blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Analisis Manek Urai

Wednesday, July 15, 2009

Dalam pilihanraya yang lepas, PAS berjaya memperolehi 5746 undi melalui almarhum Poksu Wei. Ini bermakna pada pilihanraya kecil ini PAS hanya merosot undinya hanya sekitar 399 undi sahaja. Benar, undi BN meningkat dengan mendadak, tetapi pengundi yang memilih PAS masih tegar tidak berganjak. Undi BN boleh saja meningkat dengan peningkatan jumlah keluar mengundi yang melepasi sasaran SPR, apa saja boleh berlaku dengan sejarah BN yang penuh dengan tipu muslihat.

Jika BN cerdik, penurunan undi sebanyak 399 undi di pihak PAS itu bukanlah satu kejayaan besar bagi BN. Bagaimanapun, di tengah-tengah kemelut dan mood rakyat yang memberikan kekalahan berturut-turut kepada BN, kejayaan ini bagi BN mungkin merupakan sedikit suntikan semangat. Tetapi secara jujur, BN boleh berfikir dengan waras, padankah dengan segala janji manis dari seluruh jeneral-jeneral BN berkampung di Manek Urai, hanya 399 undi sahaja berjaya ditarik dari PAS?

Untuk PAS, sekalipun menang dengan jumlah undi yang masih selesa, ia bukanlah tiket untuk menarik nafas lega. Kenapa pengundi muda rata-ratanya menolak PAS? Apakah kehendak mereka yang tidak dilayan dengan sempurna oleh kepimpinan? Kita melihat undi golongan penyokong tegar tidak berubah, menandakan isu ’kerajaan perpaduan’ yang dimainkan oleh UMNO/BN tidak berkesan. Lantas, PAS perlu membuat muhasabah dan pemeriksaan dalaman yang benar-benar telus ke arah memastikan Kelantan terus kekal di bawah penguasaan PAS di masa-masa akan datang.

Apapun, tahniah Abe Uji. Tahniah para petugas PAS. Allahuakbar!
Sumber : muslimeen-united.blogspot.com
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks