunakan wang, pada hakikatnya wang memang menjadi umpan yang ampuh kepada UMNO, dan digunakan dengan bijaksana sekali.

Itulah perubahan besar dalam UMNO, iaitu pengakuan mereka menggunakan wang, kerana didesak oleh rakyat Manek Urai yang tahu mereka tertipu selama ini. Mereka masih menunggu cerita sebenar tentang penipuan royalti minyak kepada Kelantan, tidak dibangkitkan sepatah pun di Manek Urai, hatta oleh PETRONAS yang membisu hingga sekarang.
Tidak seorang pun penganalisis politik yang pandai-pandai memandai-mandai itu menyebut perubahan dan pengakuan UMNO ini, kerana mereka tahu jika mereka bercakap benar mereka akan menerima nasib seperti wartawan TV7 bernama Florence Looi, pengacara “Point of View” di TV7 yang meminta salah seorang tamunya memberi markah kepada PM One Malaysia, dan tamu yang jujur betul bendul itu memberi markah C atau D saja untuk pentadbiran PM One Malaysia dalam masa 100 hari pertamanya.

Hampir-hampir wartawan itu dibuang kerja, tapi yang pasti dia dengan serta-merta diberi tugas kecil saja, sebagai hukuman kerana berani bertanya dan meminta pendapat benar tamunya. Dia memang dilarang mengajukan pertanyaan itu, jadi dia telah melanggar disiplin organisasinya yang tidak membenarkan kebenaran dinyatakan oleh sesiapa sekali pun, kecuali jika kebenaran itu untuk berbohong.
Sumber : adimul.blogspot.com



Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks